Epilogue

895 70 21
                                    

5 tahun kemudian...

Gempa menatap jam yang melingkari pergelangan tangannya. Matanya kembali dihadapkan ke hadapan.

Dia melihat orang-orang yang berlalu lalang di Balai Airport.

Bunyi pemberitahuan daripada pembesar suara yang mengatakan bahawa pesawat dari Itali mendarat dengan selamat.

Senyuman Gempa mekar, dia tidak sabar menyambut kepulangan orang yang sudah lama bertapa di Negara luar.

Setengah jam menunggu, kini orang-orang yang pulang daripada Itali ke Malaysia keluar dari balai berlepas.

Mata Gempa tercari-cari seseorang. Dia tersenyum tatkala pandangan matanya bertembung dengan orang yang dia tertunggu-tunggu. Dia mengamit tangan agar si dia datang menghampiri.

"Halilintar, welcome back."

Halilintar tersenyum disaat tiba di hadapan Gempa.

Mata mereka berdua saling bertaut dan sibuk menganalisi diri memasing.

Gempa mengedipkan matanya, dia sedikit terkesima dengan perubahan Halilintar. Lelaki itu sudah tidak seperti dahulu, Halilintar di hadapannya sekarang ini lebih kelihatan matang dan dewasa. Wajahnya masih sama cuma, entah kenapa Gempa melihat makin ehem tampan dan yang ini Gempa paling malas nak bilang sebab..

Kenapa dia makin tinggi?!

Kening Halilintar terangkat sebelah apabila melihat Gempa tercenggang memandangnya. Apa yang salah dengan dirinya sampaikan Gempa memandangnya sedemikian rupa?

Bagi Halilintar, Gempa masih seperti dulu. Tiada perubahan, tetap pendek.

Tetapi Gempa masih kelihatan manis malah makin manis dan comel di matanya.

"Heyy Gempa, wake up. Kenapa pandang aku macam tu hm? Rindu ke..."

Hup!

Ucapan Halilintar terputus sebaik sahaja tubuhnya dipeluk oleh Gempa.

"Bagus lah kau balik dengan selamat Halilintar."

Tersenyum Halilintar mendengarnya, dia membalas pelukan tersebut.

"Ya dan terima kasih sebab tunggu aku Gempa."

"Tapi.."

Gempa melepaskan pelukan itu, dia dengan terpaksa harus mendongakkan kepala agar dapat melihat wajah Halilintar.

"Tapi apa?"

Melihat wajah Gempa yang berubah masam, buatkan Halilintar bingung.

"Kenapa kau makin tinggi daripada aku?"

Pftt, Halilintar ketawa. Dia ingatkan apalah tadi rupanya sebab hal remeh sahaja.

"Kenapa pula? Salah ke aku tinggi? Comel apa kalau macam ni."

Halilintar menundukkan kepala untuk melihat wajah tidak puas hati orang di depannya, manakala Gempa pula harus mendongak.

"Tch! Sini aku pendekkan kaki kau yang dah macam galah ni!"

"Heyy! Kundung lah aku macam ni, kalau kau potong kaki aku." balas Halilintar berjenaka.

"Biarkan."

Halilintar mengukur ketinggian Gempa dengan dirinya. Dia ketawa kecil.

"Mm, pendeknya kau. Aku rasa tinggi kau dalam 150 mcm, betul tak?"

Lirikan mata Gempa yang tajam terarah padanya, sepertinya lelaki itu masih kesal.

Halilintar tersenyum manis.

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now