Bab 15

2.2K 105 5
                                    


      V"Tina," tegur Lia yang dari tadinya kelihatan gelisah. Entah kenapa dari tadi dia mendail nombor milik Syah namun sayangnya tiada satu pun panggilan itu diangkat. Semuannya dimasuk ke voice mail.

    Fatina yang tadinya sedang mundar mandir mula mendekati Lia yang sudah kelihatan tidak senang duduk itu. Ya. Mereka sudah satu jam menunggu Syah di rumah Amira. Disangka Syah mungkin akan tiba lewat sedikit berbanding mereka namun batang hidungnya langsung tidak kelihatan sehingga kini. Malah sudah terlalu lewat. Takkan jemm kot?

     "Dapat tak call Syah? Dah lewat sangat ni. Kenapa dia tak sampai-sampai? Nak buat suprise pun agak-agaklah," bebel Fatina dengan rasa tidak puas hati. Bukan dia marah namun risau. Syah bukan seorang yang akan buat orang lain tertunggu. Paling-paling pun dia akan inform sesiapa kalau dia lewat ataupun tidak jadi hadir. Tapi sekarang ni satu hapak pun dia tak call.

     Lia yang kelihatan gusar itu mula mengangguk perlahan. "Dah. Tapi semua panggilan tu masuk voice mail. Dah berpuluh kali call. Tapi satu pun dia tak angkat. Aku risaulah. Tak pernah Syah macam ni," rasa tidak sedap hatinya mula memainkan peranan. Otaknya sudah tepu namun rasa risaunya itu semakin menebal.

     "Aku pun sama. Tak apa kita sama-sama cari penyelesaian," pujuk Fatina.

     Perasaan dan jiwanya tidak sedang duduk. Matanya meliar memerhati sekeliling. Riuh rumah Amira dengan kehadiran rakan-rakan lama mereka. Fatina cuba mengawal ekspresi wajahnya agar yang lain tidak tahu masalah apa yang melanda mereka sekarang ini. Hasna menghilang ke tempat lain. Katanya cuba mencari Syah yang mungkin singgah dimana-mana.

     Fatina mula memundar mandir dihadapan Lia yang sedang gelisah. Ya. Mereka berdua sedang risau namun Fatina tidak mahu menunjuk rasa itu. Takut otak dia tidak mampu memikirkan jalan penyelesaian pula.

    Fikir Fatina. Fikir. Gunakan otak cerdik kau ni.

    Mundar mandir dia berjalan. Sesekali cuba memerah otaknya.

    

     Ting! Mentol menyala di atas kepalanya.

            Syah Amir.

Iya. Syah Amir. Kembar Syah Awani.

     Fatina mula bertepuk kecil. Iya kan. Kenapa dia tidak terfikir. Mungkin Syah Amir boleh membantu mereka berdua. Mana tahu dia tahu di mana adiknya itu berada. Bagus Fatina. Bagus. Pujinya diri sendiri.

    "Lia. Kau ada nombor Abang Syah tak?" Tanya Fatina sambil mendekati Lia yang mengelamun kecil.

    Lia blur sekejap. Di pandang wajah Fatina dengan otak yang sedang tepu. Nombor? Nombor Abang syah? Err....

    "Ouh! Ada.Ada. jap aku check dulu," lekas tangannya menyeluk beg galas yang berwarna biru muda itu. Diambil telefon pintar miliknya. Di scroll bahagian contacts yang berjela.

   "Hah. Ada. Ni dia," ditunjuk nombor Abang kembar Syah dihadapan Fatina yang sempat dia save sebelum mereka berpindah. Kira dah 8 tahun yang lalu lah.

    Fatina sudah membulat gembira. Bagus. Satu jalan penyelesaian dah jumpa. "Lia. Try call. Mana tahu abang dia tahu mana Syah menghilang satu jam tak muncul-muncul," cadang Fatina.

    Rasa gembira sedikit. Sekurang-kurangnya mereka jumpa satu penyelesaian.

     Fatina terhenti kelakuannya. Dilihat Lia yang memandangnya dengan penuh persoalan.

        "Hah. Dah kenapa tu?"


    Lia mula terkaku sekejap. Muka dia dah berubah. "Err...aku ke yang kena call?" Jarinya mula menunjuk diri sendiri.

PSIKO✔️Kde žijí příběhy. Začni objevovat