Part 13

655 92 14
                                    

"Terpesona.. aku terpesona memandang wajah manismu..."

Halilintar keluar daripada bilik sambil bersenandung ringan. Beg sekolahnya yang tergalas di bahu kirinya dibetulkan.

Anak matanya mencari kelibat isterinya... ehem Gempa.

"Wife? Where are you?"

Telinga Halilintar menangkap bunyi yang berasal daripada dapur. Tanpa menunggu lama, dia terus mengorak langkah ke sana.

"Wife?"

Halilintar tersenyum lebar seraya mendekati Gempa yang sedang menghidangkan roti bakar dan susu suam sebagai sarapan pagi.

Gempa menoleh ke arah pemilik suara, setelah itu dia menjeling.

"Morning wife!"

Bebola mata Gempa terguling ke atas, tanda menyampah.

Hug!

Gempa tersentak dengan serangan Halilintar yang memeluknya daripada belakang.

"Kenapa tak balas? Balas lah wife. Balas 'morning too my hensem husband' hehet..."

Halilintar tersengih apabila mendapat jelingan maut daripada Gempa. Pipi tembam yang kemerahan itu, dia cium bertalu-talu. Perilaku manisnya itu buatkan Gempa terkaku.

"Hm, jom makan. Lepas makan, nak pergi berperang pula." Kata Halilintar, dia melepaskan pelukannya pada Gempa lalu mendudukkan lelaki itu di kerusi.

Halilintar melabuh duduk di sebelah Gempa.

"Berperang? Bukan menimba ilmu?" pertanyaan polos itu buatkan Halilintar ketawa.

"Ya, tu sama aje lah wife. Aku kan kena belajar bersungguh-sungguh."

"Bukan kau dah pandai ke?"

"Ya, memang lah pandai. Tapi! Aku tak pandai lagi untuk satu hal ni.."

Dahi Gempa berkerut. "Apa?"

"Curi hati kau..."

Mata Gempa terkebil-kebil dengan ucapan Halilintar yang tidak terduga itu. Sedetik kemudian, dia berdengus halus.

"Sewel."

Halilintar hanya tersenyum sahaja. Dia menopang dagu dan merenung Gempa yang berada di sebelahnya.

"Aku mestilah kena belajar bersungguh-sungguh. Aku ingin kejar cita-cita aku, so selepas aku berjaya nanti.."

Senyuman Halilintar merekah lebar apabila melihat wajah ingin tahu Gempa.

"Aku nak bawa kau ke pelamin." ujar Halilintar, sebelah matanya dikenyit.

First blood!

"Aku nak kita bina istana cinta kita berdua and mempunyai anak bersama..."

Double kill!

Gempa memalingkan mukanya yang terasa seperti dibakar habis-habisan oleh ayat terlebih manis Halilintar itu.

Gempa dapat rasakan yang jantung berdenyut dengan lajunya.

Kenapa dengan jantung aku ni? Aku ada penyakit jantung ke? Desis hati Gempa.

"Aku sayang kau."

Gempa mengerling Halilintar dengan hujung mata. Lelaki itu sedang menjamah roti bakar buatannya.

Hening. Mereka bersarapan dengan keadaan sepi.

Seusai makan, Gempa mengikut Halilintar yang menuju ke pintu rumah. Sudah seperti isteri yang ingin menghantar suaminya untuk ke kerja sahaja lagaknya.

"Bila kau nak balik ke rumah kau ha?"

Gempa buka suara. Halilintar yang sedang mengikat tali kasut, terus mengangkat kepala. Wajah Gempa ditatap.

"Kau nak halau suami kau ke? Sampainya hati.." kata Halilintar dengan wajah monyok. Bibirnya memuncung sedepa. Genangan air mata mula bertakung.

Gempa berdecit. "Tak payah nak berdrama sangat boleh tak? Dasar drama King!"

"Hiks.. Gempa jahat.. hiks... Tak apalah your husband nak pergi 'kerja' dulu. Kita merajuk dengan wife selama 2 minit.. Hmm hati-hati tau kat rumah. Kalau ada orang jahat ganggu, just jerit nama aku ya? Jerit kuat-kuat hm? Bye wife."

Chup! Sebelum pergi, Halilintar mencium sekilas pipi Gempa.

"Bye wife, love you!"

Gempa menghantar kepergian Halilintar. Dia memegang pipinya yang masih hangat terasa bekas ciuman Halilintar barusan. Dia tersenyum kecil sambil merengus perlahan.

"Stupid."

Gempa menutup pintu rumah, dia berbalik. Baru sahaja dia ingin melangkah, terbantut apabila pintu rumahnya diketuk bertalu-talu.

Dahinya berkerut.

"Siapa yang datang? Jangan kata Halilintar datang balik? Budak tu!"

Gempa membuka pintu rumahnya kasar.

"Halilintar apa yang..."

Ucapan Gempa terputus dan diganti raut wajah yang terkejut.

"Hai manis, berani betul kau main hide and side dengan aku ya?"

Wajah Gempa memucat. Tubuhnya bergemetar. Dia berjalan mundur.

"A..ahlong..."

"Terkejut? Sekarang kau dah tak boleh lari dari aku, tangkap dia!"

Tidak sempat Gempa melarikan diri, dia dipegang oleh beberapa orang lelaki berbadan sasa.

"Lepaskan aku!! Apa lagi yang kau nak dari aku ha!! Kau! Kau dah bunuh ayah aku! Tak cukup lagi ke ha?! Tak cukup ke? Kenapa kau bunuh ayah aku.. kau.."

"Ayah? Hahaha, kau memang anak yang baik sebab sentiasa ingatkan orang tua yang tak sedar diri tu. Dia bahkan tak ingat akan kau budak! Sebab tu aku bunuh dia.."

Birai mata Gempa berair, bibirnya bergetar menahan sebak. Anak matanya memandang tajam ke arah lelaki itu.

"Lepaskan aku! Aku janji akan lunaskan hutang arwah ayah aku! Aku mohon!"

Lelaki itu terkekek sinis. Wajah Gempa dicengkamnya.

Dia memandang wajah Gempa, senyum penuh makna terukir.

"Buat apa kau nak bersusah payah cari duit untuk bayar hutang ayah kau manis? Ada baiknya kau bayar dengan diri kau, aku juga dapat untungkan? Dan itu juga hutang ayah kau, tertuntaskan."

"Bawa dia!"

"Baik!"

Gempa mula memberontak, namun tubuhnya yang kecil itu menyukarkan dia untuk melepaskan diri.

"Tak guna kau! Lepaskan aku jahanam!! Kaumphh!"

Salah satu orang suruhan Ahlong menutup mulut serta hidung Gempa dengan kain yang sudah diletakkan ubat.

Dunia Gempa terasa menggelap, bibirnya menitikan satu nama sebelum dia rebah tidak sedarkan diri.

"Halilintar.."














Tbc...

36 vote for next chapter 💕

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now