Part 4

774 96 10
                                    

Halilintar menjatuhkan tubuhnya di atas katil. Siling bilik ditenungnya. Otaknya bercelaru, memikirkan sesuatu yang pasti berkaitan dengan Gempa.

"Apa yang dia buat sekarang ni hm? Nombor dia pun aku tak ada."

Mulutnya tercebik, kedua lengannya di letakkan dibawah kepala sekadar menjadikan bantal.

"Mesti kehidupan dia berat kan.. Kalau boleh aku nak sangat bawa dia keluar daripada masalah keluarga dia tu. Aku cuma nak dia bahagia aje, boleh ke aku bahagiakan dia?"

Halilintar bergumam sendirian, satu helaan nafas berat dihembuskan.

Ting!

Bunyi notis telefon, menandakan ada mesej yang masuk.

Halilintar meraih telefon pintarnya yang terdampar di sebelahnya. Mesej dari seseorang di buka.

Bos, dia pulang ke rumah dengan selamatnya.

Senyuman terukir dibibirnya. Hatinya lega apabila membaca mesej daripada orang suruhannya.

•••••

Keesokkan harinya...

Pemandangan di bawah rooftop sekolah, dinikmati oleh Gempa.

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahnya. Helaian rambutnya bergerak mengikuti arah perginya angin.

Harini dia amat bersyukur kerana dirinya tidak dibuli oleh para pelajar yang membencinya.

Gempa menghabiskan masa rehat dengan bersantai di bumbung sekolah, dia tidak seperti pelajar lain yang berjamu selera di kantin. Dia sanggup mengikat perut yang kosong kerana ingin menyimpan duit saku untuk keperluan yang lain.

"Haaa.."

Gempa memejamkan mata, namun tidak sampai sesaat dia dikejutkan dengan benda sejuk yang menempel pipinya. Matanya yang dipejam, terus dibuka. Gempa menoleh ke samping dan mendapati Halilintar yang tersenyum manis padanya. Di tangan lelaki itu terdapat plastik makanan ringan dan sekotak air berperisa epal.

"Menungkan apa hm? Kenapa tak ke kantin? Kau tak lapar?" Soalnya lembut, seraya mengambil tempat di sebelah Gempa yang duduk di pembatas bumbung sekolah.

Gempa tidak menjawab, malah dia mengabaikan makhluk hensem disebelahnya.

Halilintar simpan senyum dengan respon Gempa itu. Dah terbiasa diabaikan oleh lelaki mungil itu.

"Amboi sombongnya dia.. Senyum lah sikit, senyum kan satu sedekah?"

Bebola mata Gempa terguling ke atas.

"Kalau kau datang sini hanya nak ganggu ketenangan aku, baik kau bla. Aku nak bersendirian." kata Gempa getus, tidak sedikit pun dia memandang wajah Halilintar yang mulai masam.

"Kau lapar? Aku ada beli roti, kerepok dan air epal. Aku terbeli banyak tadi, takut pula tak habis. So, aku nak kongsi dengan kau. Kau nak?" Tawar Halilintar, mengabaikan kata-kata menghalau Gempa barusan.

Halilintar membuka plastik yang di pegang sedari tadi, sebungkus roti berperisa coklat disuakan pada Gempa.

"Nah, for you my tsundere Ouro."

Gempa hanya mengerling sekilas, tidak tertarik dengan tawaran lelaki itu walha dalam hati sudah mengumpat akan Halilintar yang sengaja mahu mengumpannya dengan makanan.

"Tak nak."

"Tak nak sudah, rugi tau."

"Tak rasa rugi pun."

Mereka berdua saling mencebikkan bibir dengan muka toya. Hm, cocok sangat..

Halilintar berdecih perlahan, lantas bungkusan roti dibuka. Dia dengan sengaja mengunyah roti coklat itu di hadapan wajah Gempa. Sengaja mahu cari gaduh dengan pujaan hatinya itu.

"Yummy, sedapnya.."

Muka Gempa masam mencuka dengan tindakan orang di sebelahnya ini. Sengaja betul!

Dalam diam Gempa telan liur, dia mengerling Halilintar yang sedang makan roti dengan begitu berselera sekali.

Kriukk...

Tanpa tahu malu dan memalukan tuannya, perut Gempa berbunyi.

Berbahang wajah Gempa, apatah lagi Halilintar mengekek ketawakan dia.

"Diam lah!" Marah Gempa, dia memegang perutnya yang masih berbunyi itu.  Kepalanya dipalingkan ke arah lain.

Tak guna punya perut, buat malu aku aje.. Desis hati Gempa sebal.

Halilintar tersenyum-senyum kerana lucu dengan sifat tsundere Gempa, mengalahkan sifat tsunderenya. Heleh..

"Betul ni tak nak? Ruginya, kalau tak nak aku makan habis.."

Baru sahaja Halilintar mahu menyuap roti ke dalam mulutnya, Gempa dengan spontan mendekatkan wajah padanya lalu memakan roti Halilintar yang masih tersisa itu.

Halilintar terkedu, wajahnya memerah kalau sahaja dia tidak sempat berhenti mesti dia tercium Gempa. Dia mengedipkan mata, dia memandang roti coklatnya sudah tinggal separuh.

Dia masih tidak percaya yang Gempa akan memakan roti punyanya. Bekas dia pula tu, maknanya mereka berciuman tanpa sengaja? Mengingatkan itu, wajahnya memerah sampai ke telinga.

"Kenapa kau ma..makan punya aku?"

"Kenapa? Kau juga kan yang suruh aku makan?"

"Errr.. Bukan.. Cuma tu kan bekas aku, lagipun masih ada roti kat dalam plastik ni kalau kau nak.."

Gempa mengedipkan mata, mencuba proses kata-kata Halilintar. Dia pandang roti coklat dan Halilintar silih berganti.

Dahinya berkerut, dia pandang Halilintar dengan wajah polos.

"Kenapa kalau makan bekas kau punya?"

Pertanyaan polos itu, buatkan Halilintar tercenggang. Kepalanya yang tidak gatal, digaru.

"Ta..tak ada apa. Abaikan. Makanlah."

Halilintar menyuapkan roti miliknya pada Gempa dengan wajah memerah.

Gempa mengerling Halilintar dan roti tersebut lalu dia membuka mulutnya untuk menerima suapan Halilintar.

Buat pertama kali di dalam hidup Halilintar, Gempa akhirnya memperlakukan dia dengan baik. Sepertinya lelaki itu sudah terbuka hati untuk menerimanya. Mungkin?

Siapa yang tahu kan?

Senyuman Halilintar merekah lebar di bibir. Anak mata merahnya, memerhatikan Gempa.

Dia berharap sangat, Gempa akan menerimanya suatu hari nanti.

"Aku akan tunggu, sampai lah kalimat tu keluar dari mulut kau Gempa."












Tbc...

35 vote for next chapt..

Ada yang rindu? Mesti tak ada an?

Kbai!

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now