Bab 17

2.2K 104 7
                                    

(2013)

KINI

"Sayang! Tada!!"

Pinggan berisi omelet egg ditunjukkan di hadapan Syah yang masih mengelamun dihadapan gambar nikah mereka yang tergantung elok di dinding rumah. Puas sudah mengimbas masa lalu mereka.

"Huh?" Tersentak dengan teguran itu. Syah mula menoleh kiri dan kanan. Gelabah sakan kau!

Fareez pula masih tertawa kecil melihat gelagat Syah yang dah macam mak hilang anak. Pinggan yang tadinya diletakkan diatas meja berhadapan sofa panjang itu. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Syah yang masih yang memandangnya pelik.

"Sayang fikir apa, huh? To run away from me again?" Sedas ucapan yang di berikan Fareez.

Syah tersentap. Pedih ulu hatibya. Okey. Memang salah dia pun. Lari selepas majlis nikah mereka. Well akan ada juga orang buat perangai macam dia kalau kene paksa nikah sekali pun.

Syah tundukkan pandangannya. Dia dah malas nak lari. Dia malas nak lari dari masalah. Syah tahu dia masih belum matang even umur dia dah meningkat sekali pun. Matanya terasa panas.

Tangannya pula bermain sesama sendiri. Rasa bersalah mula menghantui. Perlahan-lahan bibirnya diketap menahan suara tangisan yang bakal meletus.

Dia rasa terlalu bersalah. Terlalu berdosa. Menghukum manusia secara membabi buta. Apatah lagi teguran umi begitu menusuk hatinya.

"Tolong Syah. Umi ni dah tua sayang. Tapi umi tetap nak Syah tahu. Fareez itu manusia juga. Hambah Allah. Setiap manusia ada kekurangan dah kelemahan. Kita sebagai manusia kena saling membimbing. Jangan kerana perasaan Syah tu. Syah buat Fareez terkapai-kapai lemas dalam masalah yang dicipta ni. Tolong Syah. Jangan buat kesilapan macam Umi pernah buat dulu. Buka mata hati kamu,"

Masih tergiang-giang suara Umi khaleda di minda. Kata-kata yang begitu menusuk jauh ke dalam hatinya.

Tubuh Fareez di sebelahnya dipeluk secara mengejut. Teresak dia dibahu lelaki itu.

"Syah minta maaf Abang. Syah tahu Syah salah buat macam tu. Lari dari abang. 5 tahun Syah tinggalkan abang. I'm sorry. Truly sorry. Sorry to make you feeling hurt because of me," luahnya.

Syah tahu salah lari dari suami sendiri. Tapi ketika itu dia terlalu bodoh. Terlalu ikutkan perasaan. Hinggalah umi sendiri yang jumpa. Tegur salah dia secara depan. Sehinggakan Syah mula merenung diri. Merenung kesilapan diri ini.

Belakang tubuh Syah diusap lembut oleh Fareez. Siap pujuk lagi. Terasa basah lecun bahunya dengan air mata Syah.

"Shhhuuu....it's okey. It's okey, sweetypie. I forgive you. At least you're here with me," pujuk Fareez lembut.

Syah mengangkat kepalanya. Dengan air mata yang masih tersisa. Memandang wajah Fareez yang semakin matang. Ada sedikit kumis di bawah dagunya. Mmm...dan boleh jadi bapak orang dah ni. Eh?!

Naik merah wajahnya bila memikirkannya. Ada ke patut sampai ke situ dia berfikir.

Fareez tersenyum panjang. Suka dia tengok wajah Syah yang macam badut cantik ni. Hidung merah. Mata merah. Pipi merah. Comel!

Geram sangat. Fareez mula melagakan hidungnya ke hidung merah Syah itu. Tersentak Syah dengan tindakan mengejut Fareez.

"Comel sangat sayang ni. Geram!" puji Fareez.

Syah apalah lagi. Naik merah la wajah dia tu. Di sorokkan wajahnya di dada bidang milik Fareez. Tak tahan nak tatap lama. Boleh jadi udang bakar dah muka dia ni.

PSIKO✔️Where stories live. Discover now