Bab 22

98.4K 4.8K 325
                                    

"Kita nak buat apa dengan mereka ni bos?" Tanya salah seorang lelaki yang diupah oleh Suraya. Wajah wanita itu dipandang lama.

"Buatlah apa korang nak, but make sure to kill them after this". Tegas Suraya sebelum senyuman sinisnya terlakar di bibir.

"Ap..apa kau cakap ni Suraya?!" Marah Erla Diana dari jauh, namun Suraya hanya tersenyum sinis kearah mereka.

Arisa Rania sudah menggigil sambil menyentuh perutnya. Air mata mengalir semakin laju menuruni pipinya. Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti mama nya dahulu?

'Ya Allah, protect our baby' bisik Rania didalam hati, wajah dingin Tengku Adrean bermain di fikirannya, dia belum sempat memberitahu lelaki itu mengenai kewujudan anak mereka.

"Abang" gumam Rania perlahan, sesak dadanya memikirkana apa yang akan berlaku kepada mereka.

"Good bye my lovely sister, send my regard to your beloved mom, and three of you, make sure to treat them well" Suraya terus melangkah keluar dari bangunan usang itu selepas mengeluarkan arahan.

Lelaki-lelaki yang diupah oleh Suraya sudah tersenyum gembira sebelum memandang ke arah Arisa Rania dan Erla Diana.

"Kau nak rasa yang mana Fazli?" Tanya salah seorang dari mereka sambil tersenyum nakal. Mata tidak lepas memandang dia wanita dihadapan mereka.

"Aku rasa, kita patut try yang kanan dulu, boleh tahan cantik dia ni" jawab lelaki bernama Fazli itu sebelum dia melangkah mendekati Rania yang sudah lencun wajahnya.

"Azman, Raiz makan malam dah siap" sinis Fazli bersuara sambil ketawa besar. Rakan-rakannya hanya tersenyum sinis melihat mangsa dihadapan mereka.

Arisa Rania mula mengesot ke belakang sehingga tubuhnya rapat ke dinding.

"J..jangan dekat, p..please saya taknak" kata Arisa Rania sambil menangis teresak-esak. Tak, tubuhnya hanya untuk suaminya, Tengku Adrean Ruiz.

"Woa, cantik betul perempuan ni" Azman tergelak kecil melihat wajah takut Rania yang sedang menangis itu.

"Kau menangislah air mata darah sekali pun, tak ada sesiap yang akan tolong kau" Fazli bercangkung dihadapan Rania dengan senyuman sinis.

"Aku ingatkan susah sangat nak dapatkan kau memandang kam suami kau orang besar, rupa-rupanya mudah saja" sinis Fazli lagi sebelum dia mencengkam kuat rahang ibu mengandung itu.

"Jangan sentuh dia!" Tempik Diana sebelum dia membaling kasut miliknya tepat mengenai kepala Fazli yang sedang melangkah mendekati Rania.

"Argh!" Terkejut Fazli apabila balingan wanita itu tepat mengenai kepalanya.

"Kau! Pegang dia!" Marah Fazli sebelum mengarahkan Azman untuk memegang Diana. Dengan wajah bengis dia melangkah kearah wanita itu pula. Rania hanya dibiarkan bersendirian.

"Aku dah cukup baik tak sentuh kau dulu tadi" Fazli merentap kuat rambut Diana menyebabkan wajahnya terdongak keatas.

"Le..lepas!" Tangan Diana naik mencengkam kuat tanga Fazli yang menarik rambutnya.

"Baringkan dia!" Mereka segera menolak tubuh Diana supaya berbaring, sebelum Fazli bertindak pantas mengoyakkan baju wanita itu.

"Apa kau nak buat hah?! Lepas!" Diana mula meronta kuat sebelum kakinya naik menyepak perut Fazli sehingga lelaki itu terundur beberapa langkah kebelakang kerana berasa senak.

"Kau ini memang sial!"

Pang!

Satu tamparan kuat diberikan pada pipi mulus itu membuatkan Diana terteleng ke kanan. Kebas terasa pipinya belum hilang terasa tubuhnya ditarik bangun semula.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now