Bab 1: Ragam!❤️

8.8K 523 64
                                    

AWAL pagi lagi Ayeen sudah keluar rumah untuk membersihkan halaman rumahnya. Anak - anaknya sudah dihantar ke sekolah dan seorang lagi sudah pun terlena. Jadi, lebih masa untuk dia sebagai suri rumah sepenuh masa menyediakan segala - galanya untuk suaminya.

Pokok bunga yang ditanam si suami disiraminya dengan penuh prihatin.

Bersyukur pada Allah kerana meminjamkan dia seorang suami yang cukup penyayang dan baik hati dan juga anak - anaknya yang cukup memahami.

"Manisnya hari ni".

Ayeen mengangkat wajah memandang jiran rumahnya.

Perlahan - lahan bibir merahnya mengukir senyuman manis.

"Assalamualaikum, mak cik". Tegur Ayeen lembut.

Mak Cik Mona, jiran rumahnya yang paling ramah. Anak - anaknya semua lelaki dan semuanya sudah boleh bekerja sendiri. Suaminya pula bekerja sebagai pengetua di sekolah menengah yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Waalaikumusalam, Ayeen. Manis betul kamu ni. Hari - hari tengok pun sejuk aje mata memandang. Sopan pun sopan". Puji Mak Cik Mona bersungguh.

Ayeen senyum nipis.

"Saya bersiap ala - ala kadar aje, mak cik. Nak siram bunga - bunga kesayangan suami saya". Tutur Ayeen lembut.

"Kamu ni kalau jadi menantu mak cik, memang bangga. Hari - hari mak cik jemput orang datang rumah untuk jenguk kamu. Alahai, untungnya suami kamu ni. Dapat isteri yang baik macam kamu. Semua kamu buat". Kata Mak Cik Mona lagi.

"Emak. Sudah - sudahlah tu mengayat isteri jiran sebelah".
Ayeen lekas sahaja menyambung tugasnya untuk menyiram pokok bunga apabila dia mendengar suara seorang lelaki yang menegur Mak Cik Mona. Bukannya dia tak kenal dengan lelaki itu.

Anak sulung Mak Cik Mona.

Bekerja sebagai polis. Tegas orangnya dan muka pun menakutkan juga. Sekali menegur, memang takut Ayeen dibuatnya.

"Mak cik masuk dulu. Nanti ada masa, datang rumah mak cik. Banyak mak cik nak cerita pada kamu". Kata Mak Cik Mona bersama senyuman.

Ayeen mengangguk.

Mak Cik Mona terus sahaja berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Anak sulung kepada Mak Cik Mona menjenguk Ayeen yang kembali menyambung tugasnya.

"Nama aku, Firuz. Kau kenal kan?" Soal lelaki itu dalam nada suara yang agak kasar.

"Y-ya".

"Macam mana suami kau ni boleh suka kau? Cakap sikit je dah tunduk - tunduk. Tak pandang langsung muka aku. Tak belajar cara bercakap dengan orang ke apa?" Soal Firuz bengang.

Ayeen pandang Firuz.

Sudahnya, Firuz yang terpana melihat Ayeen.

Padanlah orang kata Ayeen jiran yang paling cantik. Kalau raya, rumah inilah yang akan dikunjungi oleh ramai orang. Sungguh meriah.

Bibir merah basah.

Bulu mata yang panjang.

Kulit yang kemerah - merahan.

Mata yang berwarna hitam pekat itu...

Memang mampu menggetarkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Maafkan saya. Tapi, saya cuba jaga batas kita". Kata Ayeen perlahan.

Sebenarnya, dia risau Rash pulang terlalu awal. Takut si suaminya itu akan salah faham dan berkecil hati. Jadi, memang susahlah dia mahu memujuk nanti.

Wives of Bad BoysWhere stories live. Discover now