HADEE dan Rose akhirnya berjaya ditidurkan setelah Dyanah memeluk kedua - duanya sehingga terlena.
Dyanah mengelus lembut kedua - dua pipi bayi kembarnya itu. Cinta - cinta kecilnya. Kebahagiaan dia dan juga Rizky.
"Sleep well, sayang". Bisik Dyanah lantas melangkah keluar dari bilik itu.
Elok aje Dyanah menutup pintu bilik, Kedua - dua tangan Rizky mengepung tubuhnya. Dyanah terkebil - kebil memandang seraut wajah suaminya.
"Abang?" Soal Dyanah lembut.
Rizky tersengih.
"Anak - anak dah tidur ke?" Soalnya lembut.
"Dah. Abang nak minum kopi ke? Saya buatkan", Tangan Rizky yang mengepungnya dialihkan kemudian Dyanah mengatur langkah menuju ke arah dapur.
Tiba - tiba sahaja pinggang Dyanah ditarik dari belakang sehinggakan dia melekat dengan tubuh suaminya.
Blur.
"Abang, saya nak pergi dapur ni".
"Bidadari nak buat apa?" Soal Rizky semula. Bibir merahnya sengaja mengelus lembut kulit wajah Dyanah.
"Sebab abang nak minum kopi".
"Bila abang cakap yang abang nak minum kopi?"
"Abang kan diam".
"Tapi, abang tak cakap pun abang nak minum kopi". Tukas Rizky lagi.
"Diam kan maknanya setuju?" Balas Dyanah naif.
Rizky ketawa.
Isteri dia ni...
"Bidadari", Rizky memusingkan tubuh Dyanah menghadap seraut wajahnya.
Sepasang mata mereka bertentang.
"Abang tak cakap minta apa - apa. Jika abang tak jawab maknanya abang tak mahu bidadari menyusahkan diri",
"Saya tak susahkan diri. Saya nak dapatkan pahala dengan menyenangkan hati abang". Bidas Dyanah polos.
Rizky mengelus lembut pipi Dyanah.
"Isteri abang berdiri dihadapan abang pun dah lebih dari cukup untuk menyenangkan hati abang", Bisik Rizky.
Dyanah tersenyum.
"Bidadari, abang peliklah. Bidadari berbincang tentang apa dengan kawan - kawan bidadari? Abang rasa macam pelik je". Tutur Rizky hairan.
Ah sudah...
Dyanah menggaru pipi.
"Err..."
"Bidadari?" Rizky memandang isterinya dengan penuh berharap.
Dyanah melarikan matanya dari terus bertentang dengan Rizky.
Habislah kalau dia terus pandang Rizky. Tentu sahaja dia akan 'ter'bocorkan rahsia mereka.
Dyanah pura - pura menguap.
"Abang, saya dah mengantuk. Saya masuk bilik dulu", Dyanah melepaskan tangan Rizky dari terus memeluk pinggangnya.
Rizky memandang isterinya yang melangkah dengan laju masuk ke dalam bilik mereka.
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...