Bab 9: Meowyeen and Her Husband❤️

5.3K 520 63
                                    

YA Allah, dia ada di mana ni? Cemas Ayeen dibuatnya sebaik sahaja dia melihat kawasan sekelilingnya cumalah sebuah chalet.

Ayeen mahu menangis melihat tubuhnya tiada seurat benang. Malahan tubuhnya hanya dilitupi dengan gebar.

Allah...

Apa semua ini?!

Tentu sahaja dia diperkosa lelaki yang menculiknya semalam! Bagaimana pula dia mahu lari?!

Ayeen mengemam bibir.

Gebar dicengkamnya kuat.

Sepasang matanya meliar memerhati sekeliling chalet. Tak ada apa yang boleh dia gunakan.

Ayeen terus melindungi tubuhnya dengan gebar tatkala melihat figura seorang lelaki masuk ke dalam chalet. Lelaki itu mendekatinya lalu singlet nipis berserta short pants diberikan pada Ayeen.

Ayeen mengetap bibir lantas pakaian itu dilemparkan tepat mengenai wajah bertopeng Rash.

"Jantan bodoh!" Makinya geram.

Rash menahan ketawa tatkala melihat muka bengang isterinya.

"Aku isteri oranglah. Kau sentuh aku semasa aku tak sedar diri. Eh, mana maruah kau sebagai lelaki hah? Kau ni pengecut eh? Takut aku melawan sampai kau tergamak rogol aku!" Jerkah Ayeen.

Sexy.

Rash memuji dalam hati.

Tak pernah dia melihat Ayeen seganas ini. Isterinya itu akan manja dengan dia dan kerap menangis juga.

"Pakai", Rash sengaja mengubah suaranya sedikit agar Ayeen tidak mengenal pasti.

"Tak nak!"

"Then, kau sengaja nak aku rogol kau masa kau sedar ke?" Soal Rash sinis.

Ayeen mencerlung tajam memandang figura lelaki itu.

"Jantan gila seks. Bodoh ikut nafsu".

Ayeen menggumam marah lantas dia menunduk mencapai pakaian yang dilemparnya tadi.

Rash menyimpul senyuman sinis memerhati isterinya.

Pandai melawan.

Ayeen menjeling lelaki itu lalu dia masuk ke dalam selimut untuk memakai pakaian.

Rash terhibur melihat gelagat isterinya.

Kalau Ayeen buat perangai sebegini pada lelaki lain yang betul - betul perangai keji, tentu sahaja isterinya akan dibalun cukup - cukup. Reaksi wajah isterinya itu terlalu comel dan menggoda.

Dia geram.

"Apa yang lambat sangat?" Soal Rash kasar lantas dia memanjat naik ke atas katil.

Tubuh kecil Ayeen dipeluknya. Sengaja Rash meliarkan tangan pada tubuh Ayeen.

Ya, memang wanita itu menjerit sekuat hati sebelum tangan Rash digigitnya kuat. Kemudian, giliran Rash pula yang menjerit.

Bak!

Ayeen tendang kuat perut Rash sehingga lelaki itu jatuh dari katil.

Memang sakit.

Harap aje tubuh itu kecil. Rash tak sangka tenaga Ayeen kuat.

Rash merengus geram.

Ayeen terus bersedia tatkala melihat lelaki itu mara ke arahnya.

Dia takkan menyerah. Takkan sesekali menyerah walaupun sehingga dia kehilangan nyawa. Maruah dia ialah harga dia sebagai seorang isteri Firash Amril.

Wives of Bad BoysWhere stories live. Discover now