"RASHHHH jalanlah perlahan - lahan". Rengek Rian perlahan.
"Kau tu pergi gatal sangat kenapa? Leen bukan tahu yang kau buat dia macam itu. Kalau dia tahu mesti dia biar. Masalahnya kau dah cari penyakit. Aku kata bodoh marah". Bebel Rash.
"Aku mana tahu sayang aku ganas".
Rash menghela nafas.
"Abang!"
Perhatian Rian dan Rash teralih ke arah Aileen yang datang mendekati mereka bersama - sama wajah garang. Cuak terus Rian mahu lari. Risau 'adik'nya ditendang lagi.
Namun, Aileen menarik lembut tubuh Rian dari terus dipapah Rash.
Sayu Aileen melihat Rian seakan takut dengannya.
"Maafkan saya..." Tutur Aileen perlahan.
Rash dan Rian diam memandang Aileen.
Air mata Aileen gugur. Rian terkedu apabila Aileen memeluk erat tubuhnya.
"Saya minta maaf. Saya tak tahu abang yang gigit saya. Saya ingat lelaki gatal mana yang cuba mengambil kesempatan ke atas saya. Ampunkan saya". Teresak - esak Aileen menangis tatkala Rian tak memberikan reaksi.
Rash memberikan isyarat pada Rian bahawa dia mahu pergi dulu. Tak mahu dia melihat drama swasta.
Rian mengangguk lantas Rash berlalu meninggalkan dia dan Aileen.
"Sakit adik abang. Kalau abang dah mandul macam mana?"
"Saya minta maaf!"
Rian mengusap lembut belakang tubuh Aileen. Rambut isteringa dibelai penuh kasih.
"Tak sangka isteri abang ni ganas. Patutlah kawan - kawan abang takut dengan sayang. Sekali mendapat memang boleh patah tulang".
"Ab-abang takut dengan saya ke?" Lirih suara Aileen bertanya sebaik sahaja dia meleraikan pelukan mereka.
Rian rasa kesian melihat Aileen tersedu - sedan menangis. Air mata jatuh membasahi wajah jelita itu.
"Takut sikit".
"Janganlah takut dengan saya! Macam mana ni. Abang dah nampak... Abang mesti akan tinggalkan saya!" Makin teruk Aileen menangis. Terduduk isterinya di atas tanah sebelum Rian sempat menahan.
"Sa-saya takut abang tinggalkan saya... Saya sayang abang. Saya cintakan abang..." Ulang Aileen dengan suara sayu.
Rian duduk di depan Aileen.
Dia menemukan dahi mereka.
Air mata isterinya diseka dengan lembut.
"Sayang dah ganas macam ini dari dulu. Kenapa sayang tak belasah abang dari awal lagi, hm?" Soal Rian lembut.
"Se-sebab saya cintakan abang. Saya tahu kalau abang tahu saya ganas mesti abang takut dengan saya... Ab-abang mesti akan tinggalkan saya",
"Siapa kata abang nak tinggalkan wanita istimewa yang dah mengandung dan melahirkan anak - anak abang? Ya, abang takut sikit dengan sayang. But, sayang masih lagi comel dan manja di mata abang. Apa yang jadi hari ni sikit pun tak mampu mengubah persepsi dan perasaan abang pada sayang. You're my queen and I love you with all my heart", Tutur Rian lembut.
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...