Bab 16

2.1K 101 8
                                    

       Bangun sahaja dari lenannya itu terasa tubuh kecil ini didakap erat oleh susuk tubuh tua seorang wanita yang sedang teresak-esak menangis.

     Otak sudahla sedang blur plus blank sebab baru sahaja terjaga dari lena yang amat panjang sampai lenguh badannya ni. Terasa sesak pula nafas Syah apabila tubuhnya didakap erat sampai dia rasa mahu naik lemas.

          Matanya dikelip berkali-kali untuk terus segar dari rasa ngantuk yang tadi menguasainya. Tubuh tua yang masih memeluknya diusap lembut walaupun Syah masih mamai.

     
       Lambat-lambat telinganya dapat menangkap bicara wanita tua itu.

     
        "Terima kasih. Terima kasih sebab terima Fareez. Umi tak tahu nak cakap apa lagi. Umi hanya mampu ucapkan terima kasih. Selama ini umi selalu abaikan dia. Sampaikan umi baru tahu bila Fareez mengalami masalah mental yang teruk. Dari situ umi tahu semuannya salah umi. Umi tak mampu menjaga Fareez dengan baik. Umi gagal menjadi seorang ibu yang baik kepada Fareez. Tapi selepas dia jumpa kamu. Dia berubah. Dia cuba kawal diri. Dia cuba ubah sikap dia. Dia cuba berinteraksi dengan orang lain. Dia cuba untuk terima rawatan psikologi di hospital. Sekurang-kurangnya umi bersyukur dia berubah walaupun sebabnya hanyalah kamu," luah wanita itu.

       Naik pelik Syah mendengar bicara wanita tua yang entah dia kenal atau tidak. Siap berterima kasih lagi. Sudah tu tubunya pula menjadi bantal tempat wanita tua itu melampiaskan air matanya. Habis lecun baju yang dipakai.

       "Errr... maafkan saya mak cik. Aa yang dah berlaku? Saya? Fareez? Melamar?" Berterabur habis kosa katanya. Syah tidak tahu mahu berkata apa kerana otaknya sudah tepu.

       Sudah tadi Syah hanya berkerut seribu mendengar bicara wanita itu tanpa tahu hujung pangkal cerita.

       Perlahan-lahan wanita tua  yang masih cantik berseri itu meleraikan pelukan itu. Air matanya sudah banyak jatuh berjujuran dibawah mata yang kelihatan bengkak sedikit. Bibirnya tersenyum memandang Syah yang kelihatan agak kecelaruan.

         "Panggil umi sayang. Umi khaleda. Syah tak lama akan jadi menantu umi. Syah mungkin tak ingat tapi Fareez bagitau umi Syah terima lamaran dia. Tu yang umi rasa gembira sampai merempuh masuk bilik kamu,"

       Syah naik terkejut. Terima?! Since when???!!

        Sejak bila mamat tu lamar aku? Setahu dia mana ada. Semalam tu....errr. Otaknya tidak beberapa tangkap dengan ingatan semalam. Entah apa yang berlaku padanya pun dia masih kurang pasti. Yang Syah tahu dalam lenannya dia mimpi dia makan ikan keli kuyit goreng, belacan dan kangkung goreng. Perhhhhh!!!!

         Belum sempat Syah berkata-kata. Wanita yang bergelar umi mula menyampuk.

        "Terima kasih Syah. Umi tak tahu nak ucapkan apa. Umi terlalu bersyukur Allah hantarkan Syah untuk bantu Fareez. Walau macam mana pun umi harap Syah dapat jaga Fareez. Sayangi dia. Jangan ulang kesilapan yang umi buat pada dia. Umi mohon," rayu wanita itu. Sesekali dia mengengam erat tangan Syah yang masih kaku dihadapannya. Walaupun baju Syah sudah basah lecun dengan air matanya.

        Kelakuan wanita yang bergelar umi Khaleda ini membuatkan Syah rasa terlalu bersalah dan tidak selesa. Tup. Tup. Bangun. Jadi menantu. Apa weh!  Kalau ikutkan hatinya memang niat dari awal nak cabut lari. Siapa je sanggup? Memang taklah dia nak berdiri disamping mamat gila mental tu.

       
         "Ta-tapi......" Syah cuba membantah namun kata-katanya dipotong.

         
          "Dah dah. Umi faham apa yang Syah nak katakan. Umi tahu Syah segan. Umi tahu Syah malu. Tak apa. Umi tak akan bagitahu sesiapa. Ini rahsia kita berdua je," jarinya membuatkan mulut itu seolah-olah di zip.

PSIKO✔️Where stories live. Discover now