SERBA tak kena Rian dibuatnya apabila dia dari tadi tidak berhenti melakukan kesilapan. Apa yang boleh dibuat? Hatinya ini terlalu resah memikirkan Aileen.
Isterinya itu nakal. Dia risau ramai yang tergoda bila Aileen mengeluarkan senyuman manja.
Arghhh, no!
Terkejut Puan Haliza apabila loyang dihempas kasar sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Dadanya diurut sambil menoleh memandang wajah anak lelakinya.
"Kamu ni kenapa, Dhean? Ibu tengok kamu dah macam kucing hilang anak".
Rian menghela nafas.
"Dhean nak Leen..." Rengekkan Rian mengundang senyuman nipis Puan Haliza.
Pada awalnya pelik juga dia apabila melihat Rian seakan santai saja tanpa Aileen sedangkan 24 jam Rian akan mencari Aileen dan sentiasa mencuri masa untuk melekat dengan menantunya itu. Namun, sangkaannya tepat apabila melihat Rian serba tak kena. Jika sebelum ini masakan dan cara anaknya mengemas rumah kelihatan bersih dan sempurna, hari ini semua tunggang langgang.
Masakan Rian semuanya tak menjadi. Malahan, cara anaknya mengemas rumah juga silap - silap belaka.
Rian bermain - main dengan kain langsir sambil bibirnya dicebikkan seakan mahu menangis.
"Ibu tahu kamu pasang GPS. Hati tu mesti dah meronta nak jumpa Leen kan?" Soal Puan Haliza sambil memandang anak lelakinya.
Rian mengangguk perlahan.
"Pergilah ikut isteri kamu". Bicara Puan Haliza membuatkan Rian memandang ibunya dengan wajah yang cukup teruja.
"Betul ke ni ibu?!"
"Ya. Kamu pergi saja. Ibu kesian pula tengok kamu serupa mabuk rindu". Tutur Puan Haliza lembut.
"Yeay!" Puan Haliza hanya menggeleng perlahan tatkala melihat seraut wajah teruja Rian yang meloncat.
Tak sedar lagi agaknya dah jadi bapa kepada enam orang anak.
"Ibu. Dhean suruh Haykal dan Nazim datang sini teman ibu tau. Terima kasih ibu!" Tubuh Puan Haliza dipeluknya dari belakang lalu pipi kanan ibunya dicium berkali - kali.
Puan Haliza hanya senyum.
Tingkah Rian memang begini dari dulu. Manja.
Rian mengeluarkan telefon bimbit. Nombor Haykal didailnya bersama - sama senyuman girang.
Dia tak sabar nak meneruskan rancangan nakalnya bersama - sama empat kawan baiknya.
+++
"Twins". Rengek Fahim sebaik sahaja dia membaringkan tubuh diantara anak lelakinya. Dua pasang mata yang bulat itu membuatkan hati Fahim terasa sejuk melihat.
"Abi rindukan mami. Macam mana kita nak tidur tanpa mami? Abi nak cium mami..." Adu Fahim sambil mencuit pipi Hafiey dan Alfi.
Hanya sengihan tanpa gigi yang Fahim perolehi dari Hafiey namun Alfi hanya memandang sekeliling tanpa mempedulikan si abi yang sudah mabuk rindu dengan mami mereka. Mana tidaknya mami mereka block nombor si abi kerana call lima kali selang sepuluh minit!
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...