Bab 5: Sayang❤️

5.4K 470 46
                                    

LIMA tiket percuma untuk melancong ke sebuah tempat penginapan yang dimenangi, dipandang dengan penuh rasa teruja. Lagipun, apa salahnya kalau bercuti sekali - sekala tanpa suami?

Ting!

Perhatian Aileen tertumpu pada telefon bimbitnya.

Suami saya izinkan saya pergi. Kak Ayeen, Kak Widya dan Dyanah pun sama juga. Awak boleh pergi? - Fia.

Aileen gigit bibir merah jambunya sebaik sahaja selesai membaca mesej yang dihantar oleh Alfia.

Bagusnya. Fahim, Rash, Raf dan Rizky benarkan semua kawannya pergi melancong. Tapi Rian? Benarkan ke untuk dia pergi?

Sudahlah mereka berdua jarang untuk berenggang terlalu lama.

Tiket itu direnungnya lama - lama.

Dua minggu aje.

Dua minggu bukannya lama sangat pun untuk dia dan kawan - kawannya bersantai seketika tanpa suami.

Dua minggu mungkin boleh mengajar suami - suami untuk berdikari kan?

Tapi...

Kalau dua minggu pun berjauhan, dia tentu akan rindukan anak - anaknya. Dia akan rindukan anak - anaknya dan dia akan sangat - sangat rindukan Rian.

"Sayang..."

Suara Rian yang menegur membuatkan Aileen bingkas menyimpan tiket itu di dalam laci mejanya.

Aileen tayang senyuman manis pada Rian.

"Hai abang". Balasnya.

"Sayang", Rian menapak mendekati Aileen lalu tangan si isteri ditarik merapati tubuhnya.

Aileen pandang wajah Rian yang mula bertukar serius.

"Sayang nak pergi mana?" Soalan spontan Rian membuatkan Aileen rasa mahu tercekik liur sendiri.

Macam mana Rian mampu meneka air mukanya?!

"Saya nak pergi mana? Pergi ke hati abang ajelah". Balas Aileen lembut. Kolar baju Rian dilipatnya lembut.

Pipi Rian ditekup lembut.

Aileen terus ukirkan senyuman comel apabila mata Rian bertemu dengan matanya.

"Sayang, abang tahu. Jangan nak sorokkan daripada abang". Balas Rian geram.

"Tentang apa?"

Pipi Aileen ditekup Rian.

Geram punya pasal, pipi putih bersih itu ditekup penuh rasa.

"Abangggg".

"Raf, Rash, Fahim dan Rizky dah bising dalam group yang wife dia orang semuanya plan nak bercuti sendiri. Sayang pun nak pergi juga kan?" Soal Rian.

Aileen diam.

Wajah Rian ditatapnya selama yang mungkin.

Wives of Bad BoysWhere stories live. Discover now