Bab 11

2.5K 119 9
                                    

   
      "Nah"

    
       Susu coklat panas buatan fatina dihulur pada Syah yang sedang menenangkan diri.  Antara susu coklat panas kesukaan Syah buat masa ni. Sedikit sebanyak Syah rasa lebih baik berbanding tadi. Mungkin sebab ada yang lain yang banyak memberi kata-kata semangat padanya.

       "Terima kasih," huluran Fatina disambut baik. Perlahan-lahan disisip susu coklat panas.

        "Mmm....sedapnya" pujinya pada Fatina yang sedang elok bersimpul disebelahnya.

         "Of course la homemade, right?" Puji Fatina untuk diri sendiri. Siap diangkat sebelah keningnya. Mentang-mentangla orang tak boleh buat saja nak kecik kan hati orang.

         "Yela...saja nak kecikkan hati orangkan" rajuknya. Siap di muncung-muncungkan lagi bibir. Dan macam itik dah gayanya tu.

          "Hahahah.....please la Syah. Mulut kau tu tak boleh kalah lagi ke dengan itik?" Habis bergolek si Fatina ni ketawa. Macam baru lepas tengok maharaja lawak je gaya.

           "Amboi..amboi dia. Suka sangat eh gelakkan orang. Suka SANGAT dia ni kan," siap ditekankan lagi perkataan sangat itu. Geram punya pasal.

            Fatina pun masih belum berhenti ketawa lagi ni. Nak kene budak sorang ni. Terus digeletek badannya Fatina yang masih belum berhenti ketawa.

          "Aduh! Aduh! Geli la Syah. Hahaha....ok ok aku berhenti. Stop! Stop! jangan geletek dah," ditahan tangan Syah yang masih belum berhenti.

           "Hah! tau pun geli. Tadi gelak tak nak pula berhenti," perli Syah lagi. Siap dijeling lagi.

            "Ok ok tak gelak dah. Tadi tu aku cuma tak nak kau fikirkan hal tu. Sebab tu aku cuba untuk ceriakan kau dengan cara yang macam tu. Sorry tau." Pujuk Fatina lagi. Kali ni siap buat tanda maaf lagi. Tanda betul-betul minta maaf tu gayanya.

           Syah tersenyum kecil. Rasa terharu sebab Fatina masih fikirkan keadaannya. "Takdelah. Aku tak marahkan kau pun. But...thanks for what you have done to me. I appreciate that,"

        Terus tubuh Fatina dipeluk erat. Tanda dia betul-betul bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang telah mereka buat untuknya. Syah tidak dapat menahan air matanya dari mengalir.

          "Shuuuu....shuuu dah dah. Tak nak menangis lagi.  Cukuplah tadi dah nangis. Takkan nak menangis lagi?" Pujuk Fatina.

           "Ok tak nangis dah," dikesat air mata yang mengalir tadi.

           "Good girl" diusap kepala Syah bagaikan adik yang masih kecil.

             "Tina"

             "Ye?"

             "Mana yang lain?" Matanya meliar mencari yang lain.

              "Oh...yang lain dah balik. Tinggal kita je ni. Lia balik sebab ibu dia suruh balik. Katanya esok nak pergi kenduri mak cik kat kampung,"

              
            "Kau tak kesah kan?" Ujar Fatina.

        
            "Kesah apa?"

             "Aku tidur rumah kau malam ni?" Pinta Fatina.

      
             "Mmmmm......tak kesah. Tapi kau mesti penat nak kerja esok. Dah la rumah aku jauh dari tempat kerja kau. Tak payah la. Esok lepas balik kerja je kau teman aku. Okey," pujuk Syah kepada Fatina. Siap di buat gaya comel lagi supaya dapat memujuk Fatina.

PSIKO✔️Where stories live. Discover now