Prolog

8.2K 218 4
                                    

       Buku yang berada dihadapannya dibelek-belek mencari tajuk cerita yang menarik minatnya namun sayangnya tiada cerita yang menarik. Huh. Syah berasa hampa yang teramat sangat. Buku yang dicari-cari pula tidak dijumpai. Huarghh...

        Pak!

    Bahunya ditepuk dari belakang. Syah mengeluh kecil. Tahu sangatlah siapa gerangan yang menganggu waktunya sekarang ini.

    "Aye cik kak. Ada apa?" Ujarnya bersahaja. Buku masih lagi dibelek-belek seperti biasa.

     "Oit! Macam tau tau je aku yang tepuk. Ada mata belakang eh?" Kutuk Hasna.

     Syah tahan rasa geramnnya itu. Siot! Memanglah orang boleh tau itu dia. Dah dia sorang je yang suka tepuk-tepuk bahu orang tanpa salam. Mana ada orang tak kenal nak tepuk bahu aku ni. Kau sorang je. Memang lerrr..

     "Kalau aku ada mata belakang. Dah lama kot kau pengsan," perlinya. Dijeling Hasna yang mula berdiri disebelahnya. Siap dibelek-belek lagi depan belakang buku itu.

           "Yela.Yela. Maaf la,"

     "Tolong eh. Buat tabiat buruk ko tu," nasihat Syah lagi. Matanya tidak boleh beralih langsung dari buku yang masih dalam gengamannya ini.

                "Hmmm....,"

     "Kau datang sini ganggu aku. Ada apa-apa ke?"

    "Hah... nak tanya kau. Jadi tak pergi? Kalau kau jadi ikut. Jomlah kita pergi sama-sama," ajak Hasna. Matanya memandang Syah yang masih leka dengan bukunya itu.

     "Hmm....jadi je. Tapi aku tak ikut koranglah. Aku pergi dengan orang lain,"

     Hasna memandang Syah dengan pandangan peliknya. "Huh? Dengan siapa? Abang kau ke?"

     Syah mula mengalihkan pandangnnya ke arah Hasna. Dipandang wajah itu sekilas sahaja lalu memandang semula bukunya itu. "Adalah. Nanti tau juga,"

        "Cis. Nak berahsia pula,"

         "Ala. Nanti kau tau juga,"

    "Kau dah bagitau diorang belum," tanya Hasna ingin tahu.

    "Belumlah. Nantilah aku bagitau," ujarnya dengan nada perlahan.

     Sebenarnya Hasna perasan sesuatu. Wajah Syah kelihatan sedikit pucat malah dia juga seolah-olah ingin mengelak dari bertentang mata. Namun Hasna cuba untuk membuang segala spekulasi buruknya itu. Haish. Mungkin minah ni baca citer seram kot. Tu yang pucat.

     "Okeylah diorang pun dah nak keluar. Jom," ajak Hasna. Bahu Syah ditepuk lembut. Nak sedarkan minah ni. Kalau baca je. Terleka pula sampai tak ingat rumah.

      Syah mula memandang Hasna yang berlalu pergi. Buku yang berada di tangannya itu di simpan semula. Hmmm...
Perlahan-lahan Syah mula memandang tangannya yang mengigil.

                    Glup!








   Matanya dicelik berkali-kali bagi menjelaskan penglihatannya yang terasa kabur. Entah apa yang membuatnya boleh terlena. Dia tidak dapat mengingati apa yang terjadi sebelum dirinya terlena di atas katil bersaiz king. Syah mula terasa lain dibahagian kepalanya. Terasa berat semacam dah.

    Dirinya cuba untuk bangun dari pembaringan. Tapi ada yang menghalang pergerakannya. Dilihat tangannya telah diikat dengan tali. Dah la tali rafia. Sakit tau!

    Kakinya juga terikat kemas seolah-olah mengelakkanya untuk melarikan diri.

    Nasib mulutnya tidak ditutup dengan kain atau apa-apa. Bolehlah dia menjerit untuk meminta tolong.

    Tapi yang membuatnya pelik. Apa motif penculik ini menculiknya jika mampu memiliki bilik sebesar ruang tamu dirumahnya.

    Setelah badanya stabil dan mampu mengingati apa yang terjadi dengan kepala yang berbalut kemas dengan bandage. Syah perasan kepalanya sudah tiada tudung yang tersarung namun dia tidak fikir apa dah. Satu je dia fikir sekarang ni. Dia cuba meloloskan dirinya daripada ikatan yang kemas.

     Sudah berkali-kali di cuba tapi tidak berjaya. "Asal kemas sangat ni, " mulutnya mula mengomel keseorangan.

    Tanpa disedarinya pintu bilik itu telah dibuka oleh seseorang. Pelahan sahaja langkahnya mendekati tubuh kecil yang sedang mengelut dengan tali rafia.

    Sedang elok dia cuba membuka ikatan tali itu terasa ada yang sedang beediri di belakangnya. Terus di toleh kepala itu. Eerrrk.. Syah kaku sekaligus sedang cuba mentafsir situasinya sekarang ini.

     "Eh? Kau!?" bulat matanya besar. Tidak percaya yang menculiknya adalah bekas seniornya semasa disekolah menengah dahulu. Senior yang telah dipermainkan olehnya. Hatinya berdongkol geram dan benci.

     "Ye, sweetypie," diusap kepala syah yang berbalut itu. Comel apa melihat rupanya yang berbalut macam baby yang sakit.

    Syah mula mengelak daripada disentuh. "Apa motif kau culik aku,hah!? I have told you! It's a mistake!" tiada lagi nada yang lembut bila mengetahui siapa yang menculiknya. A pyscho senior!

    Syah berasa kasihan dengan sahabat-sahabatnya kerana tidak dapat meraikan hari kegembiraan denganya.

    "Sebab aku suka kau, cintakan kau dan sayang kau," suaranya dikendurkan bagi melembutkan syah daripada kemarahan tadi.

       Syah yang tahu akan terjadi benda macam ni mula ketawa. Tidak terlalu kuat sekadar dia dah orang dihadapanya sahaja yang mendengar. Tapi hakikatnya dia sebenarnya takut gila sampai nak putus nyawa. Syah cuba mengawal ekspresi wajahnya.Cool syah. Cool.

       Syah mula menjeling tajam apabila mendengar bicara lelaki itu. "Huh! Love? Apa yang kau tahu tentang cinta?! You do not know nothing! Just a crazy psycho! "

      
     Lelaki itu mula berubah wajahnya. Dari tenang terus nampak tegang. Syah menelan air liurnya yang terasa perit. Dup dap dup dap. Seram melihat wajah itu.

 
     "S-sorry, I-Imm...I'm sorry.  What I have done to you before it's just a lieThat time. I was to young to know what a true love meaning. M-my. My friends challenge me to make you fall. F-fall in love. I'm truly sorry. Sorry for involving you," Syah cuba membetulkan keadaan. Memang  semua ini salahnya. Tapi dia tidak tahu pula yang lelaki ini akan bertindak sejauh itu. Tidak sampai sedetik pun lagi!

   Lelaki itu mula tertawa yang baginya kedengaran sungguh sinis. "Suka atau tidak kau aku punya. No one will take you away from me," terus berubah nadanya kepada sedikit kasar. Matanya tajam merenung wajah Syah yang sudah mengigil bibirnya.

   Mendengar ayat itu membuatkan hati Syah lagi kecut dan takut. Apa akan jadi padanya di kemudian hari.

#bersambung......

PSIKO✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang