LOKASI yang sangat menarik untuk mereka singgah. Tentu sahaja dia terlupa tentang rancangannya sebulan yang lalu kerana terlalu sibuk berkerja.
"Woi!" Bahu Rian disenggul kasar oleh Raf.
"Sakitlah". Rian menjeling tajam wajah Raf. Mujur aje dia tak matikan alat GPS. Jika tidak memang dia buang Raf dari kapal terbang.
"Kenapa kau senyum seorang diri? Mana adil kalau kau seorang je yang senyum. Aku pun nak senyum juga". Rungut Raf sambil cuba menjenguk telefon Rian.
"Kau orang ni. Tempat yang kita nak pergi ni lah penyebab aku senyum".
Masing - masing menayangkan wajah keliru pada Rian.
"Apa maksud kau, tolol?" Soal Rash geram.
"Macam ni. Sebulan yang lepas Leen ada beritahu aku yang dia teringin nak rasa pengembaraan. Jadi, aku dah upah orang yang uruskan resort aku untuk hantar surat khas pada Leen. Aku suruh buat surat extra empat sekali. Dah lama sangat rancangan tu sampai aku terlupa", Tutur Rian seraya menayangkan sengihan.
"Jadinya, dia orang pergi ke..." Fahim berjeda sambil menayangkan wajah blur.
"Pulau private aku".
"So, kita nak pergi mengintai wife kita atau kita nak mengusik dia orang?" Soal Rizky keliru.
"Kita pergi mengusiklah. Apa barang kita mengintai je". Celah Raf dengan penuh semangat.
Rian ketawa sinis.
"Aku setuju seratus peratus".
"Tapi, Ayeen ada sekali dengan mereka. Ayeen tu susah sikit kalau aku nak tipu dia. Dia punya cara kenal aku tu macam robot. Cara jalan pun dia hafal. Kau orang pun tak dapat nak tipu dia. Aku berani kerat jari kita akan kantoi awal - awal..." Ujar Rash.
Masing - masing terdiam.
"Then, why not Rash culik Ayeen? Kau jaga Ayeen. Sementara kami berempat pergi kacau empat orang perempuan tu". Cadang Rizky.
"Weh, ini pertama kali cadangan kau cerdik... Sial!" Puji Raf.
Rizky mencebik.
"Banyaklah cekadak kau pertama kali. Aku memang bijak dari azali lagi". Bidas Rizky penuh riak.
"Aku culik love aku?" Soal Rash hairan.
"Ya, macam yang Rizky kata. Kau culik Ayeen. Kau kurung Ayeen dalam chalet khas yang aku tempah. Kemudian, kau boleh mengusik Ayeen dengan 'cara' kau sendiri. Sementara kami berempat pergi kacau isteri kami". Terang Rian.
Cara sendiri?
Bibir Rash terus menguntum senyuman nakal tatkala ayat cara itu sengaja ditekan Rian.
"Awww, untunglah Rash boleh mengusik Ayeen dengan 'nakal'. Kita kena jaga batas pula". Rungut Rizky tak puas hati.
"Okey juga tu. Kalau kau orang tak behave and buat sexual harassment kat wife kau orang, aku akan malu. Erm..."
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...