Bab14

115K 5.8K 437
                                    

Pagi-pagi lagi Datin Sri Roselle sudah menculik Arisa Rania untuk pergi membeli barangan dapur. Tepat jam lapan pagi wanita separuh usia itu sudah tercongok di hadapan pintu Villa milik Tengku Adrean. Sempat dia bersarapan dengan anak menantunya.

"If something happens, just call me okey?" Pesan Tengku Adrean kepada isterinya. Kepala wanita itu diusap lembut.

"Iyaaa, abang" meleret saja suara lembut Rania, sejak dari mereka berada di meja makan tadi lelaki itu tidak habis-habis berpesan itu ini kepadanya. Risau betul.

Datin Roselle yang sedang menunggu di hadapan pintu besar itu mengeluh buat ke sekian kalinya, mata dijulingkan keatas apabila melihat perangai anak tunggal nya yang overprotective itu.

"Haih, kamu ini dah kenapa Adrean? mummy ajak Rania temankan beli barang jelah, bukan ajak pergi berperang" semenjak berkahwin ini, dia dapat melihat pelbagai sisi lain dari anaknya yang hanya ditunjukkan kepada Arisa Rania. Padahal sebelum ini nak bercakap pun jarang-jarang sekali.

"Itu yang Rean risau, mummy ni bukan boleh percaya sangat" suara Tengku Adrean semakin perlahan di penghujung ayatnya. Bukan dia tidak tahu tentang kelancangan mulut ibunya itu, buatnya wanita itu bergaduh dengan sesiapa nanti tak pasal-pasal isterinya terkait sekali.

"Kamu pun bukan boleh percaya sangat, pergilah dekat isteri nombor satu kamu tu, kasihan nanti, lama pula dia tunggu" perli Datin Roselle sebelum tersenyum sinis. Sengaja perkataan isteri ditekan membuatkan Rania sedaya upaya menahan mulutnya dari melepaskan ketawa.

Semua orang tahu siapa isteri pertama bagi seorang Tengku Adrean Ruiz. Royal Airline.

"Munmy ni, pagi-pagi dah ajak orang bergaduh" masam saja wajah Tengku Adrean apabila diperli begitu.

"Abang, hati-hati ya pergi kerja" Arisa Rania cuba untuk menghentikan perbualan mereka di situ apabila melihat wajah masam Tengku Adrean selepas kena sound dengan ibu mertuanya.

"Ya lah, sayang pun hati-hati, kalau ada apa-apa yang berlaku terus call abang, mummy pun sama, jaga diri" dahi licin isterinya dicium sebelum dia tunduk menyalami tangan Datin Roselle.

"Kamu pun hati-hati, jangan nak overwork sangat" sempat ciuman nipis diberikan di pipi anaknya sebelum mereka melangkah masuk kedalam kereta.

Setelah melihat kereta yang dinaiki Datin Rosella dan Rania melepasi pagar utama villa, terus sahaja Tengku Adrean mengeluarkan iPhone miliknya sebelum dia menghubungi seseorang.

"Jaga diorang dari jauh, inform aku kalau ada apa-apa masalah" terus panggilan diputuskan setelah memberikan arahan tanpa sempat lelaki di hujung sana memberi balasan.

Tengku Adrean melangkah masuk kedalam Lamborghini Vaneno miliknya sebelum kereta mewah itu dipandu laju menuju ke Royal Airline.

Setelah selesai membeli barangan dapur, Datin Roselle mengajak menantunya untuk membeli-belah. Pelbagai pakaian dan beg tangan berjenama di beli untuk menantu kesayangannya.

"Eh mummy, dah banyak sangat ni mummy belikan untuk Rania" terkejut Arisa Rania apabila Datin Roselle menarik tangannya kearah sebuah butik.

"Beli je lagi, mummy berkenanlah dengan baju yang ini, kalau Rania pakai mesti cantik" dress labuh berlengan panjang yang terdapat pada patung itu dipandang penuh minat.

"Baju Rania dah banyak dekat rumah, yang belum pakai pun ada lagi mummy" Rania masih mencuba untuk menolak pemberian ibu mertuanya sekali lagi.

"Itu Adrean yang bagi, ini dari mummy pulak" Datin Roselle masih berkeras, tangan dilambaikan untuk memanggil pekerja butik itu.

"Tapi mummy, harga dia.."

"Mummy dah lama teringin nak belikan baju untuk anak perempuan mummy, tapi itu lah, yang ada pun Adrean je" suara wanita separuh usia itu mula mengendur membuatkan Rania berasa serba salah.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now