Bab 3

3.5K 126 1
                                    



        Tangan dan kaki mula bergetar seolah-olah semangatnya yang membara mula terhapus ditiup angin ribut.



       "Don't scare. We can do it." tangan digengam kuat seolah-olah melahirkan semangat jitu yang hampir hilang.



       Bila rasa takutnya berkurang Syah mula melangkah kakinya ke arah kantin dimana cabarannya akan bermula.


        Dilihat Tina, Asyura dan Hasna duduk dihujung pondok. Ingin menyaksikan cabaranya.


        Ditarik nafasnya sedalam yang mungkin lalu dihembuskan. Diulang perkara itu sehingga dirinya betul-betul yakin.



         Setelah bersedia dia terus mencari suspek utama yang bakal menjadi mangsanya. Matanya bagaikan burung helang yang mencari mangsa yang jauh beribu-ribu batunya. Tapi dia hanya jauh 20 langkah sahaja.



     Belum sempat dirinya hendak melangkah mendekati sekumpulan senior itu. Ada tangan yang menariknya sehingga terpusing tubuhnya. Nasib tak terpeluk. Kalau tak memang dah kene penumbuk.


      "Syah nak pergi mana ni?" tegur suara garau yang amat dikenalinya.

  
        "Buat apa nak tahu?" balas acuh tak acuh sahajalah. Tapi sebenarnya dia malu bila menjadi pandangan orang ramai.


      "Mestilah kene tahu sebab Syah selalu adu tak suka makan kat kantin. Nak turun lagilah tak nak. Tapi bila tengok Syah turun buat rasa pelik pulak," panjang lebar orang tu membebel.


       Syah hanya buat tak tahu sajalah. "Habis kalau dah lapar takkan nak terperap je dalam kelas,"



      "Huh...yela tu. Bukan nak usha ke Mamat hensome kat kantin ni. Kan ramai lelaki yang hot kat sini," sempat memerli adik kembarnya.

       
          Syah sudah malas ingin melayan bebelan abang kembarnya mula mengalihkan pandangan menghadap pondok yang diduduki oleh kawan-kawannya.


   Bila melihat sahabatnya Tina sedang memandangnya membuatkan Syah tersedar tentang hal yang perlu dibuatnya.



      Bila dia tertoleh ke arah kantin sahaja sudah membuatnya kaku tak terkata.


    "Errr....Syah nak naik kelas lah tak jadi nak beli makanan," terus ditinggalkan abang kembar yang terpinga-pinga.


        Berlari dia menuju ke arah tangga. Sudahla kelasnya tingkat paling tinggi. Entah idea siapala nak letakkan pelajar menengah rendah kat tingkat atas ni.












       Baru sahaja ingin pijak tangga yang terakhir ada tangan yang menarik bahunya sehingga terpusing. Nasib tangan itu juga yang menyambutnya. Kalau tak sudah tergolek-golek macam nangka busuk.



      Baru sahaja Syah ingin memaki hamun orang itu mula terdiam. Mukanya jangan cakap kaku habis. Lama berkelakuan begitu terus Syah buat mimik muka sedih.



       "Korang...," terus dipeluk tubuh Tina yang paling depan sekali.



        "Dah dah manja betul kau nikan," ditepuk belakang Syah.



       "Korang la buat aku jadi manja. Kalau asyik serius je nanti bosan pulak," sempat Syah berseloroh biarpun hatinya tidak tenang.



       Pelukan dilepaskan.  Syah mula memandang hairan terhadap mereka bertiga. "Weh, macam mana korang boleh daki tangga tanpa bunyi ni?"



PSIKO✔️Where stories live. Discover now