Part 11

754 98 16
                                    

Cuaca pada hari itu, sedikit tidak menentu seperti hatinya.

Hujan lebat membasahi bumi dengan derasnya.

Anak matanya menatap titisan air hujan melalui jendela bilik.

"Ha..." satu keluhan terluah daripada mulutnya. Tangannya tersua ke hadapan, merasakan titisan hujan yang mengenai tangannya.

Hawa sejuk yang menerpa, membuatkan tubuhnya menggigil.

Hup! Seseorang dengan aroma wangi yang amat dia kenali, tiba-tiba sahaja memeluknya daripada belakang. Gempa tersentak.

"Kau okey? Kau asyik termenung jauh sejak kematian ayah kau, apa kau belum merelakan kepergiannya? Please jangan macam ni, walaupun dia dah tak ada tapi dia tetap ada di hati kau. Kau harus relakan dia Gem."

Halilintar meletak dagunya di atas bahu Gempa dengan wajah mengarah pada leher Gempa. Dia memejamkan mata, sambil menghidu wangian yang datangnya daripada tubuh Gempa.

Gempa menghela nafas, dia sedikit terganggu dengan hembusan nafas hangat Halilintar yang menerpa lehernya. Bulu romanya berdiri. Dia sedikit sensitif apabila ada sesuatu yang bermain di lehernya.

"Gem, kembali lah ke sekolah. Sekolah tu terasa sunyi kalau kau tak ada. Kau jangan risau, kalau ada orang kacau kau. Aku sedia untuk membasmi nyamuk-nyamuk busuk itu."

Gempa masih mendiamkan diri, anak matanya menatap kosong ke luar jendela.

"Esok aku akan balik ke rumah aku semula dan mungkin aku akan berhenti daripada sekolah.."

Dengan kasar Halilintar melepaskan pelukannya pada Gempa, dia membalikkan tubuh Gempa agar berhadapan dengannya.

Wajah terkejut Gempa menghiasi pandangan matanya. Terkejut dengan reaksi Halilintar yang tiba-tiba itu.

Iris merah Halilintar seakan mampu menenggelaminya ke dasar laut yang dalam kerana tatapan matanya.

"Kenapa? Kau tak suka tinggal dengan aku?" kata Halilintar, seolah dia tidak merelakan Gempa untuk kembali ke rumahnya atau kata lain dia tidak mahu Gempa pergi dari sisinya.

Gempa membalas tatapan Halilintar. Perlahan dia melangkah ke belakang, memberi jarak di antara mereka berdua.

"Maaf, aku tak nak menyusah kau lagi. Cukuplah dengan segala kebaikan yang kau beri pada aku selama ini. Aku rasa terhutang budi, aku tak tau nak balas dengan apa. Aku tak ada sesuatu yang mahal untuk beri pada kau sebagai balas budi kau... aku.."

Ucapan Gempa terpotong apabila jari Halilintar melekat pada bibirnya seolah menghalangnya berbicara. Seketika kemudian, dia dikejutkan dengan perbuatan spontan Halilintar yang mencium pipinya.

"Kalau kau nak balas, cukup bagi hati kau Gempa."

Gempa terkelu dengan permintaan tidak terduga Halilintar.

"Halilintar, aku.."

Halilintar hela nafas, dia menyebak rambutnya ke belakang. Wajah Gempa ditatap, senyum paksa dia lakarkan.

"Aku tau apa kau nak cakap. But, tak boleh ke kau cuba bukakan hati kau untuk aku?" dengan harapan yang besar Halilintar mencuba nasibnya kembali.

Gempa menunduk, tangannya meramas hujung baju yang dia kenakan.

Tanpa berkata apa-apa, Gempa berjalan melewati Halilintar. Dia keluar daripada bilik meninggalkan Halilintar sendirian di dalam sana.

Halilintar tergelak lirih, "See, kau masih degil. Kau reject aku again. Kau tau tak, perasaan aku terluka dengan setiap penolakkan kau selama ini..."

•••••

Keesokkannya...

Sepulang sekolah, Halilintar pergi berkunjung ke rumah Gempa kerana lelaki itu tidak ke sekolah seperti permintaannya kelmarin.

Gempa pergi daripada rumahnya pada malam hari, sebaik sahaja dia tidur. Dia sedikit terkilan dengan Gempa namun dia hanya mampu pendam sahaja.

Kini Halilintar berdiri tegak di hadapan rumah Gempa, langkah kaki dibuka.

Tangannya terangkat dan mengetuk  daun pintu.

Knock, knock!

"Oit wife, husband kau datang ni! Buka lah pintu ni! Kenapa kau tak datang sekolah ha?" jerit Halilintar sambil mengetuk pintu rumah usang itu.

Namun, tiada sahutan daripada sang pemilik.

Dahi Halilintar berkerut. Perasaan cemas mula hinggap di hatinya.

"Wife? Gempa oit buka pintu ni! Kalau tak aku robohkan pintu ni! Cepat!"

"Kau dah kenapa?"

"Opocot mak kau hitam!"

Sergahan yang tiba-tiba itu buatkan Halilintar melatah. Kelopak matanya terkebil-kebil, menatap bingung pada pintu rumah.

"Eh? Pintu ni boleh bercakap?"

"Bodoh."

"Aku tak bodoh lah! Hei pintu, panggilkan tuan kau. Mana dia ha?"

Tidak dia sedari, orang yang sedang dia cari berada di belakangnya.

"Bodoh, aku ada kat belakang kau lah."

Baru sahaja Halilintar mahu berbalik, tubuhnya ditolak ke tepi buatkan dia jatuh terjungkal ke atas tanah.

"Hei! Aduh sakitnya bontot aku, sampai hati kau buat suamimu macam ni Gem."

Gempa memutarkan bebola matanya. Pintu rumahnya dibuka, tanpa mempersilakan Halilintar dia terus menonong masuk.

Halilintar mengembungkan pipinya, dengan kesal dia bangun dan berlari masuk ke dalam rumah Gempa.

"Hei! Kenapa kau tak ke sekolah?" kata Halilintar, dia mencampak beg sekolahnya ke sofa dan mengikuti Gempa yang menuju ke dapur.

"Aku sibuk."

"Sibuk? Sibuk apa? Jaga anak?"

"Anak apanya? Aku nikah tak lagi!"

Halilintar tersenyum nakal. Gempa menjeling.

"Oh, jadi kau nak jaga anak? Kalau macam tu, jom kita buat. Nanti bolehlah kau jaga anak kita. Macam mana?"

Mata Gempa terbeliak, tersedak dia dibuatnya. Wajahnya memerah dengan ayat Halilintar yang tidak bertapis itu. Betis lelaki itu ditendangnya.

"Gila! Kau ingat aku ni apa ha?"

"Kau uke aku dan isteri aku, tak lama lagi kau ibu pada anak kita."

Wajah Gempa masam, angan-angan lelaki itu memang terbang terlalu jauh.

Bugh!

"Dasar mesum!"

"Auch!! Sedap nak lagi Gem!"

"Gila."











Tbc...

30 votment for next chapter 💕

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now