Bab 19

1.9K 77 0
                                    


 

       "Huh," degus Fatina dengan sengihan sinisnya. Matanya tajam memerhati senior Fareez yang mula mendekati mereka berempat. Berdiri disamping Syah yang sudah berjujuran dengan air matanya.

         "Cukuplah Fatina. Semuanya dah berlalu. Kau tak boleh nak ubah," pujuk Syah yang masih menahan sedunya. Sudah penat dia menangis. Rasanya sudah bengkak biji matanya menampung air mata yang keluar.

         Bahunya diusap lembut oleh Fareez di sentuh. Cuba untuk menyerap kekuatan yang di hulur itu. Nafas ditarik lalu di hembus. Cuba membuat segala aura negetif yang mula menyelumbungi dirinya.

       

     Sahabat yang lain hanya terdiam memerhati. Tidak berani hendak menyampuk perbualan yang melibatkan perhubungan. Lagipun hati dan perasaan kita tidak boleh di buat main.


               "Tapi. Tapi Syah.....,"

  

               "Tina...Aku tahu kau sayang aku. Tapi. Nak ke kau tengok aku sedih sebabkan hal ni? Bergaduh pasal hal yang dah berlalu. Kita datang untuk jernihkan hal yang lalu. Lagipun aku dah nikah. Tak boleh nak undur balik," sampuk Syah lagi.

        Fatina kelihatan menundukkan pandangannya. Lia bangkit memujuk Fatina. Bahunya diusap bagi meredakan kesedihan. Bukan niat dia hendak melukakan Syah. Dia sayangkan persahabatan mereka. Tapi siapa saja tidak risau? Mereka bertiga risau bukan saja-saja. Dia cuba untuk melindungi Syah. Dia faham dan dia sayang.

            "Tina. Betul cakap Syah. Kita datang sini bukan nak keruhkan lagi keadaan. Tapi kita nak make it clear," bisik Lia di teling Fatina. Cuba memujuk Fatina agar nembuka mata hati untuk melihat sekeliling. Ada hati yang perlu dipertahankan.

            Kata-kata Lia meresap masuk ke minda. Fatina cuba mengawal rasa sakit hatinya. Mata di pejam untuk memikirkan perkara yang baik-baik sebelum mengeluarkan kata-katanya itu. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Diulang perbuatan itu berulang kali sehingga dia betul-betul tenang.

      

         Lantas  matanya merenung tajam bekas senior sekolah mereka. Fareez.
Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menghalang sehabis baik namun demi Syah dia terpaksa mengalah. Tidak apalah...untuk kali ini sahaja.

   

             "Okey....saya lepaskan dia untuk senior. Untuk kali ni sahaja. If I found out...what happen to her because of you!...You should prepare yourself!" Tegas Fatina memberi amaran. Dia tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang membuat hati sahabatnya terluka. Jika ada yang berani... Mereka perlu berhadapan dengannya.


          Mendengarkan kata-kata itu membuatkan Syah tersenyum gembira. Rasa terharu mempunyai sahabat sehebat Fatina. Nampak garang namun penyayang. Fatina adalah antara yang paling prihatin  kepada sahabatnya. Sentiasa mendahulukan yang lain sebelum dirinya. Sebab itu Syah tidak mahu memendam rahsia ini. Dia mahukan Fatina mencari kebahagiaan. Jangan terlalu memikirkan kawan sebelum kebahagiaannya itu.

  

           "I can't promise that. But I can say Insyallah," tenang sahaja Fareez membalas. Lagipun dia tidak boleh meluluh untuk berjanji. Dia hamba yang bila-bila sahaja hatinya akan berubah. Sebab itu Fareez tidak berani berjanji melainkan dengan izin_Nya. Dia akan cuba membahagiakan little sweetypie nya.

PSIKO✔️Where stories live. Discover now