Puasa Bad Boys: RAF - Phobia❤️

4.2K 507 42
                                    

DUA kembar itu duduk di tingkap sambil merenung ke luar jendela. Hanya mereka berdua ada kerana seorang kembar lagi sedang sibuk dengan hal sendiri.

Ribut diluar sangat lebat.

Walid mereka masih belum pulang. Ummi pula sedang menguruskan Aqhar. Raisya sedang tidur dengan begitu lena.

Apa yang mereka mahu buat? Sungguh mereka bosan.

"Afwan!" Raifa memukul lengan Afwan tatkala dia melihat sesuatu yang bergerak tidak jauh dari situ.

"Kenapa?" Soal Afwan hairan.

"Itu, aku ada nampak sesuatu. Kau nampak tak apa yang aku nampak?" Soal Raifa pada adik kembarnya.

Berkerut - kerut dahi Afwan mencari apa yang dikatakan si kakak kembar.

Raifa mengeluh.

"Jomlah ikut aku".

"Kita nak pergi mana?" Soal Afwam dengan keliru namun dia menyambut huluran Raifa. Afwan melopong melihat kakak kembarnya menyarungkan baju hujan di tubuh.

"Kau nak keluar? Ummi marah nanti!"

"Kau ikut aku cepat". Arah Raifa.

Mahu atau tidak Afwan terpaksa juga mengikuti kehendak kakaknya. Seusai itu, Raifa terus menarik tangan Afwan keluar dari rumah. Dedaun pintu ditutup.

"Kita nak pergi mana?"

"Diam sajalah!" Marah Raifa.

Afwan memuncungkan bibirnya namun kaki tetap melangkah mengikuti tujuan kakak kembarnya.

"Meow!"

"Meow!"

"Anak kucing hanyut!" Afwan yang cemas.

"Kau pegang tangan aku. Aku pergi ambil anak kucing". Cadang Raifa.

Afwan mengemam bibir.

"Kau orang berdua buat apa?!" Suara itu membuatkan Afwan dan Raifa menoleh.

"Kenapa kau keluar?" Soal Raifa hairan.

"Habis kau nak aku biar je ke lepas aku nampak adik - adik kembar aku nak terjun dalam longkang? Air deras tahu. Kau boleh hanyut. Dahlah tak pandai berenang. Biar aku buat". Affan menolak tubuh Raifa menjauh lalu Affan masuk ke dalam longkang.

Risau Afwan dan Raifa memerhatikan Affan yang mencapai anak kucing.

"Raifa, ambil kucing ni!" Jerit Affan seraya menghulurkan kucing kecil itu.

Raifa bingkas menyambut.

Afwan menarik tangan Affan untuk keluar dari longkang.

"Kau okey?" Soal Afwan.

Affan mengangguk perlahan.

"Ya, Allah apa kamu bertiga buat kat luar ni?" Serentak itu ketiga - tiga kembar itu mengangkat wajah memandang si ummi.

"Masuk cepat". Arah Widya.

Ketiga - tiga itu akur saja dengan arahan si ummi.

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Afwan dan Raifa menguruskan anak kucing itu.

Affan pula berdiri dihadapan si ummi.

"Kenapa Affan main masuk saja dalam longkang? Bulan puasa begini dengan hujan lebat. Nasib baiklah tak jadi apa - apa. Lain kali panggil ummi dulu". Pesan Widya.

"Maaf".

"Mari sini ummi tukarkan baju. Nanti Affan demam". Tangan Affan ditarik mendekatinya.

"Affan boleh tukar baju sendiri".

Wives of Bad BoysWhere stories live. Discover now