Bab 8

3.6K 131 7
                                    

"Kau okey tak?" Tegur Hasna sambil menghulurkan segelas koko panas kepada Syah yang kelihatan pucat lesi.

"A..aku okey cuma tak sedap badan," bohongnya. Tapi dalam hati sudah berdebar kencang. Air yang disambutnya tidak diminum malah dijadikan tatapan.

Hasna mula memandang Syah dengan pandang yang boleh membuatkan seseorang itu takut.

"Apasal kau pandang aku macam tu?" Takut takut jugalah dia ingin memandang Hasna yang tajam merenungnya. Habis gelas digengam erat.

Terus Hasna ketawa kecil. "Hahaha...kau ni tu pun nak takut bila aku pandang kau macam tu. Tapi memang patut pun kau macam sembunyikan sesuatu dari aku," tekanya.

Debaran yang tadinya tenang kini berkencang semula. Apa yang dikatakan oleh Hasna tepat belaka.

Sudahlah Syah tertanya-tanya. Hasna ni ahli pak nujum ke? Macam tau tau je yang dia tengah sembunyikan sesuatu.

Hasna sudah memandang Syah dengan pandangan yang pelik. Berangan apa pulak dahlah kawan aku sorang ni.

Tanpa menunggu lama terus dikejutkan Syah yang berangan. "Hoi!" Jerkahnya. Terkejut Syah. Sudahla di ni kadang-kadang melatah. Nasib latahnya tidak keluar. Kalau tak sudah diketawakan oleh Hasna. Sudahlah kejutkan orang lepastu boleh pula dia terkekeh-kekeh macam budak tercat. bebel Syah dalam hati. Muka bengang ditayang dihadapan Hasna.

"Okey okeylah maaf. Janganlah marah. Tadi tu saja je aku kacau kau. Yelah asyik berangan je. Kesian aku duk cakap sorang-sorang," rajuk Hasna sambil mengadu.

Syah tersenyum nipis. Sungguh dia bersyukur mempunyai kawan seperti Hasna. Sudah 13 tahun hubungan mereka terjalin. Biarpun ada jugalah perbalahan. Tapi dapat selesaikan juga. Sungguh dia amat bersyukur. Ya Allah, terima kasih kerana telah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik dan tidak putus-putus membuatkan Aku tertawa.

Hasna terperasan sesuatu. "Kau tak minum koko panas tu? Penat aku buatkan tau," makin panjanglah muncung Hasna.

Syah sudah tertawa kecil.
"Macam mana nak minum kalau dah panas. Kenalah tunggu biar sejuk sikit. Barulah best kalau nak minum,"

Hasna hanya mengangguk kecil.








"Maaf mengangguk cik Syah. Bos minta saya serahkan ni dan dia juga suruh Cik Syah wakilkan dia kat Far'A Holding. Nanti saya bagitau pukul berapa," tegur Nisa sambil menyerahkan fail berwarna biru cair.

Syah hanya mengangguk. Matanya fokus pada fail yang bertimbun di atas meja. Sudahla tadi dia tidak sempat nak turun makan. Nasib ada sedikit biskut yang tersimpan dalam begnya. kalau tak memang tak fokuslah jawabnya.

Tiba-tiba telefonnya pintarnya berbunyi. Tentera nama Hasna. Berkerut kening Syah apabila melihat telefonnya. Apa yang merasuk kawan aku ni? Sampai nak telefon bagai. Sudahlah waktu pejabat belum habis. bebelnya.

Malas menunggu lama terus diangkat telefonya. Belum sempat Syah ingin memberi salam Hasna sudah menyoalnya bertubi-tubi. "Weh Syah tadi kau ada pergi mana-mana tak? Dengan siapa? Kat mana?"

Syah terus tercengang. "Weh asal dengan kau ni Hasna? Tiba-tiba telefon aku tanya soalan begong," marahnya. Sudahla mood tak elok. Boleh pulak si Hasna ni main terjah.

"Bukan apa Syah tadi masa aku makan dengan Asyura kat restoran berdekatan tempat kau kerja aku ada nampak seseorang. Dia macam perhatikan seseorang tau. Aku tak tahu siapa tapi aku syak macam dia perhatikan kau," kata Hasna bersungguh-sungguh.

