Part 2

782 94 14
                                    

Gempa mengerling jam yang tergantung di dinding rumah, sudah masuk pukul 8 malam. Dia mengemas peralatan bahan yang dia membuat kuih untuk dia letak di kantin sekolah serta di gerai makan.

Walaupun umurnya baru 17 tahun, dia sudah mempunyai tanggungjawab yang besar. Mencari rezeki untuk menghidupi dia bersama ayahnya.

Biarlah bersusahan sekarang, kerana kita tidak pasti apa yang akan terjadi di masa hadapan. Apakah dia akan senang ataupun sebaliknya.

Selesai sahaja, dia keluar dari dapur. Anak matanya menatap ke pintu rumahnya, sepertinya ayahnya akan pulang lambat ataupun tidak pulang langsung.

Dia hela nafas berat. Ruangan rumahnya yang kecil dan diperbuat oleh batu bata dan juga kayu ditatap kosong. Rumahnya tidaklah besar mahupun mewah seperti rumah orang kaya, namun dia tidak mengeluh asalkan dia ada tempat untuk berteduh dan dia amat bersyukur akan itu.

Gempa mengurut lehernya yang terasa lenguh, dia bergerak menuju ke biliknya.

Dia melabuh duduk di atas tilam yang dihampar di atas lantai. Meja kecil yang ada disamping tempat tidurnya, dia tatap sejenak sebelum membuka laci meja tersebut.

Dia mengeluarkan buku catatan serta duit hasil jualannya minggu lepas. Dia tidak sempat mengira hasil keuntungan yang dia dapat minggu lalu, dikeranakan sibuk dengan pelajaran.

Gempa tekun menulis sesuatu dibuku catatannya. Resit-resit yang terselit dibuku catatan, dia tarik.

Pelbagai resit yang terkumpul di situ.

Gempa pejam mata buat sejenak, satu helaan nafas terlepas dari belah bibirnya.

Sampul coklat, yang isinya duit dikeluarkan.

"Bil elektrik dan bil air belum bayar lagi bulan ni. Kalau dihitung semua, dalam Rm250.65 sen. Duit sewa rumah pun belum bayar lagi.. Hutang ayah pun belum dilangsaikan... haa... Mana aku nak cari duit sebanyak 30 ribu? Apa yang ayah buat dengan duit sebanyak tu, apa dia tak fikir dulu sebelum pinjam? Haih.. Dia ingat senang ke nak cari duit?"

Gempa mengusap wajahnya, lelah memikirkan masalah kehidupannya yang amat menyedihkan ini. Dengan ayahnya yang suka membuat masalah dan dia pula yang jadi mangsa keadaan untuk melangsaikan.

"Ha.." Gempa mengusap birai matanya yang berair tanpa dipinta.

"Gempa!! Mana kau?! Woii anak pembawa malang mana kau ha?!"

Gempa tersentak. Dia dengan cepat menyimpan duit serta buku catatannya di bawah tilam tempat tidurnya. Dia tahu kebiasaan ayahnya, dia takut yang lelaki tua itu mencuri lagi duit yang dia simpan.

Blam!

Jari-jemari Gempa saling meramas antara satu sama lain, dia menatap takut pada ayahnya yang melangkah masuk ke biliknya.

"A..ayah dah balik? Ayah pergi mana?" dengan gugup Gempa bertanya.

Si ayah hanya mendengus, dia mendekati anak lelakinya itu.

"Mana duit untuk aku? Bagi aku sekarang?!"

Bentakan itu buatkan Gempa tersentak.

"Ma..maaf ayah, Gempa tak boleh bagi. Ada keperluan yang lebih penting daripada bagi duit tu kat ayah. Kenapa ayah tak kerja? Berhenti lah berjudi ayah, tu perbuatan haram. Tolong ayah.. Tak cukup ke ibu yang..."

"Jangan berani sebut nama jalang sialan tu depan aku! Dasar anak tak sedar diri, aku besarkan kau lah bodoh! Sekarang kau tu kena balas jasa aku yang dah besarkan kau! Mana duit aku! Bagi cepat! Dahla aku kalah dalam berjudi, hadap pula anak sialan macam kau ni! Cepat bagi!!"

Si ayah mula memberontak, dia membuka laci meja dan mengeluarkan isi didalamnya.

"Ayah, hentikan!"

"Mana duit tu! Dasar jalang kecil, dah pandai sorok dari aku ha?!"

Tubuh kecil Gempa ditolaknya kasar membuatkan Gempa tersungkur ke tepi. Si ayah mencari pula di tilam tempat anaknya tidur.

Mata Gempa membulat apabila ayahnya menyelak tilam tersebut dan lelaki itu tersenyum sinis tatkala mendapati apa yang dia mahu.

"Tch! Berani kau sorok duit sebanyak ni dari aku? Dasar anak yang bodoh!"

Gempa bangun dan mencuba untuk merampas balik duit tersebut.

"Beri pada Gempa ayah! Jangan ambil duit tu, duit tu untuk Gempa bayar bil   dan sewa rumah. Tolonglah ayah, bagi balik pada saya. Saya mohon.."

Pang!

Gempa memegang pipinya yang barusan ditampar dengan begitu kuat sekali oleh ayahnya bahkan bibirnya sampaikan berdarah. Tubir matanya berair, dia menatap ayahnya dengan tatapan kosong. Tersirat rasa sakit.

"Diam!! Aku peduli apa ha? Lantak kau lah, yang penting aku dah dapat duit ni. Bye anak sialan."

Lelaki tua itu menampar pipi Gempa dengan menggunakan duit yang di ambil paksa daripada anaknya. Dia senyum sinis sebelum beredar pergi.

Gempa jatuh melutut sebaik sahaja ayahnya pergi. Dia mencengkam tilam. Setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi pipi.

"Tak guna.. Hiks... Tak guna.."











Tbc...

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now