HARI ni mereka biarkan cik - cik isteri bertolak bersama - sama Aydeen sekeluarga. Sementara kawan - kawan dia sedang mengangkat beg, dia pula berdiri dihadapan umi dan abinya.
"Firash Amril". Rash mengangkat wajah memandang Humaira.
"Ya, umi?"
"Best tak semalam kena bebel dengan mama kamu?" Soal Humaira sinis.
"Tak". Rash buat muka sedih.
Humaira menggenggam tangan Rash.
"Lain kali jangan buat perangai. Tak elok buat Ayeen macam itu. Rash tak patut mempertikaikan usaha Ayeen untuk melindungi maruah dia sebagai isteri. Rash sepatutnya bangga sebab isteri Rash tu berusaha menjaga maruah dia demi Rash".
Rash mencium tangan Humaira.
"Rash faham, umi. Rash minta maaf. Rash insaf. Semalam pun dia marah Rash. Umi jangan risau. Rash takkan buat perangai dah. Janji".
Humaira mengukirkan senyuman lembut.
"Rash memang anak yang baik". Pujian uminya membuatkan Rash tersengih.
"Umi dan abi nak ikut pergi pantai? Mama dan papa nak pergi ke sana".
"Tak apalah. Kami nak pergi keluar makan. Dah lama tak lepak berdua. Kan, abang?" Soal Humaira sambil memandang Ilham.
Ilham mengangguk.
"Mana tahu keluar berdua boleh bagi adik lagi kat kamu kan?" Seloroh Ilham sambil tayang sengihan nakal.
"Abang nak kena dengan saya ke?! Dah sakit pinggang pun menggatal lagi nak tambah anak! Tak payah mengada - ngada. Kita dah tua. Mintak je kat Rash dan Fia cucu". Bebel Humaira geram.
Ilham mencebik.
"Orang gurau pun nak marah". Rungut Ilham.
"Ini nampak?" Penumbuk ditayang di depan Ilham membuatkan Ilham mencebik.
Rash tersengih.
Tubuh Humaira dipeluk. Kemudian, Rash memeluk tubuh Ilham. Mereka berdua tersenyum.
"Terima kasih sebab pedulikan Rash. Tapi, Rash nak kena pergi jenguk Ayeen. Rash pergi dulu tau". Pamit Rash.
"Pandu kereta tu elok - elok. Kirimkan salam kami pada Fahim. Suruh dia tambah cucu lagi". Pesan Humaira.
Rash gelak.
"Okey. InsyaAllah... Bye, abi dan umi!" Flying kiss diberikan pada kedua - dua ibu bapanya.
+++
Assalamualaikum, adik ipar yang tak berapa handsome. Aku bawa anak - anak kau dan papa mama pergi makan kat rumah Deel. Kau dan kawan - kawan kau pergilah dulu. Wife kau orang dah tunggu - Ad - Deen.
RAHANG Rash longgar sebaik sahaja membaca mesej yang dihantar oleh Aydeen. Dasar abang ipar. Kata nak berkelah sama - sama.
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...