Part 12

676 94 5
                                    

"Romeo! Oh Romeo, tolong nafikan itu nama dikau Romeo."

Gempa memegang pagar batu yang terdapat dibalkoni istananya. Matanya melilau mencari seseorang yang digelar sebagai Romeo.

"Oh Romeo! Di manakah dikau? Romeo? Romeo?"

"Yes Juliet!"

Sahutan itu buatkan Gempa terkejut, apatah lagi mendapati seorang lelaki memanjat balkoni istananya.

"Romeo?"

"Ya ni saya, Juliet. Why? What happen?" katanya dengan senyuman manis, keningnya dijongket tinggi.

Gempa merenung wajah orang itu, wajahnya sebiji seperti seseorang yang dia kenal.

Halilintar? Halilintar?!

"Orang melayu?"

"Ya! Saya melayu celup omputih. Kenapa? Pelik sangat ke, kalau orang melayu ada Romeo and Juliet?" kata Halilintar dengan wajah berkerut. Wajah Gempa, ditatap.

"Tak.. Cuma..."

"Kejap!"

Halilintar memotong ucapan Gempa, dia dengan wajah serius memegang sisi wajah Gempa. Perbuatannya berhasil memekukan Gempa.

Mata Gempa terkebil-kebil, dia telan liur apabila wajah Halilintar merapat ke arahnya. Gelagat lelaki itu seperti mahu menciumnya.

Spontan Gempa memejamkan matanya sambil memuncungkan bibirnya.

Sipi lagi bibir mereka mahu bertemu....

"Wahh! Lihatlah, bertapa panjangnya muncung dia. Ni mesti mimpi basah. Haih, kau sungguh nakal Ouro."

Halilintar tersenyum geli hati melihat bibir Gempa yang termuncung dalam keadaan tidur. Dia terkekek lantas dia menampar lembut bibir Gempa dengan jarinya.

"Heyy!"

Gempa tersedar daripada tidurnya, dengan mamai dia melihat wajah orang yang berbaring disebelahnya.

Wajahnya dengan Halilintar amat rapat, dia mengedipkan mata beberapa kali. Dia belum sepenuhnya sedar.

Sekali lagi bibirnya ditepuk perlahan.

"Heyy, kau mimpi basah eh?" sakat Halilintar.

Gempa terkebil-kebil, tiba-tiba sahaja mimpi tadi bermain di mindanya. Dia menjilat bibirnya yang terasa kering itu.

Gempa memusingkan tubuhnya ke arah lain sekaligus membelakangi Halilintar. Dia bangun daripada pembaringan.

Apa yang aku mimpi tadi?! Kenapa.. Kenapa harus pasal tu!! Desis hati Gempa.

Wajahnya memerah tatkala mengingati mimpi itu, jikalau Halilintar tahu yang dia bermimpi akan lelaki itu. Pasti dia akan jadi bahan gelak Halilintar nanti.

Memalukan!

"Wey juliet, are you okey babe?"

Wajah Gempa makin memerah apabila Halilintar memanggilnya begitu.

Macam mana lelaki itu boleh tau? Apakah dia dengar?

Mati kau Gem!

"Ma...macam mana kau boleh ada sini ha?"

Tanpa menoleh, Gempa bertanya dengan nada gugup sekaligus mengalihkan topik.

Halilintar terkekek, dia bangkit dan tanpa amaran dia memberi Gempa 'backhug'.

Gempa kaget, dia ingin melepaskan diri namun pelukan Halilintar yang erat itu menggagalkan tindakannya.

"Kau lupa eh? Kan aku dari kelmarin lagi ada kat sini? Lupa lah tu..."

Halilintar mengucup sekilas bahu Gempa yang sedikit terdedah itu, menampakkan bahunya yang putih melepak. Dia telan liur.

Tahan Hali, tahan...

"Kan best kalau hari-hari macam ni, kita dah macam suami isteri aje kan? Bangun tido dah terpandang wajah orang tersayang.. Hmmm.."

Halilintar dengan manja menyembamkan wajahnya pada bahu Gempa dan mengeserkan hidungnya di situ.

Perbuatan Halilintar itu, membuatkan Gempa mengeliat kegelian.

"Hentikan bodoh.. eunghh.."

Sedar atau tidak, Gempa mendesah perlahan tatkala Halilintar dengan nakalnya mengigit bahunya.

Halilintar terkedu dengan suara itu, akan tetapi dia tersenyum. Smirk.

Gempa dengan kasar menyiku perut Halilintar, perbuatannya itu berhasil membuat Halilintar melepaskannya.

"Aduh, sakitnya!"

"Dasar mesum!!"

Dan setelah itu hanya terdengar suara bantingan serta jeritan kesakitan seseorang.
















Tbc....

Sorry lama menyepi.. Miss this book?

Vote 35 for next chapter! Thankiu 💕

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now