Part 19

660 76 4
                                    

Halilintar menuruni anak tangga sambil bersenandung riang

"Mana Gempa ya? Dia kata nak masak untuk tengahari, kenapa dia tak ada panggil aku pun eh?"

Dia segera menuju ke ruangan makan.

Sampai sahaja dia di situ, dia mendapati Gempa sedang termenung di meja makan.

Senyuman terbias di bibir Halilintar, dia tidak mendekati si pengarang jantungnya akan tetapi..

"Jo!!"

Jeritan itu menyentakkan Gempa daripada lamunannya, pantas kepalanya mencari si pelakunya.

"Halilintar, terkejut tau tak. Kau sengaja kan?" omel Gempa dengan muka datar.

Halilintar ketawa suka, berasa lucu melihat wajah terkejut Gempa.

"Hai Jo." sapanya sambil mendekati Gempa dengan senyuman manis merekah dibibirnya.

Dahi Gempa berkerut.

"Jo?" Gempa menunjuk dirinya sendirinya dengan wajah bingung.

"Siapa?"

"Kau lah."

"Eh?"

"Kau kan jodoh aku, hehehe."

Gempa terdiam, matanya terkebil-kebil. Rona merah menghiasi pipinya, dia berdeham sambil membuang muka ke arah lain.

Perasaannya mula berasa lain, apabila mendengar kata-kata mengayat daripada Halilintar.

"Tch, tak payah nak gedik. Jom makan."

Halilintar tersenyum sahaja, dia perasan akan wajah Gempa yang memerah itu. Melihat hal itu, semakin ada keinginan untuk dia menggoda Gempa. Sepertinya dia masih ada peluang untuk memiliki lelaki itu.

"Okay sayang."

Gempa mendengus perlahan dengan panggilan manis Halilintar.

Mereka berdua menjamu selera dengan keadaan tenang. Namun, Gempa tidak berasa tenang kerana Halilintar terus menatapnya.

"Sedap! Aku berasa beruntung dapat isteri macam kau Gem. Hari-hari macam ni, boleh buncit aku hehehe."

Gempa hanya tersenyum tipis tidak menyahut kata-kata Halilintar.

"Ohya!" dia menatap Gempa dengan nasi penuh di mulut.

Gempa mengerling. "Apa?"

"Kau dah okey?"

Pertanyaan itu buatkan Gempa terhenti menyuap nasi ke mulut.

Halilintar melihat perubahan Gempa, dia mencubit pipinya sendiri.

"Bodoh kau Hali." bisiknya pada dirinya sendiri.

"Sorry Gem, aku..."

Gempa senyum, terlihat agak terpaksa di mata Halilintar dan dia benci akan hal itu.

"Tak apa, lagipun aku dalam proses untuk lupakan benda ni semua walaupun agak susah." katanya dengan suara mendatar.

"I'm sorry again. Aku..."

"Ohya, mana parents kau?"

Gempa segera menukar topik, tidak ingin mengingati hal yang terjadi padanya sebelum ini. Tidak mahu menyakiti perasaannya sendiri.

Halilintar mengeluh perlahan.

"Diorang honeymoon kat Korea, katanya nak kasi adik kat aku. Tch, diorang memang tak sedar umur tu dah tua. Menggedik aje tau, mengalahkan orang muda."

"Macam anak dia kan?"

Halilintar tersedak nasi yang baru sahaja dia telan.

"Mana ada!" Nafinya keras. Dia terbatuk-batuk.

Gempa mencebik. "Heleh, tak nak mengaku pula. Pigidah!"

Mulut Halilintar termuncung, namun dia tidak berkata apa.

"Gem, nak keluar tak lepasni?"

"Ke mana?"

"Adalah.."

"Tak nak lah, aku.."

"Alah, jom lah. Lagipun, kau dah lama terperap dalam rumah dah hampir seminggu tau. Tak boring ke? Jomlah, hmm?"

Halilintar mengkelip-kelipkan matanya dengan wajah memohon.

Gempa hela nafas, "Yelah, kita keluar. Dah tak payah nak buat muka macam tu, hodoh aje aku tengok."

"Yesss!!"

•••••

Mereka berdua berjalan beriringan di pinggir jalan. Masing-masing mendiamkan diri sambil menghayati suasana pada petang itu.

"Gem.." Panggil Halilintar, anak matanya mengerling tangan Gempa yang seperti memintanya untuk dipimpin.

"Ya?" sahut Gempa seadanya.

Halilintar berdeham, "Nak pimpin tangan boleh?"

Permintaan spontan Halilintar buatkan Gempa terkelu.

"Err..." bibirnya digigit, perasaan aneh kembali menyapa dirinya.

"Err kau maksudnya boleh lah ye?"

Tanpa mendengar balasan Gempa, Halilintar terus menyelitkan jari jemarinya di antara celah-celah jari milik Gempa lalu disatukan dengan sempurna. Tangan itu terasa kecil sahaja di dalam genggamannya.

"Ok, jom kita jalan-jalan." ajak Halilintar semangat.

"Err okay." sahut Gempa perlahan, dia sempat mengerling tangannya yang digenggam oleh Halilintar. Entah kenapa dia terasa begitu selamat disamping lelaki itu.

Apakah pertanda itu?

"Gem, aku ada tips untuk kau."

Tiba-tiba sahaja Halilintar buka suara, menghilangkan kesunyian di antara mereka berdua.

Kening Gempa terangkat sebelah.

"Tips? Tips apa?"

Halilintar tersenyum. "Kalau kau nak sihat, stay safe."

"Aku selalu jaga diri aku, tapi sepertinya aku masih gagal."

"Itu betul, tapi.." dengan sengaja Halilintar mengantungkan ayatnya, ingin membuat Gempa tertanya-tanya.

"Tapi?"

"Kalau kau nak bahagia.."

"Nak.. Aku memang nak bahagia."

"Stay with me."

Mendengarkan itu, Gempa menolehkan wajah kesebelah dan mendapati Halilintar sedang merenungnya dengan senyum manis dibibir. Gempa terus melarikan pandangan mata ke arah lain, wajahnya berona merah. Dia ingin menarik tangannya dari genggaman Halilintar, namun tidak berhasil kerana Halilintar memperketatkan genggamannya.













Tbc....

Miss? Nope? Okey bubye 💕

35 vote for next chapt! ❤

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now