Bab 2

149K 7.2K 1.6K
                                    

    The Ruiz's Mansion

    Arisa Rania memegang kepalanya yang berdenyut hebat, mata memerhati keadaan di sekeliling bilik mewah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Arisa Rania memegang kepalanya yang berdenyut hebat, mata memerhati keadaan di sekeliling bilik mewah itu.

"Tempat apa ini? Tapi semalam.." Rania segera mengangkat selimut yang menutupi tubuhnya, dia menghembuskan nafas lega setelah pakaiannya masih sempurna tapi..

'Siapa yang tukar pakaian aku!?' Jantungnya berdegup laju memikirkan sebarang kemungkinan.

"Kau dah bangun?" Soal satu suara garau. Suara dingin itu membuatkan Rania segera berpaling kearah pintu. Terpaku dia melihat seorang jejaka tinggi lampai sedang berdiri dihadapannya tanpa senyuman, dia memerhati lelaki itu dari hujung rambut sampai hujung kaki, bermata kelabu, berambut coklat dan mempunyai bibir merah jambu.

'Macam bukan orang melayu je' Bisik Rania di dalam hati apabila mata kelabu cerah itu tepat memandang kearahnya.

"Deaf" sinis Tengku Adrean perlahan dengan tangan yang disilangkan.

'Muka dah handsome, tapi macam garang je" Arisa Rania masih berada di dalam dunianya sendiri.

"Dah puas kau scan muka aku? Atau kau nak gambar aku sekali?" soal Tengku Adrean Ruiz tanpa perasaan membuatkan wajah Arisa Rania bertukar merah kerana malu.

"Alamak, kantoi usha anak teruna orang"bisik Rania perlahan membuatkan lelaki dihadapannya mengerutkan kening.

"Gila" bisik Tengku Adrean pula.

"Err sa.. saya dekat mana sekarang? Awak siapa? Si..siapa yang tukarkan baju saya?" tanya Arisa Rania tergagap, gerun melihat wajah tampan itu tanpa secalit senyuman.

'Ish dia ni baru lepas makan selori cili ke garang semacam'

"Dekat bumi, aku manusia, dan manusia yang tukarkan baju kau" Setiap soalan yang dilemparkan oleh Rania dijawab tanpa tertinggal satu pun. Mata kelabunya masih meandang tajam kearah gadis itu.

Arisa Rania mengetap bibirnya menahan sabar. Jawapan sinis jejaka itu betul-betul menguji kesabarannya.

'Memanglah manusia, takkan binatang pula' ingin saja dia menjawab bagitu, namun di simpan saja niatnya yang satu itu apabila melihat wajah dingin lelaki itu.

"Eh kamu dah bangun?" Soal seorang wanita sebaya ibu tirinya sambil tersenyum manis. Wanita itu segera mendekati tubuh Rania di katil.

"Ya la mummy, takkan dia tidur sambil buka mata pula." seloroh Tengku Adrean, sengaja ingin menyakat Datin Sri Roselle. Wanita separuh usia itu hanya menjeling ke arah anak tunggalnya.

'Eh dengan mummy dia normal pula ' bisik Arisa Rania apabila melihat wajah beku tadi bertukar biasa dihadapan wanita separuh usia itu.

"Saya dekat mana ni aunty?" Soal Arisa Rania sekali lagi dengan matany tepat memandang kearah Datin Sri Roselle, menunggu jawapan sebenar keluar dari mulut lelaki itu ibarat menunggu kucing jantan mengandung.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now