Bab 26

105K 5.2K 501
                                    

Suraya tersenyum lebar sambil berbaring disofa yang terdapat diruang tamu rumah agam mereka. Sesekali kedengaran suaranya menyanyi dan ketawa gembira.

"Gembiranya anak mama ni, ada apa-apa ke?" Soal Puan Suria apabila melihat wajah ceria anaknya. Dia yang baru saja turun dari tingkat atas melangkah menuju kearah anaknya.

"Hi mama!" Ceria saja Suraya menyapa ibunya.

"Kenapa seronok sangat ni? Suraya dah berbaik dengan Hariz ke?" Teka Puan Suria sebelum dia mengambil tempat di sebelah anaknya. Suraya menarik semula kakinya sebelum dia bangun duduk dari pembaringan.

"Ish mama ni, mana ada berbaik pun. Tak luak pun kalau hilang jantan tu" wajah Suraya bertukar masam apabila mendengar soalan mamanya.

Teringatkan Hariz Iskandar itu, memang sakit betul hatinya. Mereka bergaduh besar apabila Hariz meminta untuk berpisah dengan alasan lelaki itu masih mencintai Rania.

"Habis? kenapa Suraya nampak happy sangat hari ini?" Soal Puan Suria kehairanan.

Mata Suraya memerhati keadaan disekeliling rumah mereka sebelum matanya terhenti pada wajah ibunya semula.

"Papa mana?" Bisik Suraya perlahan.

"Papa pergi mana lagi, keluarlah" Puan Suria menjawab malas. Suaminya itu memang jarang berada dirumah. Balik saja kerja dia akan keluar semula malam pula baru nampak batang hidung lelaki itu.

"Rania"

"Kenapa dengan perempuan tu? Bukan dia dah mati ke?" Soal Puan Suria, tidak mengerti dengan apa yang anaknya cuba sampaikan.

"Dia koma sekarang, and you know what mama? She's pregnant but her baby can't survive" kata Suraya dengan tenang.

"What?! Jadi dia belum mati? Macam mana kalau dia bangun nanti dia bagitahu suami dia kamu yang rancang penculikan tu?!" Wajah Puan Suria sudah berubah pucat memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Mati mereka kalau Tengku Adrean tahu perkara sebenar, lelaki itu bukan boleh dibawa main, silap percaturan memang batu dua tempatnya.

"Don't worry, Suraya dah ada rancangan untuk hapuskan dia terus dari muka bumi ini" kata Suraya lagi bersama senyuman sinis dibibir merahnya.

"How?"

Suraya tersenyum sinis sebelum membisikkan sesuatu di telinga mamanya. Puan Suria yang tekun mendengar rancangan anaknya itu mula tersenyum lebar apabila mendengar rancangan jahat Suraya.

"You are a sly fox" Puan Suria tersengih kecil.

"And she is a dumb bunny" jawab Suraya sinis. Wajah Arisa Rania kembali terbayang difikirannya.


"Bila sayang nak sedar? Abang rindukan sayang" bisik Tengku Adrean perlahan sambil menggenggam erat tangan isterinya. Wajah pucat itu dipandang lama.

"Dah tiga minggu sayang macam ni, sayang tak kesiankan abang ke?" Tangan Rania ditekup pada pipi kirinya.

"Sayang marahkan abang ke sebab lambat datang selamatkan sayang dan anak kita?" kata Tengku Adrean lagi walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan mendapatkan sebarang balasan dari tubuh kaku itu.

"Despierta esposa" (wake up wife)

"You can do whatever you want to do, hit me sayang, scold me, punch me, but please wake up first" Air mata yang mengalir lesu di pipinya langsung tidak diseka.

"Te echo mucho de menos" (I miss you so much)

"Abang dah kehilangan anak kita, abang taknak kehilangan isteri abang sekali" tangisan Tengku Adrean Ruiz mula kedengaran di dalam wad VVIP itu.

Mi Esposa (TERBIT)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin