Part 25

628 73 8
                                    

"Halilintar.."

Gempa mengkuak pintu bilik Halilintar. Kepalanya dijenguk ke dalam sebelum melangkah masuk.

"Halilintar?"

Dia berjalan ke tempat tidur Halilintar dan melabuh duduk di sana. Anak matanya menatap bilik mandi, terdengar suara pancuran air pancut. Sepertinya lelaki itu sedang mandi.

Gempa menjatuhkan pemandangan matanya pada benda yang dia bawa daripada bilik. Dia bermain dengan benda itu walaupun dia tidak tahu cara mainnya macam mana.

"Lamanya dia mandi... Mengalahkan pompuan aje."

Kreak..

Bunyi pintu di buka mengalihkan antesi Gempa. Wajah Gempa berubah warna apabila mendapati Halilintar keluar daripada bilik mandi hanya mengenakan tuala sahaja yang melingkari pinggangnya. Laju Gempa melarikan pandangan matanya.

"Gempa? Kenapa ke sini?"

Halilintar bertanya tatkala perasan akan keberadaan Gempa di dalam biliknya. Dia bergerak ke almari baju.

"Emmm, t..tak ada apa. Saja ke sini, a..aku ingat kau lagi belajar."

Gempa menggigit bibir bawahnya, menahan debaran di dada. Dia mencuri pandang ke arah Halilintar yang sedang mengenakan pakaian.

Dia menampar pipinya apabila sedar daripada aksi spontannya.

Jangan tengok, please mata kau jangan nakal. Desis hati Gempa.

Halilintar mengerling Gempa, dia tersenyum senget apabila melihat Gempa yang seperti tidak selesa itu dan dia perasan akan lirikan mata Gempa terhadapnya namun dia hanya acuh tidak acuh.

Seusai mengenakan pakaian pada tubuh, dia menghampiri Gempa yang mematung di birai katilnya.

Dia melabuh duduk di sebelah Gempa, perlahan dia menyengol lengan Gempa.

"Kenapa? Rindu aku eh?" usik Halilintar.

"Mana ada!" bantah Gempa. Tiada maknanya dia mahu rindukan makhluk di sampingnya ini.

"Heleh, yelah tu. Habistu kau datang sini bukan sebab kau rindu aku eh? Mengaku cepat."

Pipi Gempa mengembul sebelah, dia kesal.

"Tak! Kan aku dah cakap tadi, yang aku sengaja datang sebab nak tengok kau tido ke belajar ke. Tu aje."

Melihat respon Gempa sebegitu, membuatkan Halilintar makin kian mahu mengusik Gempa.

Dia menyengol bahu Gempa dengan bahunya.

"Yelah tu.." sakat Halilintar.

"Ishh!!"

Gempa mendorong Halilintar menjauh daripadanya, lantas dia bingkas bangun. Halilintar hanya ketawa suka.

Brak!

Bunyi sesuatu yang jatuh ke lantai, mengalihkan mereka berdua.

"Eh? Apa tu?" Halilintar lekas meraih benda itu sebelum Gempa mengambilnya.

"Hali pulangkan!" Gempa mencuba merampas benda pemberian ibu Halilintar padanya.

Halilintar mengangkat benda itu lebih tinggi, agar Gempa tidak dapat meraihnya.

Dahi Halilintar berkerut. Dia seakan mengenali benda yang dia genggam itu.

"Ini.."

Mata Halilintar membulat. Dia pandang Gempa.

"Mana kau dapat benda ni?"

"Err..."

"Cakap Gem, mana kau dapat benda ni."

"Bo..bonda kasi, dia cakap benda tu alat untuk kita bermain nanti..." dengan takut-takut Gempa berkata jujur.

"What the f... haishh, kau tau apa benda ni?"

"Err.. Bonda kata alat tu dipanggil vibration dan bo.."

Tidak sempat Gempa habiskan ayatnya, Halilintar memekik sambil berlari keluar bilik.

"Bonda!!!"

Gempa menekup kedua telinganya. Boleh pekak dia dengan jeritan Halilintar itu.

"Apa yang salah? Kenapa Hali marah sangat? Benda tu untuk apa sebenarnya?"















Tbc...

Sorry tau sebab pendek, idea tak ada huhuhu...

35 vote for next chapt! ❤

Kbaii!

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now