Bab 10

3K 131 11
                                    

    

      "Ya.. Allah!  Syah!  Kenapa ni?!  Pucatnya muka kau! " tubuh Syah yang tersandar lemah di sofa membuatkan Tina risau.  Malah, tangan sahabatnya juga mengigil sejuk.  Macam duduk dalam peti sejuk pun ada.  Tapi masalahnya rumah ni tidaklah sejuk mana sampai nak mengigil teruk.

          "T-Tina... T-tolong aku.. A-aku takut, " ujarnya beserta dengan air mata yang banjir menitik jatuh dipipi.  Wajahnya sudah pucat lesi.  Bagaikan baru sahaja melihat perkara yang menakutkan.

       

        Tangan Tina dicapai lalu digengam kuat.  Seolah-olah takut dirinya ditinggalkan bersendirian.

            "Syah.. Kenapa ni?  Kau takut apa?  Cuba cerita dekat aku ni.  Mana tau aku boleh tolong kau" pujuk Tina yang cuba meredakan ketakutan yang di lalui sahabatnya.

           Mata Syah meliar kiri dan kanan.  Seolah-olah takut untuk membuka mulut.  Takut ada yang mendengar apa yang hendak dibicarakan Syah kepada Tina.

       "D-dia.... D-dia.. D-ah j-jumpa a-aku" bisik Syah pada Tina. Malah,  bicaranya menjadi gagap kerana bercampur dengan ketakutan yang dirasainya.

           Tina berkerut dahi.  Lama kelamaan Tina mula mengerti maksud Syah.

   
            "Don't say that.. he was the CEO that you meet......" Tina cuba untuk membuang spekulasi yang sedang bermain dimindannya.

           "Ye... Memang dia.  He was the Far'A Holding CEO! " ujar Syah sedikit menjerit.  Kepalanya bagaikan hendak meletup bila mengetahui hakikat tersebut.  Jadi. Selama ni syarikat mereka berurusan dengan Fareez.  Dan 'dia' memang dah jumpa dirinya.

             "Syah.. Tenang. Jangan terlalu ikutkan emosi.  Kau kene fikir secara rasional, "

  
          "Tina aku rasa yang aku memang tak boleh berfikir secara rasional dah. You know.... What in my mind now is stay away from him! Aku rasa nak berhenti kerja dari sana, " putusnya.  Syah sudah menetapkan keputusannya.  Apa-apa pun yang terjadi. Syah tidak kisah.  Janji dia dapat jauhi diri dari 'Dia'.

          "Syah!  Are you kidding me?! Perkara ni bukan benda gurauan tau!  Habis kau nak kerja apa?  Kau dah dapat posisi yang baik dekat sana. Jangan fikir untuk berhenti kerja Syah.  Selagi dia tidak buat apa-apa.  Kau jangan tunjuk yang kau lemah.  Show him that you can fight him! " bersemangat Tina memujuk Syah.  Tidak mahu dia melihat sisi lemah sahabatnya.  Dia mahu Syah berani berhadapan dengan bekas senior mereka itu.

   
         Syah yang terpegun dengan kata-kata Tina tersenyum kecil. Berjujuran air matanya. " Tina.... You are my real best friend ever...kau sedarkan aku.  If I-I..do not have any friends? Maybe I gonna end my life like that. But truly. I so grateful to have you all. To have you all at my side,"

      Tubuh Tina dipeluk seerat-eratnya.  Syah menangis lagi.  Kali ni bukan dirinya sahaja. Malah,  Tina turut menangis sama. 

          Dan terlupa pula kepada dua orang sahabatnya. 

   
           "Woi!  Menangis tak ajak! Nak juga! "

            "Kita pun nak juga! "

    
     Maka,  berpelukanlah mereka di ruang tamu beramai-ramai.

            "Errr... Boleh korang semua mandi? Bau busuk semerbak dah ni . Sesak aku yang bau,"  sempat Tina memotong drama sedih mereka ni.

PSIKO✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora