SENANG hati Aileen memerhatikan Rizq yang menarik tangan Angel dan Aisyah masuk ke dalam tandas untuk membasuh muka adik - adiknya. Aileen tahu Rizq memang boleh diharapkan.
Masalahnya, suaminya ini kenapa tak turun lagi? Tadi kata nak tolong tidurkan kembar tiga itu sementara Aileen pergi bangunkan Rizq. Ini, batang hidung suaminya pun Aileen tak nampak lagi.
"Ibu, Leen pergi tengok Dhean tau". Tutur Aileen lembut seraya dia memanjat naik ke tingkat atas. Masuk saja ke dalam bilik mereka Rian sedang tidur.
Anak - anak mereka juga sudah tidur.
"Abang..." Pipi Rian diusap dengan lembut. Kulit cerah Rian ini buat dia rasa nak gigit saja.
"Abang", Seru Aileen lagi.
Rian hanya tidur. Aileen baru mahu bangun untuk melihat anak mereka tiba - tiba saja terbaring di dalam pelukan Rian sebaik sahaja tangan kekar Rian menarik lengannya.
"Abang!" Aileen menayangkan muka geram tatkala Rian ketawa nakal.
"Geram. Gerak abang tidur pun cantik. Aish... Abang tak bolehlah. Jom". Rian menolak tubuh Aileen ke atas katil lalu Rian menindih tubuh si seksi isterinya.
Isterinya tak pakai baju seksi pun tapi tetap seksi di matanya.
"Geramnya!" Rian mahu menanggalkan baju Aileen tapi ditahan isterinya.
"Apa ni? Abang nakkk". Rian merengek.
"Abang, hari ni kita dah mula berpuasa. Kita bersahur dengan makanan bukannya bersahur dengan makan saya". Tegur Aileen lembut.
Rian memuncungkan bibir.
"Alo, abang nak baby lagi". Rengek Rian.
"Tiga kembar tu pun abang jaga sampai tak cukup tidur". Tukas Aileen bersama - sama sengihan.
Comel saja Rian dengan rambut serabai gara - gara anak kembar tiga itu menangis. Kalau dah seorang menangis pasti yang lain akan turut menangis. Bila Aileen hendak memujuk Rian tak bagi. Kata Rian, Rian nak jadi babah mithali.
Suka hati abanglah...
"Tak apa, ambil pengalaman. Lagipun sekarang ini abang dah mahir nak melayan tiga kembar tu". Bidas Rian penuh bangga.
Semalam juga dia pergi paksa Raf bagitahu cara nak menjaga anak kembar tiga memandangkan Raf pernah rasa keletihan sepertinya. Jadi, Rian berasa puas hati kerana apa yang dia belajar pada Raf dapat dipraktikkan pada anak - anaknya.
"Abang, jomlah turun". Aileen menolak kepala Rian yang mula mencium lehernya.
Makin tua Rian ni makin gatal.
"Ala, satu round pun tak boleh ke?" Soal Rian sayu.
"Saya bukannya tak nak melayan abang. Tapi, ibu kata sahur kita sekejap saja. Jomlah", Aileen menolak tubuh Rian ke sisi supaya Rian tidak terus menindih tubuhnya.
Tak sempat Aileen hendak bangun lagi Rian dah menarik pinggang wanita itu lalu bibir Aileen dicium semahunya. Tak mampu Aileen hendak menolak godaan hangat Rian.
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...