Part 17

668 80 11
                                    

"Kau nak aku kasi Gempa pada kau budak?"

"Ya."

Halilintar memandang lelaki separuh baya, yakni adalah seorang Ahlong si peminta hutang.

Ahlong ketawa sinis, dia menopang dagunya di atas meja. Budak muda yang berdiri tegak dihadapannya ditatap meremehkan.

"Aku tak akan berikan tokoh emas pada kau. Kau tau? Sebab dia bisnis aku berjalan maju hahaha."

Gelak jahat kedengaran di ruang bilik itu. Tangan Halilintar terkepal erat, bibirnya terkatup rapat.

Biadab! Desis Halilintar di dalam hati.  Ingin sekali dia melayangkan penumbuknya pada wajah bongkak itu.

"Tch, kasi Gempa pada aku dan aku akan kasi kau duit."

Tawa si Ahlong makin rancak kedengaran.

"Duit? Kau.."

"Kau bagi Gempa dan 50 juta akan jadi milik kau."

Mendengar penawaran lumayan itu buatkan Ahlong gelap mata, namun bukan dia kalau tidak bergerak lebih licik.

"50 juta? Tu murah sangat boi, kau tau si jalang kecil tu amat bermakna untuk aku? Sorry, aku tak dapat.."

"Fine 500 juta, deal?"

Tersenyum Ahlong apabila mendengar jumlah wang ringgit makin besar. Melihat ketegasan lelaki muda itu, sepertinya dia serius dengan apa yang dia katakan.

"Okey deal! Kau orang bawa Gempa kemari, sekarang!" arahnya pada anak buahnya.

"Baik bos!"

Halilintar simpan senyum, apabila mereka makan umpannya.

"Thanks daun keladi." Halilintar memberi isyarat pada anak buahnya yang sedari tadi berdiri di belakangnya.

Lelaki itu mengangguk lalu dia meletakkan beg hitam yang dia pegang itu di atas meja kerja Ahlong.

Tanpa berlengah, Ahlong membuka zip beg tersebut sekadar mahu memastikan apakah budak itu membohonginya. Dia tersenyum tatkala melihat beg itu terisi dengan wang ringgit yang begitu banyak sekali.

"Kau dah dapat apa kau nak kan? So aku chau dulu."

"Okey, aku amat beruntung sebab berbisnis dengan orang macam kau."

Halilintar memutarkan bola matanya ke atas, tanda dia sangat menyampah.

Kau tunggu nanti, balasan dari perbuatan terkutuk kau akan tiba nanti. Bisik hati Halilintar.

Tanpa menunggu lama, Halilintar keluar daripada ruangan itu bersama dengan anak buahnya. Dengan kadar segera dia mencari keberadaan Gempa.

"Halilintar!"

Belum sempat Halilintar berbalik, tubuhnya dirempuh kuat. Seseorang memeluk dirinya.

"Gempa?"

"Hiks, Halilintar diorang nak bawa aku pergi. Aku takut."

Halilintar mengerling ke arah koco-koco Ahlong. Dia beri isyarat agar mereka pergi.

"Shh, dah jangan takut. Aku ada ni.D iorang dah pergi. Kau dah selamat Gem, seperti janji aku. Jom, aku akan keluarkan kau dari tempat menjijikkan ini."

Gempa melepaskan pelukan tersebut, wajah tampan Halilintar ditatap.

"Betul ke?"

Halilintar tersenyum. "Ya!"

Cup!

Terkedu Halilintar dibuatnya apabila pipinya dicium. Wajahnya berubah warna.

"Terima kasih Halilintar!"

Si orang kepercayaan Halilintar ketawa mengekek melihat wajah majikannya yang tampak begitu merah sekali apabila mendapatkan hadiah berupakan ciuman.

"Ololo, merahnya muka bos macam pikachu bakar." ejeknya.

Halilintar menjeling. "Kau! Aku potong gaji kau minggu ni!"

"Oh tidak!! Janganlah bos, patik tidak sengaja!"

"Tak ada maknanya!"

Gempa terkekek melihat perdebatan mereka berdua.

"Bila kita nak pergi dari sini kalau korang asyik gaduh?" Kata Gempa.

Mereka tersentak.

"Ohya lupa. Jom."

Mereka bertiga segera melangkah keluar daripada bangunan yang menampung beribuan pelacur di dalam sana.

"Ohya kita lupakan sesuatu.."

Mereka berhenti di parkir kereta.

Gempa memandang Halilintar.

"Apa..." ucapan Gempa terpotong apabila telinganya menangkap suara siren polis. Mata Gempa membulat.

"Halilintar, jangan cakap.."

Halilintar tersenyum senget.

"Kalau nak buat sesuatu mestilah kena ada perancangan dulu kan? Kau tau Gem, duit yang aku kasi dia tu adalah duit palsu? Aku tak bodoh lagi nak kasi dia duit sebanyak itu percuma-percuma pada si tua keparat tu. So sekarang kau dah bebas Gem, jangan fikirkan si keparat tu. Dia pantas dapat semua itu, biarkan dia membusuk di dalam penjara seumur hidup."












Tbc...

I'm back again... Huhuhu ramadhan dah nak tiba, lagi 1 hari. korang dah bersedia nak sambut bulan ramadhan? Huhuuu.. Ayee dah sedia!!

Btw jangan lupa Votment!! 😘

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now