Part 22

580 74 4
                                    

Bibir bawahnya digigit, melawan rasa canggung dan gugup. Anak matanya memandang kedua ibu bapa kepada Halilintar yang duduk di sofa berhadapan dengannya. Manakala Halilintar berada di sampingnya.

Jari jemarinya diramas kerana gugup ditatap oleh kedua orang tua Halilintar.

Halilintar mengerling Gempa lalu pandangan matanya dijatuhkan pada ibu bapanya yang begitu serius merenung bakal menantu ehem mereka. Halilintar menghela nafas kerana merasa kasihan kepada Gempa yang ditenung begitu. Pucat terus mukanya. Sudah seperti pesalah sahaja.

"Dahlah tu bonda, papa. Korang buat my Gemgem takut tau, muka dia dah pucat tau sebab korang berdua." kata Halilintar.

Puan Lisa dan Encik Adam, selaku orang tua kepada Halilintar saling berpandangan. Mereka ketawa.

Puan Lisa bangun dan berjalan ke tempat Gempa lalu dia melabuh duduk di samping Gempa. Tanpa amaran dia mengomol pipi tembam Gempa.

Gempa yang diperlakukan begitu sedikit tersentak namun dia hanya mampu berdiam diri.

"Ololo, Gempa kan nama kamu? Comel dan manis orangnya, patutlah budak tu melekat kat kamu. Geramnya bonda dengan kamu."

Pipi Gempa makin digomolnya kerana gemas. Gempa hanya pasrah dan sedikit meringis.

Halilintar yang melihat itu, sudah menarik muka. Dia segera menepis tangan ibunya daripada bermain dipipi Gempa yang sudah memerah kerana perbuatan si ibunya.

"Ishh bonda ni, habis lebam pipi dia bonda buat. Dahla, kasihan dia." protes Halilintar. Dia menarik Gempa, menjauhkan lelaki mungil itu daripada ibunya.

Puan Lisa menarik muka. "Ish! Dasar kedekut, bonda kan tak boleh nampak benda comel. Bonda jadi geram! Gempa sini sayang,"

Halilintar menggulingkan bebola matanya.

"Tak boleh, dia milik Hali! No, no!!" bantahnya. Wajahnya cemberut. Tubuh Gempa dipeluknya.

Encik Adam menggelengkan kepala melihat drama mereka berdua, anak matanya jatuh pada Gempa yang mencuba melepaskan diri daripada pelukan maut anaknya. Rasa kasihan pula kerana diperebutkan.

"Gem, sama papa aje. Jangan dengan diorang. Diorang sewel sikit, meh sini papa peluk."

Gempa sudah pucat. Dia seakan tidak percaya dengan keluarga Halilintar yang amat abnormal itu. Tetapi kenapa dia rasa sedikit bahagia? Dia berasa mempunyai keluarga..

Adakah dia masih mempunyai keluarga?

Mendapat perlakuan manis daripada kedua ibu bapa Halilintar walaupun baru sahaja bersua muka, buatkan dada Gempa berasa sebak. Dia teringat akan arwah ibu bapanya.

Tanpa dipinta air matanya menitis dan mereka perasan akan hal itu.

Mereka panik.

"Gempa, kamu kenapa sayang? Kami ada lukakan kamu ke? Kenapa kamu nangis? Maaf kami.."

"T..tak.. Saya cuma rindu.."

"Rindu?"

"Rindu keluarga saya yang dah pergi buat selamanya.."

Kata-kata Gempa menghenyak perasaan mereka.

Puan Lisa menarik Gempa masuk kedalam dakapannya. Belakang tubuh remaja itu, dia belai sekadar mahu menenangkan Gempa.

"Shuss, jangan sedih sayang. Kamu boleh anggap kami ni keluarga kamu. Sekarang kamu adalah sebahagian dalam keluarga ni. Dah jangan sedih ya sayang, bonda tak kuat kalau bab-bab sedih ni. Bonda cepat mengsedih huhuhu.."

