BANGUN saja dari tidur, Rash terus mandi untuk menyediakan sahur memandangkan isterinya nampak benar - benar keletihan selepas menjaga Ayyaz.
Maka, sebagai seorang suami Rash haruslah meringankan beban Ayeen untuk menyediakan sahur. Manakala, dia menghantar dan mengambil Aynaa di sekolah serta sewaktu pulang dia akan membantu Ayeen memasak juadah berbuka.
"Abang...?" Suara lembut Ayeen membuatkan Rash memusingkan tubuh.
"Morning, love. Abang dah siap masak untuk sahur kita. Love pergilah duduk. Biar abang kejutkan Aynaa". Tutur Rash lembut.
"Saya minta maaf sebab terbangun lewat. S-saya sepatutnya tidur awal mestilah bangun awal. Tap-tapi saya terlajak tidur pula sampai terpaksa biarkan abang memasak kat dapur sendirian. Apa jenis isterilah saya ni? Saya betul - betul..."
"Tak apa, love. Abang fahamlah. Love penat jaga Ayyaz. Ayyaz tu pun menyusu badan lagi. Mestilah tenaga love lebih berkurangan sebab berpuasa. Jangan risau ya? Isteri abang yang baik dan penyayang tak pernah langsung menyusahkan abang". Tutur Rash tenang.
Tubir mata Ayeen bertakung.
"Isk! Te-terima kasih". Ucap Ayeen seraya memeluk erat tubuh Rash.
Wajah disembamkan pada dada si suami menyebabkan Rash ketawa kecil. Rambut Ayeen diciumnya.
"Jangan menangis. Love duduk sini..." Pinggang Ayeen disauk lembut lalu kerusi ditarik dan Rash membiarkan isterinya duduk.
"Abang tak mahu tunggu di sini? Biar saya pula yang pergi bangunkan Aynaa".
"Tak apa, biar abang yang buat. Love duduk diam - diam okey?" Pujuk Rash lembut. Dahi isterinya dicium lantas Rash berlalu meninggalkan Ayeen sendirian.
Ayeen mengemam bibir.
Ayeen terus saja bangun lantas dia membancuh kopi untuk si suami. Memandangkan dia terbangun lewat ini saja caranya hendak membalas jasa suaminya.
"Aynaa sayang pergi basuh muka dan ikat rambut cepat. Nanti kita tak sempat nak bersahur". Suara Rash mulai kedengaran.
Chup!
Pipi kiri Ayeen terasa dicium lembut membuatkan Ayeen menoleh memandang Rash yang sudah tersengih memandangnya.
"Buat apa ni, love?"
"Saya bancuhkan kopi untuk abang. Kopi ni special sebab saya letak cinta saya banyak - banyak untuk abang!" Kata Ayeen ceria.
Rash tergelak.
"Terima kasih, love". Huluran Ayeen disambutnya.
"Muah!" Bibir Rash dicium sekilas lalu Ayeen terus saja pergi ke ruang makan untuk menunggu bersama - sama Aynaa. Arghh, malu!
Rash menggeleng perlahan.
Kenapa love comel sangat? Nasib baik bulan puasa kalau tak memang abang akan kurung love dalam bilik!
"Abang, mari bersahur!" Seru Ayeen.
"Okey love!"
+++
![](https://img.wattpad.com/cover/236246166-288-k240313.jpg)
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...