PADA awal pagi, mereka berlima bertemu di tempat yang dijanjikan tanpa suami masing - masing.
"Semua okey?" Soal Aileen lembut.
"Okey", Balas mereka berempat.
"Kita betul - betul nak kenakan mereka ke?" Soal Alfia.
"Ya. Kita mesti kenakan mereka! Saya nak balas dendam balik kat bad boy tu!" Penuh bersemangat jawapan Widya membuatkan mereka yang lain terkedu memandang Widya.
"Apa pun kita akan kenakan mereka dengan hukuman yang berlainan". Tutur Ayeen pula.
"Macam mana?" Soal empat wanita itu serentak.
Ayeen mula melorek senyuman nakal.
+++
NAKAL senyuman Widya tatkala suara kucing mengeow di dalam ruang chalet yang dihuninya.
Hukuman satu, bermula!
Telefon bimbitnya berdering.
Ikon hijau terus ditekan Widya tatkala nama suaminya terpapar pada skrin telefon.
"Wifey. Mana wifey pergi? Husband bangun pagi aje tengok wifey dah hilang". Suara rungutan manja Raf kedengaran di hujung talian.
"Wifey pergi tengok pantai. Tapi, husband... Ada orang lelaki ni halang - halang wifey. Wifey takut..." Widya memulakan drama swastanya.
Apa ingat Raf saja boleh kenakan dia? Dia pun cerdik juga.
"Husband dah pesan pada wifey jangan keluar sendirian. Sekarang, wifey ada kat mana? Wifey seorang aje ke kat satu?" Suara Raf kedengaran cemas.
Widya tahan ketawa.
"Ya, husband. Wifey menyorok ni. Husband datang ke sini. Wifey dah send location", Bidas Widya lantas dia mematikan panggilan sebelum Raf sempat menegur.
Widya tersengih puas hati.
Dia menunggu di luar chalet sementara menunggu suaminya.
"Wifey!"
Widya mula berpura - pura mengukirkan wajah ketakutan. Terus Widya memeluk erat lengan Raf.
"Mana lelaki tu?!" Soal Raf garang.
"Lelaki tu dah lari. Husband, jomlah masuk chalet ni. Wifey tertinggal barang waktu Wifey melarikan diri".
"Kenapa tak lari jauh - jauh kalau dah lelaki tu heret wifey dalam chalet ni? Sengaja nak menyerah atau apa?"
Widya mula menayangkan wajah geram.
"Ingat wifey lembik sangat ke?! Kalau tak memikirkan husband tu suami wifey memang dah lama wifey debik husband pasal semalam tau!" Amukan amarah Widya membuatkan Raf menghela nafas perlahan.
Raf memerhatikan Widya yang enggan memandang wajahnya. Isterinya itu kelihatan terluka.
"Wifey..." Lengan Widya ditarik lembut.
"Husband minta maaf".
"Buat salah minta maaf. Lepas tu, buat salah lagi. Yelah, wifey ni memang punch bag pun. Bila nak marah... Marah. Lepas tu, minta maaf! Wifey ni memang tak ada perasaan pun". Ujar Widya berbaur perlian.
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...