HADEE dan Rose berada di dalam jagaan Rizzara dan Dasuki memandangkan Rizzara sedang mengandung jadi pasangan itu mahu ambil 'feel' tentang jagaan bayi.
Apa yang lucunya, Dasuki juga mahukan anak kembar juga.
Takoyaki dan tariyaki.
Nasiblah, Rizzara dapat suami yang sukakan makanan Jepun. Sudahnya, nama anak semua nama makanan. Tabah aje lah.
Dyanah mengikat apron ditubuhnya untuk menyediakan makanan iftar.
Hari ini Rizky keluar sekejap bersama - sama kawannya. Jadi, Dyanah harus menyiapkan makanan berbuka sebelum suaminya pulang. Dyanah risau Rizky akan menyibuk meskipun niat suaminya itu baik tetapi apa yang hendak dimasaknya semua tak jadi kerana hangit, keras dan pahit serta sebagainya.
"Can I call you baby?",
Bisik Rizky bersama - sama suara yang menggoda.
Dyanah menoleh memandang suaminya yang sudah berdiri disebelahnya.
Panjang pula umur suaminya ini. Pantang betul kalau dia sebut nama tentu aje muncul terus. Dah serupa the evil gennie.
"Bila abang balik?" Soal Dyanah lembut.
"Baru je balik tadi. Abang tengok bidadari tengah ikat apron. Nak masak untuk iftar kan? Abang nak tolong boleh?" Soal Rizky sambil menayangkan wajah comel pada Dyanah.
Dyanah tersenyum.
"Abang boleh tolong menyanyi untuk saya tak? Saya tak charge telefon jadi saya tak buka lagu". Ujar Dyanah dengan lembut. Sebenarnya, Dyanah terpaksa menipu memandangkan dia mahu mengalihkan perhatian Rizky dari terus merayu untuk membantunya.
Bukanlah Dyanah tak mahu Rizky membantu tetapi jika Rizky membantu kerjanya akan bertambah dua kali ganda.
"Bidadari nak abang menyanyi lagu apa? Lagu ni ke? Bila izrail datang memanggil..."
Dyanah ketawa.
"Ikut abanglah. Saya nak dengar aje suara abang. Abang nyanyi lagu apa pun tak apa sebab suara abang merdu". Pujian Dyanah mengundang sengihan lebar Rizky.
Rizky terus mencium lembut pipi Dyanah.
Gewram! Aumm.
"Abang nyanyi lagu at my worst ajelah". Putus Rizky.
Dyanah tersengih.
"Ikut abanglah". Balas Dyanah tenang lantas dia memulakan kerjanya tatkala Rizky mula bermanja dengannya.
"Can I call you baby?
Can you be my friend?
Can you be my lover up until the very end?
Let me show you love, oh, I don't pretend
Stick by my side even when the world is givin' in, yeah",
![](https://img.wattpad.com/cover/236246166-288-k240313.jpg)
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...