Part 10

731 90 9
                                    

Dua hari berlalu...

"Kau nak pergi jumpa ayah kau, selepas dia buang kau? Mana harga diri kau Gem, dia dah buang kau. Buat apa kau nak jumpa dia lagi?"

Halilintar memarahi Gempa selepas mendengar permintaan lelaki itu.

Gempa mengeluh. "Tapi dia still ayah aku, Halilintar."

"Ya aku tahu, tapi dia anggap ke kau tu anak dia? Dia bahkan hina kau Gem!"

Gempa terdiam. Perkataan Halilintar bermain di mindanya. Apakah ayahnya menganggapnya anak? Sangat terlihat jelas yang ayahnya tidak pernah hargainya.

"Kenapa kalau dia hina aku? Dia ayah aku.. Aku masih sayangkan dia. Seburuk-buruk dia, ayah tetap ayah aku. Kau tu sudah cukup bagus sebab masih mempunyai mereka berdua yang amat sayangkan kau, sedangkan aku? Rasa sayang langsung tak dapat."

Gempa berjeda seketika.

"Tapi, aku tak pernah mempertikai hal tu. Biarlah aku seorang yang sayangkan dia, cukup dia sorang selepas arwah ibu aku."

"Seperti aku kan Gem?"

Dahi Gempa berkerut, dia membalas tatapan mata Halilintar.

"Ya, aku sayang kau tapi balasan sayang langsung aku tak dapat dari kau."

Lidah Gempa terkelu, dia telan liur yang terasa kelat. Dia selami anak mata merah yang selalu dia ingin menghindar daripada ditenggelamkan ke dalam dasarnya yang mampu membuat dia hanyut.

"Halilintar.."

Mendengar nama panjangnya dipanggil, membuat perasaannya berdesir hangat.

Chup!

Gempa terkedu tatkala pipinya dikucup Halilintar. Dia memegang pipinya, terasa hangat. Dia menunduk, sekadar mahu menghindari daripada bertentang mata dengan Halilintar.

"Baik, aku benarkan kau untuk pergi jumpa ayah kau. Kalau dia nak berbuat jahat, kau harus lawan. Okey sayang?"

Bibir Gempa terkemam rapat, rona merah tipis bermain dipipi Gempa tatkala mendengar panggilan manis itu.

"Y..ya."

•••••

Gempa berjalan menyusuri lorong yang mengarah ke rumahnya, keluhan demi keluhan terluah dibibirnya.

Perasaannya sejak keluar daripada rumah Halilintar, entah mengapa menjadi tidak tenang. Seperti ada sesuatu mahu terjadi, namun dia tidak tahu apakah ia.

Gempa terlarut dalam fikirannya, sampaikan tidak sedar dirinya yang diekori seseorang.

Gempa hampir tiba di rumahnya, namun langkahnya terhenti. Dia terpaku dengan anak mata tertancap ada sekujur tubuh yang terbaring di atas tanah di hadapan rumahnya.

Dan dia kenal susuk tubuh itu.

Air matanya mengalir tanpa dipinta.

"Ayah!!" Gempa meraung, langkah kaki dibuka untuk mendekati ayahnya yang terbaring tidak terdaya itu.

Gempa bersimpul di tepi ayahnya dan tubuh si ayah digoyang. Nama si ayah diseru berkali-kali, agar si ayah bangun.

"Ayah! Bangun ayah! Tolong jangan tinggalkan Gempa ayah, Gem mohon buka mata ayah.. Gem dah tak ada sesiapa selain ayah, tolong bangun ayah!"

Gempa memeluk tubuh kaku ayahnya, dia menangis meraung.

"Gempa minta maaf ayah sebab selalu susahkan ayah selama ni, tolong bangun ayah. Gem mohon, bangun."

"Gempa!"

Esakkan Gempa makin kedengaran, apabila mendapati Halilintar berlari menuju ke arahnya.

"Hali, ayah aku Hali... Dia tak nak bangun, kenapa dia tak nak bangun? Ayah.."

Halilintar menatap Gempa buat sejenak lalu, dia menggerakkan jarinya pada nadi ayah Gempa.

Dia hela nafas, dengan rasa bersalah dia menggelengkan kepala.

"Ayah kau dah tak ada Gem, tolong redhakan dia pergi Gem."

Mendengarkan itu, buatkan tangisan Gempa makin menjadi-jadi.

Halilintar menarik Gempa masuk ke dalam pelukannya.

"Tak.. tak mungkin, ayah aku cuma tido aje kan Hali? Kau bohong kan? Katakan kau bohong!!"

Pelukan Halilintar pada Gempa makin erat apabila lelaki itu memberontak.

Melihat keadaan Gempa seperti ini membuatkan Halilintar berasa sedih. Pilu rasanya mendengar tangisan daripada orang yang dia sayang.

Yang dia mampu buat sekarang adalah memberi Gempa semangat.












Tbc....

30 votment for next chapter ❤

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now