Syah sudah terkaku habis. Ketakutan yang selama ini dipadam semakin menjala dalam diri. Takkanlah. rintih hatinya.

"Hello? Hello? Syah Kau dengar tak ni?"

"Ah...aku aku dengarlah. Mungkin mainan perasaan kau je kot. Janganlah ambik kisah sangat. Takde apa-apalah," bohong Syah bagi menyedapi hati Hasna. Ya Allah ampunkanlah andai hambamu ini terpaksa tipu. Demi keselamatanya. Aku bermohon. rintihnya dalam hati.

"Oh..okeylah. Mungkin memang mainan perasaan aku kot. Dan...Syah nanti petang kau free tak?"

"Hah petang? Err...entahla kerja aku ni berlambak lagi. Tengoklah. Takut aku ada hal ke?"

"Oh okeylah. Tapi janganlah kau kerja sampai tak ingat makan minum tau," nasihat Hasna.

"Hmmm...yela mak cik aku dengar ni,"

"Yela yela suka hati kau lah nak gelar aku apa. Okeylah habis kredit aku. Asalamualaikum,"

"Waalaikumusalam. Eleh tau takut habis kredit habis kau call aku buat apa?"

"Saja nak dengar suara kau,"

"Yela yela bye," terus telefon dioffkan.

Pintu dikuak dari luar. Kelihatan Nisa mula menghampiri Syah. "Hah Nisa ada apa datang jumpa saya ni?"

"Hah saya nak hantar ni. Saya takut Cik Syah lupa yang petang ni Cik ada hal dengan Far'A Holding," Dihulur kertas kecil berwarna kuning cair.

"Oh...saya baru teringat. Dan terima kasih bagi tau. Kalau tak memang sampai sekarang saya tak tahu yang petang ni kena hal dengan Far'A Holding," sempat Syah mengucap terima kasih kepada Nisa.

"Ala takde hal lah. Itu memang tugas saya," balas Nisa dengan merendah diri.

Syah hanya tersenyum nipis melihat Nisa. "Okeylah mesti Nisa ada kerja lainkan. Pergilah kesian Syah tengok Nisa terpaksa buat banyak kerja,"

"Ala takpelah dah kerja saya nak buat macam manakan. Okeylah saya pergi dulu ye," terus Nisa beredar meninggalkan Syah keseorangan.

Syah mengeluh kecil. Terpaksa lah dia kerja lebih hari ni.

Dibelek fail yang baru diberi Nisa. Syah menyelitkan kertas yang Nisa bagi.

Sekejap lagi dia terpaksa ke syarikat lain pulak. Aduh! Banyak betul kerja hari ni. Keluhnya dalam hati.

Syah membaringkan kepalanya ke atas meja kerja. Mata terasa layu. Syah akhirnya terlena.


   Syah melihat sekeliling. "Tempat apa ni?" Kakinya terus berjalan tanpa berfikir.

Baru sahaja meredah hutan yang cantik menghijau. Terpampa rumah banglo tiga tingkat tersergam indah.

Terdapat dua orang kanak-kanak berlari keriangan sambil menangkap bunga.

Syah tersenyum melihat gelagat mereka. Tiba-tiba dirinya terasa ada yang menyentuh bahunya. Syah terus mengalihkan pandangannya itu.

baru sahaja ingin melihat rupa itu kanak-kanak tadi terus memeluknya sambil menjerit.

"Mama!" Tubuhnya dipeluk erat.

   Terus terjaga Syah dari tidur yang tak beberapa panjanglah. Dilihat jam sudah menganjak pukul 3:15 minit. Hah! 3:15 minit!?.

Bergegas dia mengambil beg dan fail yang perlu dibawa. Sudahla petang ni dia ada hal dengan Faz'A Holding.

Mimpi tadi terus dihapuskan dalam ingatan. Yang lebih penting sekarang ialah hal pekerjaan.

Nasiblah dia cuti umum kalau tak huh! lambatlah alamatnya.

#bersambung.....


























PSIKO✔️Where stories live. Discover now