Bab 2

3.7K 141 8
                                    


        Haishhh!? Payah ni. Takkanlah aku nak buat si senior tu jatuh cinta pulak. Kalau aku buat dia patah hati ke apa nanti aku pulak jadi mangsa dia balas dendam. Mampusla. bebelnya dalam hati.


       Tapi bila mendengar cerita kawanya membuatkan hati Syah berbelah bahagi.



Flashback



       Tina mula duduk dihadapan Syah supaya lebih jelas ceritanya.


       "Tadi masa aku turun. Aku terjumpa budak baru tu. Ayu Melinda. Korang tau kan?"



        Lia dan Hasna hanya menganggukkan sahaja. Tidak mahu Tina berhenti bercerita.



       "And...aku nampak budak Ayu macam stalk senior kita paling hot. Kau taukan Syah siapa?" Tina menolak bahunya sedikit.


         "Yeeee..aku tahula. Buat apa aku tolong korang kalau aku tak tahu. Dah sambung cerita,"



         "Okey lepastu aku nampak si Ayu ni pura-pura jatuh depan senior kita tu. Aku tengok senior tu tolonglah biasala budak jatuh mestilah kene tolongkan. Tapi yang paling mengejutkan Ayu tu siap mengaku beb yang dia suka senior kita. Tapi aku tengok muka senior biasa je. Macam tak tergugat dengan pengakuan Ayu si budak baru tu. Baru satu hari pindah sekolah ni dah tunjuk perangai gedik tahap gaban, " sempat Tina mengutuk budak baru tu.


       Lia dan Hasna hanya ketawa apabila mendengar kutukan yang diberi Tina.


     Aku nak ketawa tu adalah tapi bila fikirkan balik apa tujuan Tina suruh aku buat si senior tu sukakan aku? Itu yang aku pelik sekarang.


    "Tapi apa tujuan asal kau sebenarnya. Kau bukan nak aku buat senior tu jatuh hatikan?" soal yang diutarakan oleh aku membuatkan Tina terdiam.


     Tiada suara yang keluar dari mulut Tina meyakinkan aku bahawa ini bukan tujuan sebenar dia.

    Tiba-tiba Tina mengeluh. Lambat-lambat dia mula menjawab soalan tadi. "Yee...sebenarnya aku bukan nak kau buat senior jatuh cinta. Mungkin mudah bagi kau sebab ramai lelaki dah pernah kene dengan kau dan tahu dengan perangai kau yang takkan setia pada yang tidak setia pada pasanganya. Atau pasangan yang hanya tahu menyakitkan hati orang.
Tapi aku nak kau anggap ni sebagai cabaran yang aku bagi. Dan jika kau berjaya aku akan tunaikan apa sahaja yang kau nak," panjang lebar penerangan Tina dan me yebabkan kami bertiga terdiam sendiri. Seolah-olah menghayati setiap bait yang keluar dari mulut Tina.

      Bayangan tadi terhampus jua apabila terdengan bunyi loceng menandakan rehat sudah tamat.

     

       Sekolah yang didudukinya bukanlah seperti sekolah biasa yang membahagikan waktu rehat kepada dua. Seperti bagi menengah rendah dan menengah atasan.



       Tapi sekolah ini mempunyai satu sahaja waktu rehat yang bergabung dengan menengah rendah dan menengah atasan. Waktu rehat diberi selama 1 jam bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berkenalan.







         Matanya mula terasa layu bagai disuruh pejam. Seolah-olah ingin pergi ke alam mimpi yang sedang melambai-lambai memanggilnya.

      Tapi bila teringatkan tentang cabaran Tina tadi terus dirinya terasa segar bugar sahaja.


     Mata yang layu mula terasa segar seolah-olah disiram oleh air yang memang mujarab.


      Aduh!...menyesal fikir pasal cabaran Tina ni. Tengok aku dah tak boleh nak tidur. Dah la esok sekolah. Naknya esok pagi aku jadi panda tak pasal-pasal.


        Badan dipusing ke kiri dan ke kanan. Cari tempat pembaringan yang selesa.



    Tiba-tiba dirinya berhenti berpusing. Terpaku pada satu tempat dipenjuru katil biliknya.


     Masih berbaring seperti tadi. Cuma tangan sahaja dinaikan diatas dahinya. Seperti sedang berfikir sesuatu.


      Hmmm..rugi kalau tolak cabaran Tina. Tapi pasal senior tu sakit belum tentu sakit betul-betul. Mungkin diorang saja taknak bagi orang lain suka senior agaknya. Tapi hmm...aku hanya luahkan perasaan jekan bagi melihat reaksi dia. Hmm....bolehla. Janji aku takdelah ajak kahwin punkan. Hmm...okeylah.


      Hati dah pun buat keputusan. Jiwa tenang. Apa lagi boleh buat. Tidur sahajalah. Semoga esok hari lancar sahaja dia melakukan cabaran yang diterima. Tidak seberat mana cuma Agak takut untuk memainkan perasaan orang yang tidak bersalah.


       Tapi Syah budak mentah. Masih belum habis belajar. Akan ambil PT3 tidak lama lagi. Pandai berpetah tidak kira kawan atau guru dan kadangkala serius bagaikan orang yang sudah berusia dan matang tapi otak tetap macam budak-budak.


        Cuma diorang tidak pernah tahu kenapa dia melukakan hati seseorang. Kawannya Tina pernah suka akan salah seorang kawan sekelas yang dulunya budak pandai. Tapi setelah bercintai, berjanji bagai nak rak akhirnya putus. Yang paling terkena tempias hanyalah Tina. Dimaki hamun bagai orang yang paling bersalah. Jadi sebagai kawan yang paling rapat.



       Dia sakitkan pula hati si budak yang tidak kenang budi. Dia walaupun suka sakitkan hati orang tak bermakna dia nak berpura-pura suka orang tu. Ada cara untuk buat orang tu faham kesalahanya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Sesuailah dengan budak yang tak kenang budi.


     Jadi esok bermulalah episod dimana dia akan meluahkan perasaan kepada senior.


      Jadi hari ini mimpi yang indah saja. Semoga ada tenaga untuk melakukan cabaran itu.














#bersambung.....

#Janganmarah...

#Voteandcomments...

#loveyoualways...

PSIKO✔️Where stories live. Discover now