TAK guna. Rancangan mereka tak menjadi langsung malahan selepas mereka menjamu selera mereka harus membersihkan ruang dapur dan pinggan mangkuk.
"Sayanggg", Rian mula sayu melihat Aileen hanya duduk setentang dengan dia saja. Ingatkan duduk di sebelahnya. Baru dia nak melepaskan pelukan rindu.
"Lepas makan ni kamu semua tinggal saja. Biar mereka empat orang ni kemas". Ayreena mula bersuara.
Berkerut dahi mereka mendengar bicara si opah.
"Tapi, opah..."
Melihat renungan menyinga opah, Aynaa mengemam bibir. Tak jadi terus nak tegur.
"Apa salah papa, opah?" Soal Aden keliru.
"Kan, Aden. Apa salah papa? Opah tak-".
Gulp!
Hampir saja mahu terkeluar roh dari jasad apabila cawan plastik dibaling melepasi dia. Nyaris saja nak kena muka kacak dia! Fuh.
"Cakaplah lagi. Mama rendam kamu dalam longkang". Tutur Ayreena garang.
Rash membuat mulutnya persis dizip.
Memang tak lah dia nak cakap lagi. Dia masih sayang muka dia yang handsome ni!
Rash memandang Ayeen.
Ayeen tergelak kecil.
Padan muka!
Masam terus muka Rash. Huh, sampai hati!
Selepas selesai menjamu selera, keempat - empat lelaki itu mengemas dapur seperti yang diarahkan oleh mama singa. Raf pula awal - awal lagi berehat di dalam bilik dijaga Widya.
Untunglah demam!
"Rian..." Rian memandang Aydeen yang melangkah mendekatinya. Lelaki itu sedang membasuh tangan.
"Apa hal?" Soal Rian sambil memandang Aydeen.
"Tak sangka kau dapat wife cantik. Kau cari kat mana bidadari macam tu?" Soal Aydeen nakal.
Rian tergelak.
"Tak cari. Dia datang kat aku. Kau anggap sajalah Leen tu hadiah untuk aku sebab aku pilih persahabatan berbanding perempuan". Bidas Rian selamba.
Rash, Fahim dan Rizky tersenyum mendengar bicara Rian.
"Tapi, Leen cantik betul. Aku macam terkejut je badan langsing macam tu anak enam! Dah lah menggoda..."
"Untungnya kau". Tokok Aydeen lagi seraya mencebik geram.
Rian tersengih senget.
"Haah, aku memang beruntung sebab dapat wife menggoda macam Leen. Leen memang cantik pun. Tapi, yang baru datang tu pun cantik juga. Gebu". Pujian Rash membuatkan Aydeen terkebil - kebil.
Gebu? Eh?
Aydeen menoleh memandang ke arah pandangan Rian.
Oh My Allah!
"Sayang". Aydeen telan liur melihat Qisha comel bertudung sarung menyinsing lengan baju sambil mendekatinya dengan gaya gengster.
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...