Bab 4

3.3K 130 0
                                    



             Kring!...



      Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran tamat. Ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Ada yang ketinggalan. Seolah-olah rumah akan berlari jika tidak keluar awal. Inilah masalah budak zaman sekarang. Semuanya nak cepat. Kalau belajar malas.



      Syah seperti biasa akan menunggu rakan-rakan untuk keluar bersama-sama.



        "Dah jom gerak," ditarik tangan mereka bertiga agar cepat bergerak.


         "Hmm..weh Syah kau tak balik dengan abang kembar kau ke?" soalanya yang diutarakan oleh Hasna mematikan perjalanan aku.


       VvAku mengalihkan pandangan menghadap mereka bertiga. "Aku baliklah dengan dia. Tapi bukan kene tunggu depan kelas. Dia yang tunggu aku depan pagar. Supaya takde sesiapa tahu. Aku bukan taknak mengaku aku ada abang. Cuma kau taulah ramai yang takkan percaya. Sebab muka aku dengan abang aku tak seiras sangat pun," terangnya panjang lebar. Bukan apa malas mendengar mereka bertanya lagi.



       "Mm....abang kau akan tunggu kaulah. Ingat dia balik tinggalkan kau," Tina pula menyampuk.



       "Yeee...ni taknak balik ke. Kalau taknak aku boleh tinggalkan korang kat sini je," Syah mula ingin beredar meninggalkan mereka bertiga.



        "Wait...janganlah macam ni. Kitorang nak baliklah. Jalan sama-sama la weh," Tina mula menarik tangan Syah supaya tidak meninggalkan mereka.


         "Kalau ye pun jomlah takkan nak jadi tugu kat sekolah kot," Syah mula menarik tangan mereka.


        Habis terburai ketawa yang ditahan tadi. Mereka berempat ketawa tanpa memperdulikan orang sekeliling.



       Tapi Syah hanya senyum. Lawak yang dibuatnya tidak membuatnya rasa ingin ketawa. Apa yang difikirkan ialah cerita Tina.





Flashback




           "Lepastu?" soalnya ingin tahu.



           "Lepastu aku nampak senior bangun. Ingat nak pergi tandas ke apa rupanya dia ikut kau!" kuat suaranya menyebut. Nasib tangan Syah lebih cekap menutup mulutnya.




          "Shuss..pelahankan suaru tu. Nanti orang dengar," Syah mula berbisik. Dilihat disekitar kelasnya masih lenggang.



          "Err...okey okey lepastu apa lagi kitorang pun kejar la kau. Takut apa-apa terjadi. Yela senior tukan sakit. Mana tau dia buat benda tak baik kat kau. Nasib kitorang jumpa kau dulu. Dan satu lagi aku nak minta maaf tau. Pasal apa yang aku suruh tadi tu kau tak payah buat la. Cabaran mengarut tu kau tak payah hiraukan. Reaksi senior tu aku taknak tengoklah cukuplah sekali tu macam nak makan orang. Nasib bukan muka aku yang ditengoknya," sempat lagi dihembus nafas leganya.
















        "Weh mengelamung pula dia ni. Kau taknak balik ke weh. Abang kau dah tunggu tu depan pagar," Tina menuding jarinya dihadapan pagar sekolah. Jelas kelihatan susuk tubuh abangnya yang sedang menunggu seseorang.



         "Err...okey aku gerak lu,bye," dilambaikan tanganya ke arah kawan-kawannya.












         Buku dihadapanya dipandang kosong. Tiada satu pun yang masuk ke otak.




         Malas ingin menghadap buku teksnya terus ditutup. Bukan malas ingin mengulang kaji tapi ada sesuatu yang menganggu fikiranya sekarang ni. Sesuatu yang sedari tadi masih bermain difikirannya.



        Hmm...betul ke apa yang Tina cakap tu. Tapi kalau betullah kenapa aku tak rasa macam ada orang ikut aku? Tapi perasaan takut tu macam mana dia boleh hadir dalam hati aku ni? Selalunya aku takdelah takut sampai macam tu. bebelnya dalam hati.



         Tapi kata-kata Tina tadi asyik bermain dalam mindanya.


        Pintu biliknya dikuak dari luar. Syah Amir mula menghampiri Syah yang seolah-olah berada di dunia sendiri.


        Dicuit bahu adik kembarnya. "Eh?" Syah mula tersedar daripada dunianya. Dilihat ke arah belakang. Abangnya dengan selamba baring ke atas katil bujangnya.



         "Eh? Abang buat apa baring bilik adik ni?" Syah mula menghampiri abangnya yang terlentang di atas katil bujangnya.



         "Biarlah, bilik adik sendiri pun nak marah," selamba sahaja Syah Amir menjawab.


        "Memanglah bilik adik sendiri. Tapi masalahnya adik nak tidur sekarang yang abang baring buat apa? Mana adik nak tidur?"


        "Tidur jelah dekat sebelah abang ni," diberi ruang sebelahnya untuk Syah.


         Syah mula naik geram. "Eeeeiii...Syah Amir! Bangunlah jangan main-mainlah" ditolak tubuh abangnya sehingga jatuh katil. Hah! Baru puas hati aku.


          Melihat Syah Amir jatuh katil seperti nangka busuk membuatkan Syah rasa puas. Padan muka!


          "Aduh!? Ganasnya Syah," diusap bontotnya yang lebam akibat jatuh dari katil adiknya.



          "Hah! Tau pun lain kali jangan main-main," diberi amaran kepada abangnya.


        "Ala nak gurau dengan adik sendiri pun tak boleh. Abang bosan je bila adik asyik terperap dalam bilik je," adu Syah Amir sambil membuat mimik muka sedih.



          Syah sudah buat muka macam geli. "Eeeiii....Abang siapala ni. Ingat comelah buat muka gedik macam tu?" Syah mula membuka pintu biliknya dan mengarahkan abangnya untuk keluar.


         "Sekarang adik dah tolong bukakan pintu jadi tolong keluar,"



         "Yela yela abang keluar. Apa nak gurau sikit je dah kene halau," sempat lagi nak mengadu sorang-sorang.







#bersambung.....

PSIKO✔️Where stories live. Discover now