GUNDAH Ayeen dibuatnya apabila memikirkan bicara Firuz. Apa yang dia hendak beritahu pada Rash? Tentu sahaja suaminya akan marah.
"Assalamualaikum". Suara Rash yang menyapanya membuatkan Ayeen mengangkat wajah memandang seraut wajah tenang suaminya.
"Ab-abang".
"Kenapa muka isteri abang nampak resah? Ada apa - apa yang jadi?" Soal Rash prihatin seraya mendekati Ayeen. Pinggang isterinya itu dipelukku.
Ayeen mengemam bibir memandang Rash.
"Saya nak cakap sikit boleh? Tapi, abang janji jangan marah saya". Pesan Ayeen perlahan. Takut.
"Cakap je".
Rash memandang Ayeen yang tampak bingung menyusun ayat. Bibir merahnya perlahan - lahan mengukir senyuman senget.
"Love, abang takkan marah. Ni mesti love takut sebab mengandung lagi kan? Walaupun Ayyaz baru setahun lebih abang tak kisah. Abang sedia nak tambah baby lagi".
"B-bukan macam tu!" Nafi Ayeen kalut.
"Habis tu?" Soal Rash penuh keliru. Kenapa isterinya nampak pelik hari ni?
"S-saya tak tahu nak cerita macam mana. S-saya takut abang marah. Saya pun takut Firuz marah". Adu Ayeen bersama - sama tangisan. Buntu.
Mata Rash membulat.
"Firuz?! Apa mamat tu nak? Beritahu abang apa yang dia dah buat pada kesayangan abang ni?" Soal Rash risau.
Ayeen menangis.
Rash memegang lembut rahang Ayeen.
"Abang takkan marah love. Beritahu abang apa yang Firuz dah buat". Pujuk Rash lembut.
"D-dia ajak saya keluar petang ni. Dia suruh saya siap cantik - cantik..." Adu Ayeen.
Rash mengetap rahang.
Cemburu.
"Abang takkan izinkan love pergi. Love tak boleh keluar dari kawasan rumah kita tanpa izin abang kecuali hal kecemasan". Ujar Rash tegas. Perlahan - lahan dia mengalihkan tangannya dari rahang Ayeen.
Ayeen memegang tangan Rash lalu tangan suaminya itu dicium.
"Saya minta maaf". Tutur Ayeen perlahan.
Rash menyentuh lembut kepala Ayeen.
"Bukan salah love. Dah pergi mandi. Biar abang sambung basuh pinggan". Kata Rash lembut.
"T-tapi, abang baru balik. Mesti abang penat".
"Abang takkan penat. Tengok muka love dan anak - anak dah cukup untuk buat abang rasa segar semula". Balas Rash tenang.
Ayeen memeluk tubuh Rash.
Rash mengukir senyuman manis.
"Saya cintakan abang".
"I love you too, love". Bisik Rash lembut. Pelukan Ayeen dibalasnya tenang.
+++
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...