Bab 6

3.1K 119 0
                                    

Bergetar habis tulang belakang badannya. Nasib masih boleh berdiri kalau tak mungkin dah terjatuh dihadapan pondok yang terlalu ramai pelajar. Tapi demi kawan dia sanggup. Satu cara sahaja jalan penyelesaian. Iaitu buat senior tu suka dan sakitkan hati dia seperti mana Haliza rasa.

Nafas ditarik nak hembus keluar. Diulang perbuatan itu berkali-kali agar dapat menghilangkan rasa takutnya.

Bila dah rasa macam okey dia terus mendekati salah satu pondok yang diduduki oleh salah seorang senior paling hot.

"Ehem...ehem...," Syah mula berdehem dihadapan sekumpulan senior yang paling hot. Sangatlah.

Semua senior yang kusyuk berborak mula beralih pandangan ke arahnya.

"Eh? Kenapa?" Jawab salah seorang senior yang bernama Nazim.

"Mm...saya nak jumpa senior Fareez,"

Senior Nazim mula memanggil Fareez yang dari tadi asyik memerhati Syah.

"Weh Far tuh ada budak yang ko nak sangat jumpa," bisiknya kepada Fareez. Dia tersenyum nipis apabila mendengar perlian Nazim.

Syah yang dari tadi melihat tidak mendengar apa yang dibisik oleh senior Nazim kepada senior Fareez sehingga tersenyum.

Apa yang di bisikkan oleh senior berdua tu? bisik hatinya janggal.

"Hmmm...okey," itu sahajalah yang didengar olehnya. Dilihat senior Fareez mula bangun dari duduknya.

"Err...okey apa?" soalnya blur. Soalnya membuatkan semua senior memandangnya lalu ketawa.

Salah seorang senior yang ketawa mula memuji Syah. "Comel la adik buat muka,"

Terus merah mukanya. Wah! Malu beb bila senior puji aku ni comel. Wajahnya ditundukkan.

Senior Fareez yang tadinya berdiri mula menarik lengan Syah yang berlapik dengan baju sukan. Dibawa Syah keluar daripada pondok yang diduduki oleh senior lain.

"Eh? Kenapa ni?" Syah mula terkejut dengan tarikan yang mengejut itu.

"Kata nak jumpa abangkan," balas senior Fareez yang mula memegang kejap lenganya Syah. Aduh! Kuat betul senior ni pegang lengan aku. And...dia gelar diri sendiri abang? Huhuhu memang betulah cakap Haliza yang senior ni playboy. Belum apa-apa dah gelar diri tu abang. Huh! Tak padan dengan gelaran senior betul. bebelnya dalam hati.

Tidak sedar lagi dirinya diperhatikan oleh senior Fareez yang khusyuk memandang mukanya.

"Duk bebel apa dalam hati tu," Fareez mula menyandarkan dirinya disebuah pondok yang kurang diduduki oleh pelajar.

Syah yang sedar dirinya diperhatikan mula berpusing menghadap seniornya. "Saya nak jumpa senior bukan sebab apa cuma say a nak cakap saya ni....err...," Syah mula terlupa dialognya yang ingin dihujah kepada senior dihadapanya. Apa nak cakap eh? Patut ke aku ubah dialog lain? Mungkin memang patut.

Jawapan yang diberikan oleh Syah membuatkan Fareez pelik.

"Saya apa Syah?" dengar sahaja namanya di sebut membuatkan Syah terkaku.
Dia tau nama aku? Biar betul!? Nak cakap pernah kenal tak juga nak tahu nama aku ni taklah popular sangat macam orang depan aku ni.

"Err...saya...su..suka senior," pengakuan yang dibuat olehnya membuatkan orang dihadapanya kaku tak terkata.

Syah seolah-olah tersedar yang dia tersalah dialog. Alamak!? Mampus aku. Jerit batinnya. Dirinya mula mengelabah. Akibat terlalu takut Syah mula melarikan dirinya tanpa sempat menerangkan hal sebenar.






"Weh! Syah macam? Senior tu rasa bersalah tak?" Hasna orang pertama yang mengacaunya.

"Err...sebenarnyakan aku pun tak tahu nak cakap apa. Selama ni aku hanya jadi orang tengah tapi entah kenapa bila aku buat sendiri semua dialog yang patut aku cakap hilang macam tu je," terangnya sejujur-jujurnya.

"Jadi kau lupalah dialog yang kau nak cakap tu? Habis apa je yang kau cakap kat senior tu?" Asyura yang sedari tadi khusyuk mendengar ceritanya mula menyampuk.

"Err...aku tercakap aku suka senior weh," perlahan sahaja suaranya.

"Apa? Lepastu kau buat apa je?" Tina mula menyampuk. Kalau bab ni laju je dia menyampuk. Kalau pasal belajar sudah terlentong kepala dia kat meja.

"Aku buat apa lagi larilah, weh! Lepas aku tercakap tu aku baru sedar aku salah dialog," Syah sudah menayang rupa takut. Nilah padah bila dia buat kerja macam ni keseorangan. Bak kata perpatah terlajar perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Itulah yang terkena kat muka dia sekarang ni.

Apa boleh buat melainkan jauhkan diri daripada seniornya.

"Jadi aku rasa sekarang ni keselamatan aku dah terjejas. Jadi aku rancang kita perlu pindah sekolah secepat mungkin. Sementara menunggu peperiksaan PT3," cadang Syah sambil membuat gaya berfikir.

"Tapi boleh ke budak PT3 pindah?" Tanya Asyira dengan perasaan ingin tahu.

"Boleh. Sebab PT3 lambat lagi," sokong Tina.

"Bila kita nak mula perpindahan?" Hasna seolah-olah terima cadangan yang diutarakan oleh Syah.

"Seminggu dari sekarang,"







#bersambung......









PSIKO✔️Where stories live. Discover now