Hari Raya Bad Boys!❤️

6.1K 526 106
                                    

PELITA sudah terpasang di sekeliling rumah Fahim. Alang - alang ini yang selalu baba lakukan setiap kali malam raya, Fahim lakukan juga.

Lagipun kawan - kawan dia datang ke rumahnya pada malam ini.

Rizky nyalakan kamera.

Memandangkan hari ini malam hari raya pertama dan mereka menyambut di rumah Fahim jadi Rizky mahu merakam momen - momen ini supaya dia boleh tunjukkan pada anak - anak dia dan juga anak - anak semua kawan baiknya.

"Assalamualaikum, semua. Nama aku, Rizky dan hari ni aku nak rakam momen - momen indah malam hari raya pertama". Ujar Rizky seraya menghalakan kamera ke depan lalu dia membuka langkah mendekati Dyanah yang sedang menghidang makanan.

"Hai bidadari!" Sapa Rizky ceria.

"Ya, abang? Abang nak makan ke? Abang nak minum? Kalau abang nak dua - dua abang tunggu sekejap saya pergi ambil". Ujar Dyanah seraya berura mahu melangkah pergi.

Rizky menarik lembut lengan Dyanah dari terus pergi.

Dyanah menoleh memandang suaminya.

"Ini, abang tengah rakam momen malam raya. Ini nak kenalkan bidadari pujaan abang. Dayhani Dyanah yang cantik jelita. Bidadari hai lah sikit depan kamera. Nanti anak - anak dah besar abang nak tunjuk video ni. Biar mereka tahu bidadari ni cantik". Ujar Rizky dengan lembut seraya mengelus pipi Dyanah.

Merona terus wajah Dyanah.

"Malulah saya..." Gumam Dyanah perlahan.

"Ala, janganlah malu. Nanti abang nak rakam yang lain juga". Rengek Rizky manja.

"Tak bolehlah, abang. Saya nak pergi hidangkan makanan sekejap. Abang pergilah kacau yang lain". Pujuk Dyanah.

"Okey, bidadari tak mahu bercakap. Tapi, abang nak bidadari kiss pipi kanan abang".

"Abanggg". Dyanah malu.

"Nak. Sekali je. Abang janji abang takkan minta bidadari repeat". Pujuk Rizky dengan begitu lembut.

Dyanah mengemam bibir merah jambunya.

"Abang, Raf pandang abang". Dyanah menunjuk ke arah Raf yang sedang berbual dengan Widya. Rizky terus menoleh mencari kelibat Raf dan...

Chup!

Pipi kanan Rizky dicium Dyanah sekilas lantas isterinya berlalu lergi dari situ. Pipi isterinya membahang malu membuatkan Rizky tergelak kecil.

"Eyy, comel. Itulah bidadari aku. Pemalu dan penyayang. Nanti kita pergi kacau dia lagi. Sekarang, kita pergi kacau si bebola kapas!" Tutur Rizky seraya membuka langkah mendekati Ayeen yang sedang menghidangkan coklat.

"Meowyeen". Tegur Rizky membuatkan Ayeen menoleh.

"Huh?" Blur wajah wanita itu.

"Okey, semua. Ini si bebola kapas. Perempuan cantik yang berjaya buat Rash gila bayang. Suami dia tu jenis king control dan cemburu buta".

"Kau cakap dengan siapa?" Soal Ayeen keliru.

"Taklah. Aku tengah rakam video. Nanti aku boleh tunjuk kat keturunan kita". Balas Rizky bersama - sama sengihan.

Mata Ayeen mula bersinar.

"Wahhh. Hai, semua! Mama teruja bila dad kamu akhirnya membuka fikirannya untuk menggunakan bakatnya untuk sesuatu yang bermakna".

"Hey!" Rizky menayangkan muka masam.

"Mama ada buat coklat! Sedap. Corak hello kitty. Cantik kan?" Soal Ayeen seraya menunjukkan coklat buatannya dihadapan kamera.

Wives of Bad BoysWhere stories live. Discover now