Bab 13

2.3K 106 1
                                    


     "Syah "

    "Ooooi...Syah"

     "Syah Awani Binti Abdul Amin!"
 

     "Huh?" Tadi rasanya dia ada terdengar sesuatu. Tidak pasti apa benda itu. Wajah blur Syah ditayang dihadapan Hasna yang berdiri dihadapannya ini dengan muncung yang boleh dikatakan kalah itik. Dah kenapa pula minah ni muncung-muncung?

    
          "Kau ni Syah. Biar betul? Aku punyalah melalak macam mak jemah panggil kau. Boleh pula dia buat muka tidak bersalah?" Habislah Hasna sudah mengeluarkan kuasa bebelnya.

     

       "Hehehe...sorry. Kau cakap apa Hasna? Aku tak dengar tadi," digaru kepalanya yang dibaluti tudung hijau cair miliknya. Bukan salah dia pun kalau tak dengar. Err...yeke?

     Fatina dan Asyura yang baru sahaja tiba mula mendekati mereka berdua. Entah kenapa dengan mereka berdua itu siap bergelak pula mereka ini. Ditepuk-tepuk bahu Hasna tanda mohon bersabar melayan karenah Syah yang ulat buku. Bila dia sudah berada di duniannya sendiri jeritlah macam mana pun memang Syah tidak akan dengar langsung. Atau lebih tepat Syah tidak akan peka pada sekelilingnya.

 
         "Dah kenapa ni?" Berkerut kening Syah melihat mereka berdua dihadapannya yang baharu sahaja mendekati mereka dengan bergelak sakan. Entah apa yang lawak pun dia tidak tahu.

          "Kesian kau Hasna," pujuk Fatina sekaligus mengenakan Hasna yang makin masam wajahnya. Dari tadi sebenarnya mereka melihat Hasna yang macam sudah habis suara memanggil Syah yang macam tunggul kayu ni. Kelakar kot. Sudah la masing-masing berada di kedai buku.

     Hasna menjeling tajam. Propa je lebih minah ni.

          "Hahahaha" gelak mereka lagi.

        Bahu Syah ditepuk lembut oleh Lia.   "Dahla Syah. Kesian Hasna tu. Dari tadi kot dia panggil. Habis air liur dia membazir dekat kau," tambah Lia lagi sambil mengesat air matanya kerana terlebih gelak tadi.

         Fatina disebelahnya pula masih tergelak kecil. Habis merah wajahnya. Hasna pula sudah tidak puas hati dengan Fatina yang masih belum berhenti mengelakkannya itu. Apa kes eh minah ni.

          "Ouh yeke? Sorry tau Hasna. Maaf la aku ni kalau jumpa buku memang tak ingat dunia dah. Sorry eh. Tau tau," pujuk Syah. Siap memohon ampun lagi. Hahahah. Maklumlah memang salah dia kan.

         Masing-masing muka macam tidak mampu menahan gelak.  "Upss..Hahahah....tak tahan weh! Hahaha..aku tak marahla. Kau ni gemuruh sangat," potong Hasna sambil melepaskan gelak yang ditahan sejak tadi. Penat wooo berlakon ni. Tapi berbaloi la sebab dapat tengok wajah Syah yang blur plus bengang. Hakikatnya dia mana ada panggil Syah sampai hilang anak tekak pun. Propa je lebih minah dua ekod ni. Padahal dia sekadar memanggil aje. Tapi memang seriusla Syah ni macam berada di alam lain. Payah bebenor nak sedarkan dia ni.

            Syah berubah sudah ekspresi wajahnya itu dari blur kepada murung. Murung sebab tiga ekor monyet ni tidak berhenti gelak. Gelak perlahan-lahan tidak apa juga. Ni gelak macam nak bagi satu kedai tengok apa kes?  Kalau hari-hari macam ni perangai diorang  memang mau kemurungan dia setahun.

            "Ceh! Mati-mati aku ingat si Hasna ni merajuk. Rugi aku keluarkan skill pujuk aku ni," ujar syah dengan riaknya. Siap dimasamkan lagi wajahnya itu. Memang bengang ah hati dia ni. Sukahati nenek moyang tujuh keturunan dia kenakan Syah yang ayu ni. Manyak Chantik! Well Syah memang cantik pun. Angkat bakul sendiri.

            "Ala Syah. Janganlah marah. Kitorang gurau je ni," pujuk Fatina sambil mengengam kedua-dua belah tangannya ini. Siap melutut dengan cat eyes nya tu. Well Fatina ini mempunyai satu kelebihan. Dimana dia ni mempunyai mata bulat umpama kucing yang sedang bermanja. Macam sekarang nilah. Aduh!!! Hati tak boleh nak marah lama-lama ni. Kalau dia ni lelaki dah lama agaknya dia ambik Fatina jadi girlfriend dia.

PSIKO✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora