PFT!
"Bahahahahaha!" Meletus ketawa empat orang wanita itu tatkala melihat Rash mengenakan pakaian penari hawaii. Seksi amat!
Rash membahang malu.
Arghhhh, Ayeen memang membalas dendam! Banyak - banyak pakaian memang dia paling seksi!
Rash memandang geram Ayeen yang sudah merah muka mengertawakan dirinya. Amboiii siap love dengan abang nanti!
"Uuuu hawaiii cantik pakaian. Seksi. Auwmmm gituw!" Tutur Aileen seraya ketawa lagi.
Sakit perut dia.
Tengok Rian saja tadi pun dah puas gelak. Ini tengok Rash pulak lagi seksi lagi teruklah dia gelak!
Lelaki pakai baju dalam memang tak boleh blah!
Rash berdecit.
Geram!
"Dah puas gelak?"
"Belum, along. Along menari sikit. Macam ni". Alfia membuat gaya penari hawaii.
"Tak nak!"
"Menarilah Rash..." Pinta Aileen pula.
"No!"
"Abanggg boleh lah". Pujuk Ayeen pula. Sepasang matanya memandang Rash dengan penuh berharap. Ayeen membuat muka comel membuatkan Rash menghela nafas.
Rash menghela nafas.
Dia ikut sajalah.
Tapi teruk pula dia kena gelak dengan empat orang wanita itu.
Ahh, damn Raf.
Ini semua salah kau! Kau datang nanti siap kau. Aku panggang kau sampai hangus!
"Okey... Rash. Awak boleh pergi. Dah tak larat nak gelak". Buat pertama kalinya Dyanah bersuara.
Meskipun terkejut tapi dia akur saja.
Haih...
Longlai langkah Rash menuju ke arah kawan - kawannya yang sedang menunggu.
"Macam mana, Rash?" Soal Rizky dan Fahim. Mereka saja yang belum kena lagi.
Duduk... Duduk saja.
"Dia orang membuli aku. Huwaaa. Kejam weh". Adu Rash seraya menangis.
Arghhh malu gila pakai baju seksi macam ni!
"Aku kata dah. Kekejaman dia orang tu lebih dasyat". Tokok Rian tanpa nada.
Gulp!
Fahim dan Rizky saling berpandangan.
Habislah mereka berdua.
"Abangggggg". Suara itu.
Fahim sudah cuak mendengar suara Alfia menyeru namanya. Seramnya terasa seperti sedang menonton filem thriller!
"Cepatlah abanggg". Seru Alfia lagi.
"Pergilah Fahim. Nanti Fia datang heret kau lagi teruk. Kau bukan tak kenal wife kau". Ujar Rizky.
Fahim melangkah juga mendekati empat wanita itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/236246166-288-k240313.jpg)
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...