Kata-kata spontan Puan Lisa mengundang tawa mereka bahkan suasana suram barusan segera bertukar.

Gempa memasang senyum dibibirnya walaupun tipis. Dia tidak sangka akan penerimaan keluarga Halilintar terhadapnya begitu baik sekali.

Merasa kepalanya seperti diusap, membuatnya mengangkat wajah dan menoleh ke samping. Halilintar sang pelaku. Lelaki itu berbisik padanya.

"Jangan sedih lagi, aku sentiasa ada disisi kau."

••••••

"Tak sangka kan, aku dah dapat restu dengan cepat tanpa halangan."

Suara berat yang tiba-tiba menyapa cuping telinganya, buatkan Gempa menoleh ke pintu biliknya.

Halilintar melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuni Gempa dan mendekati lelaki itu yang sedang mengambil udara malam di balkoni bilik.

"Maksud kau?"

Halilintar berpeluk tubuh sejurus bersandar pada pagar balkoni. Dia mengadap ke arah Gempa.

Dia smirk.

"Yelah, bonda dan papa terima kau dengan baik. So, maknanya diorang dah restukan kita. Lagipun diorang dah tahu yang kau ni bakal menantu diorang. Hm, baguslah. Lepasni bolehlah bincang pasal tarikh pernikahan kita kan?"

Halilintar menjongket keningnya. Sengaja mahu mengusik Gempa, dia suka apabila melihat wajah Gempa memerah kerana perbuatannya.

Gempa mencebik. "Bila masa pula aku nak kahwin dengan kau ha? Perasan! Kalau kita nikah pun, aku nak diposisi suami!"

Kening Halilintar terangkat. Dia tergelak dengan ayat terakhir Gempa.

"What suami? Kau tak sesuai langsung untuk dapat posisi tu Gem. Kau ni suka sangat melawaknya, kau.."

"Aku tak melawak lah. Habistu kau pandai ke pegang tanggungjawab? Pandai jalankan tanggungjawab?"

Ucapan Gempa itu, buatkan Halilintar terkesima. Dia berasa tercabar dengan kata-kata Gempa itu, seperti diperlekehkan oleh lelaki itu.

Apakah dia tidak layan memegang posisi suami?

Anak matanya merenung tajam tepat ke dalam mata Gempa. Dia berdiri tegak, dia pandang Gempa yang tingginya separa bahunya sahaja.

Gempa telan liur akan perubahan Halilintar yang tiba-tiba itu. Sepertinya dia tersalah cakap dan sudah membangkitkan kemarahan lelaki itu.

Gempa terpaksa mendongakkan kepala untuk membalas tatapan tajam dan dingin milik Halilintar. Dia melangkah ke belakang apabila Halilintar datang merapat.

"Hali.. Kau kenapa ha? T..tepi lah."

Gempa menahan tubuh Halilintar daripada datang mendekat. Dia sudah tidak dapat melarikan diri, dikeranakan tersekat disudut dinding.

"Apa maksud kau yang aku ni tak pandai jalankan tanggungjawab hm? Apakah rasa tanggungjawab itu harus ditunjuk-tunjuk? Aku rasa tak, sebab rasa tanggungjawab itu adalah sebuah perbuatan. Walaupun ianya sedikit berat."

Halilintar merenung wajah gelisah Gempa.

"Tanggungjawab.. Benda tu memang berat tapi, benda tu tak perlu lah ditunjuk- tunjuk. Sebab semua manusia mesti ada tanggungjawab. Tak kira lah dia suami ke isteri ke. Semua ada tanggungjawab masing-masing, mahu dengan tidak saja."

Halilintar berjeda, dia mendekatkan wajah pada telinga Gempa lalu berbisik.

"Kau tau apa tanggungjawab aku sekarang?"

Gempa mengetap bibir. "A..apa?"

Halilintar senyum senget.

"Bahagiakan kau. Tu adalah tanggungjawab aku."















Tbc...

38 vote for next chapt ❤

K chau! 💨

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now