Saya ada satu rahsia yang sangat penting - Leen♡
AYEEN yang sedang mengikat rambut terus terhenti apabila membaca mesej yang dihantar Aileen.
Rahsia apa? - You.
Ting!
Mesej baru masuk sebelum Ayeen sempat meletakkan telefonnya.
Rahsia ni kita berlima aje yang tahu. Rash kerja tak hari ni? - Leen♡
Kerja - You.
Good! Saya akan bawa yang lain datang ke rumah awak. See you later, Ayeen! - Leen♡
Okey - You.
Ayeen menutup telefon bimbitnya. Kemudian, Ayeen menuju ke tingkat atas untuk membersihkan diri.
"Aynaa". Tegur Ayeen tatkala melihat anak gadisnya keluar dari bilik.
"Ya mama?"
"Ibu angkat Aynaa nak datang. Jadi, boleh Aynaa jagakan Ayyaz untuk mama?" Soal Ayeen penuh berharap.
Aynaa mengukirkan senyuman manis.
"Tentulah! Mama juga kena ada masa berehat. Mama jangan risau. Aynaa boleh uruskan segala - galanya tentang Ayyaz". Ujar Aynaa penuh yakin.
Ayeen tersenyum lega.
Tubuh Aynaa ditarik ke dalam pelukan lalu dahi anak gadisnya itu dicium penuh kasih.
"Mama tahu mama boleh harapkan Aynaa. Tolong jagakan Ayyaz". Pesan Ayeen lagi lantas dia meleraikan pelukan.
Aynaa tersenyum memandang mamanya.
"Mama nak mandi dulu". Pamit Ayeen.
"Take your time, mama". Balas Aynaa lembut.
+++
DAHI Dyanah berkerut apabila kelihatan seorang lelaki asing merenung tajam ke arah mereka berempat yang sedang menunggu di luar rumah Rasheen."Selamat datang!" Suara Ayeen kedengaran cukup teruja ketika menyapa mereka Ayeen membuka pintu pagar dan mengalukan kawan - kawannya masuk ke dalam rumah.
"Ayeen!" Mereka berempat memeluk Ayeen.
Ayeen ketawa suka.
"Ayeen kenapa lelaki tu pandang ke arah sini?" Soal Dyanah berbisik.
Sepasang mata Ayeen memandang ke arah Firuz. Ayeen kembali memandang kawan - kawannya. Bibir nipisnya mengukirkan senyuman manis.
"Dia jiran saya. Biarlah dia".
"Perempuan teruk". Kutukan Firuz membuatkan kelima - lima wanita itu menoleh memandang Firuz.
ВЫ ЧИТАЕТЕ
Wives of Bad Boys
Короткий рассказWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...