Bab 14: Deen❤️

5.4K 539 47
                                    

SETELAH keluar dari pulau privasi milik Rian, mereka bermalam di hotel berdekatan selama sehari. Kemudian, mereka meneruskan perjalan sehingga tiba di rumah keluarga Ayeen.

"Dah lama tak datang". Alfia mula tersengih.

"Jomlah keluar". Gamit Ayeen seraya keluar dari kereta. Bila keluar saja Ayeen sudah melihat Aynaa datang ke arahnya.

"Mama!" Jerit Aynaa teruja.

Meskipun blur tapi Ayeen membalas pelukan Aynaa. Ayreena dan Harraz keluar dari rumah.

"Mama, papa..." Sapa Ayeen dengan senyuman manis.

"Rash yang tinggalkan Aynaa dan Ayyaz kat sini. Dia kata dia nak pergi mengintai kamu". Kata Ayreena sebelum Ayeen sempat bertanya.

Abang ni memang nak kena dengan saya!

Ayeen mencium dahi Aynaa.

"Pergi salam". Pesan Ayeen diakuri Aynaa tanpa bantahan. Seusai itu, Ayeen membuka langkah mendekati Ayreena dan Harraz lalu dicium tangan kedua - duanya.

"Siapa datang ma?" Soalan Aydeen mati tatkala melihat Ayeen bertentang dengannya. Bibirnya terus melopong.

"Ayeen!" Aydeen lekas sahaja mendapatkan tubuh adiknya. Ketawa Ayeen meletus.

"Abang Deen. Abang Deen buat apa kat sini?" Soal Ayeen sebaik sahaja meleraikan pelukan.

"Bawa family jumpa mama la. Mama nak jumpa Aden. Mama kata mama rindu Aden. Abang pun rindu Aden juga. Mana boleh biar anak abang lama - lama kat rumah mama". Terang Aydeen bersama - sama sengihan.

Ayeen terangguk - angguk saja.

"Ayeen dan kawan - kawan Ayeen buat apa kat sini? Bukan mama kata Ayeen pergi bercuti ke?" Soal Aydeen hairan.

"Memang niatnya nak bercuti. Tapi Rash dan kawan - kawan dia tu datang mengganggu. Habis rosak cuti kami. So, kami datang tinggal kat rumah mama selama seminggu untuk bercuti. Alang - alang kawan Ayeen ada yang tak pernah datang kampung. Jadi, Ayeen saja bawa mereka datang sini".

Aydeen mengangguk faham.

"Jadi, apa tunggu lagi? Pergilah masuk". Gamit Ayreena sebaik sahaja kawan - kawan Ayeen menyalaminya.

Aydeen memerhatikan seorang demi seorang kawan - kawan Ayeen masuk ke dalam rumah.

"Uuu, cantik. Hai cantik". Tegur Aydeen bersama - sama sengihan.

Aileen terkebil - kebil memandang Aydeen.

"Oh. Hai, handsome". Balas Aileen seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

Ayeen memandang Aydeen yang tak lepas memandang Aileen.

Amboi.

Pinggang abangnya itu dicubit.

"Awww, sakitlah Ayeen!" Rungut Aydeen sambil mengurut pinggangnya.

Ayeen sangat kejam!

"Gatal! Anak dah lima pun gatal lagi? Ayeen bagitahu Kak Qisha nanti". Ugut Ayeen.

"Uish, jangan. Qisha dalam rumah. Dah lah dia makin garang. Macam mama singa..." Bisik Aydeen.

Telinga Aydeen ditarik.

"Auchhh maaaa!"

"Siapa singa?" Soal Ayreena geram.

"Ay-Ayeen singa ma!" Balas Aydeen pantas. Mata Ayeen membulat.

Aku pula yang kena?!

"Tipu. Maa, Abang Deen kata mama singa!" Adu Ayeen.

"Ayeen! Shhhh!" Kalut Aydeen bila Ayreena mula tarik muka lantas menarik tangan Aynaa masuk ke dalam rumah.

Wives of Bad BoysWhere stories live. Discover now