Part 26

654 66 5
                                    

Puan Lisa mengerutkan dahi, kakinya disilang. Dagunya diketuk dengan jari telunjuk.

Otaknya sedang memikirkan sesuatu, agar rasa bosannya hilang.

Sibuk dengan fikirannya sendiri, dia ditegur oleh seseorang.

"Bonda, nak hot chocolate?"

Dia tersedar daripada fikirannya, Puan Lisa mengangkat wajah.

Dia merenung Gempa yang sedang memegang dua cawan hot chocolate. Mungkin salah satu adalah buat dirinya.

Puan Lisa tersenyum, "Boleh juga."

Gempa membalas senyuman itu, dia menghulur secawan hot chocolate kepada Puan Lisa.

"Thanks sayang." ucap Puan Lisa sebaik sahaja menyambut huluran Gempa.

Gempa hanya menganggukkan kepala seraya melabuh duduk.

"Bonda kenapa termenung aje tadi? Bonda fikirkan apa?" tanya Gempa sopan.

Puan Lisa mengerlingkan mata ke arah Gempa. Otaknya ligat memikirkan sesuatu, sehinggalah satu idea terlintas di fikirannya.

"Gempa."

Gempa menoleh tatkala namanya diseru.

"Ya? Ada apa bonda?"

Kening Gempa berkerut apabila melihat senyuman aneh terlakar di wajah Puan Lisa. Dia meneguk perlahan-lahan minuman panas itu, sambil memerhatikan wanita di hadapannya.

Puan Lisa meletak cawan miliknya ke atas meja, dia bangun dan bergerak ke tempat Gempa. Dia melabuh duduk di samping Gempa.

"Gem, kalau bonda minta kamu buat sesuatu untuk bonda kamu nak buatkan tak?"

"Apa? Boleh aje, bonda nak Gem buat apa?" kata Gempa sejurus meletak cawan minumannya di atas meja. Anak matanya fokus terhadap Puan Lisa.

Seolah mendapatkan lampu hijau, Puan Lisa tersenyum senget.

Wajah Gempa dipegang, dia memandang wajah polos si remaja 17 tahun itu.

"Kalau macam tu.."

•••••

"Hali, Gempa memang nak berhenti sekolah ke?"

Tiga sekawan berjalan keluar kelas, kaki mereka menuju ke tujuan iaitu kantin.

Pertanyaan Ice, sang sepupu Halilintar menarik perhatian Blaze. Dia juga ingin mengetahui hal tersebut.

Halilintar mengeluh perlahan. Anak matanya memandang lurus ke hadapan.

"Hm, ya. Tapi aku dah pujuk dia, seperti yang korang tau. Dia keras kepala. Dia nak berhenti pun, sebab dia tak tahan kena buli."

"Oh.." itu sahaja yang keluar daripada mulut sepasang kekasih. Blaze dan Ice.

Mereka faham perasaan Gempa yang asyik menjadi bahan buli para pelajar di sekolah ini. Rasa sakit yang tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata dan ianya juga boleh memberikan trauma kepada diri Gempa.

"Halilintar."

Langkah kaki mereka terhenti, kepala mereka tertoleh pada orang yang memanggil nama salah seorang daripada mereka bertiga.

Seorang remaja perempuan menghampiri mereka dengan senyuman malu-malu. Ditangannya terdapat sebuah kotak sederhana besar.

"Halilintar."

Iris merah Halilintar menatap datar dan dingin, sebelah keningnya terangkat seolah bertanyakan 'kenapa'.

"I ada sesuatu nak kasi kat you. I hope you suka, nah."

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now