"ACHOO!" Rian menggeleng perlahan melihat Raf berselubung di dalam selimut bersebelahannya.
"Pft. Aku tak sangka kau boleh takut sampai demam". Kutuk Rizky seraya ketawa nakal.
Fahim turut tergelak. Rash tersengih senget.
Padanlah muka.
Bukannya mereka denda Raf teruk pun. Mereka cuma kurung Raf dalam bilik semalaman dengan kucing saja. Pagi - pagi terus Raf pengsan dan demam.
"Kau orang tak faham perasaan aku. Takkan kau orang tak nampak? Kucing - kucing tu berlakon je comel. Walhal, dia orang dah buat muka nak gigit aku sampai putus jari! Taring dia orang seram. Macam vampire!" Cerita Raf bersungguh. Muka siap pucat lagi.
"Kau ni Raf dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah". Rungut Rian.
"Apa nak berubah kalau kucing buat aku trauma? Siapa suruh kucing gigit tapak tangan aku sampai berlubang? Nasib baik boleh lega. Kalau tak memang aku anti kucing". Bidas Raf tak mahu kalah.
"Sekarang pun bukan kau anti ke?" Soal Rash.
"Ini bukan anti. Aku fobia! F.O.B.I.A!" Tekan Raf.
"Darah kau takut. Tengok Widya beranak kau pengsan. Berkurung dengan kucing boleh demam. Raf... Raf... Perangai kau memang macam budak - budak". Sinis Rizky seraya menggeleng.
Raf tarik muka.
Nak buat macam mana? Semua itu dia takut. Takkan nak buat - buat berani pula?
"Aku harap Widya mengandung lagi. Biar kau meraung sampai tak keluar suara". Kata Fahim seraya ketawa jahat melihat renungan tajam Raf.
"Tak ada makna. Aku takkan. Sesekali. Mengandungkan Widya lagi. Titik!"
Masing - masing mencebik.
"Yelah, tu!" Tukas mereka berempat serentak.
"Dah lama rasanya kita tak datang jumpa Aunty Reen dan Uncle Zaf". Tutur Rian.
"Ya, memang lama dah rasanya".
"Dulu kita selalu datang rumah Aunty Reen dan Uncle Zaf sebab nak jumpa Ayeen. Ayeen masa dulu - dulu cute sangat", Tukas Rizky pula.
"Ya. Ayeen merajuk. Kita pujuk. Kita merajuk. Kita juga pujuk Ayeen..." Fahim tergelak.
Terhibur dengan perangai mereka semasa remaja.
"Ayeen paling sedih bila aku dan arwah Imdad putus kawan". Ujar Raf pula.
Semua murung.
"Dah - dah. Apa pasal cakap pasal love aku? Aku jealous ni tau. Jangan cakap pasal wife aku. No... No... No..."
"Kedekut". Rungut mereka seraya menjeling Rash.
Bila dingatkan semula Rash yang paling suka cemburu bila mereka kata mereka sayang Ayeen dan Ayeen sayang mereka. Rash memang protective.
"Kau dah beritahu Aunty Reen ke kita nak datang?" Soal Fahim pada Rash.
"Ofcourse. Mama pantang kalau tak beritahu". Balas Rash.
![](https://img.wattpad.com/cover/236246166-288-k240313.jpg)
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...