SUDAH lama rasanya dia tak pergi baazar ramadhan. Teringin dia mahu pergi. Dulu sebelum dia berkahwin alongnya selalu membawa dia pergi ke baazar. Namun, semenjak dia berkahwin dengan Fahim. Rupa baazar ramadhan pun dia dah lupa.
"Comelnya kembar berdua ni". Puji Humaira sambil bermain dengan cucu - cucunya. Ilham juga duduk bersila disebelah isterinya.
"Comel. Abang teringat pertama kali abang pandang muka Rash waktu dia lahir". Tutur Ilham bersama - sama senyuman manis.
Humaira tersenyum.
"Umi, abi". Tegur Alfia seraya melabuhkan punggung berhadapan dengan Ilham dan Humaira.
"Ya, Fia?"
"Fia teringin nak pergi baazar ramadhan".
"Dah tu kenapa beritahu kami? Beritahulah Fahim. Pergi ajak dia bawa kamu ke baazar ramadhan". Bidas Humaira.
Alfia memuncung.
"Itulah masalahnya, umi. Fahim tak mahu pergi baazar. Kenal sajalah menantu umi dan abi itu macam mana". Adu Alfia.
Humaira menoleh memandang suaminya.
"Maira nak suruh abang pujuklah ni?" Soal Ilham.
"Ya, abang. Siapa lagi jika bukan abang? Rash mana balik dalam masa yang terdekat ini".
Ilham mengemam bibir.
"Please, abi. Demi Fia?" Rayu Alfia sambil menayang muka comel pada Ilham. Terkedip - kedip matanya dihadapan wajah Ilham membuatkan Ilham bersetuju juga.
"Abi akan bercakap dengan Fahim". Putus Ilham mengundang senyuman gembira Alfia.
Yes!
Baazar ramadhan, I'm comingggg!
+++
PELBAGAI ragam pemilik haiwan yang dia perlu menghadap hari ini. Tetapi, dia menghadap yang lelaki dan wanita yang tua saja. Jika perempuan kirim salamlah memang dia takkan buat kerja itu.
Tak sanggup!
Fahim membuka dedaun pintu rumah mentuanya lalu perlahan - lahan dia melangkah masuk.
"Assalamualaikum". Ucapnya.
Fahim membuka langkah mendekati Ilham lalu tangan bapa mentuanya dicium.
"Waalaikumusalam. Macam mana kerja, Fahim?" Soal Ilham prihatin.
Fahim mengukirkan senyuman manis.
"Alhamdulillah, semuanya baik - baik aje. Kenapa abi? Ada masalah ke? Fia marah pada Fahim ke?" Soal Fahim risau.
Manalah tahu Alfia merasakan Fahim tidak menghargai isterinya kerana semenjak dua ini Fahim agak sibuk dengan urusan klinik haiwan.
"Eh, tak lah. Fia cuma nak pergi baazar ramadhan. Fia minta abi pujuk kamu bawa dia pergi ke sana. Dulu Rash selalulah bawa dia pergi ke baazar. Tapi, lepas jadi isteri kamu..." Ilham berjeda.
Tak mahu menyambung kerana dia mahu Fahim fahamkan sendiri.
Fahim menggosok lehernya.
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...